Betul Ke Jin Akan Jilat Tuala Wanita Jika Tak Dicuci Sebelum Buang? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP
Dari dulu, ramai percaya bahawa jin dan iblis akan menjilat darah kotor dari tuala wanita jika tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum membuangnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap bulan, para wanita yang sudah akil baligh akan keluar darah haid dan bagi golongan dewasa sudah tentu rata-rata sudah mengetahui cara menguruskan tuala wanita yang kotor.
Bagaimanapun, masih ramai yang percaya dengan kata-kata orang lama yang mengatakan pad yang penuh darah akan dijilat atau dimakan syaitan dan iblis sekiranya tidak dicuci dengan bersih.
Persoalannya, betul ke kenyataan tersebut atau sebenarnya mitos semata-mata untuk menakutkan kaum Hawa?
Tiada Hadis Mengatakan Tuala Wanita Perlu Dibasuh Sebelum Buang – Mufti WP
Menerusi semakan kami, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada mengulas tentang kepercayaan orang ramai tentang tuala wanita yang perlu dicuci dengan bersih sebelum dibuang.
Jelas mufti, tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah period perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya.
Baca Artikel Berkaitan: “Makin Kotor Bukan Bersih” – Wanita Terkejut Dakwa Ada Pihak Cuci Tuala Wanita Di Tandas Masjid
Hanya Perlu Bersihkan Pakaian Yang Terkena Darah Haid
Malah tidak ada arahan dari Nabi Muhammad SAW atau riwayat dari para sahabat dari kalangan wanita yang menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum dilupuskan.
Arahan membersihkan darah ini hanya terpakai sekiranya darah haid terkena pada pakaian sebagaimana hadis diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Beliau berkata:
سَأَلَتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ : حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بِالْمَاءِ ثُمَّ رُشِّيهِ فَصَلِّى فِيه
Maksudnya: ”Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi SAW bersabda: Basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”
[Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud (362)]
Basuh Pad Berdarah Sebelum Buang Bukan Arahan Nabi SAW
Meskipun ada wanita yang berbuat sedemikian, namun ia bukanlah arahan Nabi SAW.
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
Maksudnya: ”Adakah boleh kami mengambil wuduk dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan daging anjing. Sabda Nabi SAW: Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu.”
[Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam musnadnya]
Baca Artikel Berkaitan: Normal Ke Darah Haid Keluar Sedikit Selepas Hari Ke-3? Ini Penjelasan Doktor
Baca Artikel Berkaitan: Doktor O&G Jelaskan Tentang Darah Haid Warna Coklat [Video]
Iblis Sukakan Najis Termasuklah Darah
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa syaitan merupakan antara makluk yang memang menggemari sebarang benda kotor termasuklah najis.
Perlu Buang Tuala Wanita Kotor Dengan Betul
Justeru, Pejabat Mufti WP menggalakkan agar tuala wanita yang dipenuhi darah dibuang di tempat khusus dan bukannya merata tempat sebagai contoh dalam mangkuk tandas.
Jika boleh, asingkan pad kotor dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dipraktikkan di hospital.
Baca Artikel Berkaitan: “Cantik Tapi Pengotor!”- Ramai Jijik Lihat Wanita Biar Bilik Bersepah Siap Ada Tuala Wanita Berdarah
Baca Artikel Berkaitan: Menjijikkan! Jiran Buang Air Kencing, Tuala Wanita & Sisa Makanan Dari Tingkap Rumah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan 2 Wanita Siap Sarung Tuala Wanita Dalam Live Ketika Berniaga Undang Kecaman Ramai
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹




