Now Reading
Pengadil World Cup Somalia Dihalang Masuk AS Tetap Dapat Bayaran Penuh Dari FIFA

Pengadil World Cup Somalia Dihalang Masuk AS Tetap Dapat Bayaran Penuh Dari FIFA

Meskipun jumlah bayaran yang bakal diterima Omar Artan tidak dilaporkan, namun media antarabangsa sebelum ini menjangkakan anggaran bayaran asas bagi pengadil Piala Dunia adalah sekurang-kurangnya sekitar AS$100,000 (sekitar RM405,000).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pengadil dari Somalia, Omar Abdulkadir Artan yang dihalang masuk ke Amerika Syarikat (AS) untuk mengadili perlawanan Piala Dunia 2026, akan tetap dibayar penuh oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut BBC Sport yang memetik sumber, meskipun Omar Artan tidak akan terlibat mengadili mana-mana perlawanan dalam Piala Dunia bagi edisi kali ini, FIFA komited untuk membayar penuh gaji beliau seperti yang dijanjikan.

Jumlah bayaran Omar Artan tidak didedahkan namun media sebelum ini anggarkan pengadil Piala Dunia akan dapat AS$100,000 (sekitar RM405,000)

Pun begitu jumlah bayaran yang bakal diterima Omar Artan tidak dilaporkan oleh BBC Sport. Sebaliknya mereka menjelaskan pengadil Piala Dunia sebenarnya tidak mengetahui jumlah sebenar bayaran yang bakal diterima mereka.

Bayaran tersebut hanya akan dibayar selepas kejohanan tamat, bergantung kepada struktur bayaran yang ditetapkan FIFA.

Namun media antarabangsa sebelum ini melaporkan anggaran bayaran asas bagi pengadil Piala Dunia adalah sekurang-kurangnya sekitar AS$100,000 (sekitar RM405,000) seperti dipetik The Times.

Ini tidak termasuk bayaran tambahan untuk setiap perlawanan dan peringkat fasa yang dikendalikan.

Bayaran pengadil World Cup 2026 dijangka dua kali ganda dari Piala Dunia 2024 di Brazil

Sebagai perbandingan, pada Piala Dunia 2022 di Qatar, pengadil dilaporkan menerima bayaran asas sekitar AS$70,000 (sekitar RM280,000–RM282,000), dengan tambahan bayaran sekitar AS$3,000 hingga AS$10,000 bagi setiap perlawanan bergantung kepada peringkat kejohanan, menjadikan jumlah keseluruhan boleh meningkat dengan ketara.

Pada Piala Dunia 2014 di Brazil, laporan media antarabangsa menganggarkan pengadil menerima sekitar AS$50,000 (anggaran RM200,000–RM201,500) sebagai bayaran penyertaan, dengan struktur bonus yang masih jauh lebih ringkas berbanding edisi moden seperti dilaporkan NDTV yang memetik The Times.

Omar Artan ditahan sebaik tiba di Miami

Terdahulu, Omar Artan telah ditahan dan disoal siasat selama 11 jam oleh pihak imigresen AS sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami sebelum diarahkan meninggalkan negara itu.

Pasport diplomatik serta visa masuk sekali miliknya turut ditolak.

Pihak berkuasa AS kemudian memaklumkan Omar Artan yang pernah dinobatkan sebagai Pengadil Lelaki Terbaik CAF 2025 mempunyai maklumat negatif termasuk ada hubungan dengan individu yang disyaki anggota organisasi pengganas.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini Senarai Kontroversi Besar FIFA World Cup 2026

Tidak lama kemudian FIFA menjelaskan badan induk bola sepak dunia itu tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan berkenaan memandangkan segala urusan visa dan kemasukan ke negara tuan rumah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan AS.

Omar Artan dilantik adili Piala Super UEFA

Namun siapa sangka, kekecewaan Artan di Piala Dunia 2026 terubat selepas Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan pelantikannya sebagai pengadil bagi perlawanan Piala Super UEFA 2026 di antara pemenang Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain dan pemenang Liga Europa Aston Villa,

Perlawanan ini akan berlangsung pada 12 Ogos di Salzburg, Austria .

Untuk rekod Omar Artan merupakan pengadil Somalia pertama yang mengendalikan final kejohanan peringkat benua. Beliau juga pernah mengadili beberapa kejohanan besar FIFA termasuk Piala Dunia Bawah 20 Tahun serta Piala Negara-Negara Afrika.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.