Now Reading
“Sanggup Dia Gadaikan Nyawa” – Tindakan Rider Segera Tahan & Tutupkan Pintu Lori Terbuka Raih Pujian [Video]

“Sanggup Dia Gadaikan Nyawa” – Tindakan Rider Segera Tahan & Tutupkan Pintu Lori Terbuka Raih Pujian [Video]

Dalam video tersebut turut kelihatan rider penghantar makanan terbabit mengetuk pintu bahagian penumpang untuk memaklumkan yang pintu belakang lori terbuka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila berada di jalan raya kita perlu sentiasa menjadi peka dengan keadaan sekeliling. Ini kerana kepekaan anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya lain.

Rider tahan lori lepas nampak pintu bahagian sisi terbuka

Terbaharu tular satu video memaparkan tindakan berani seorang rider Shopee yang menahan sebuah lori sebaik melihat pintu sisi di tempat menyimpan barang.

Dalam video yang dikongsikan oleh Roses Are Red di TikTok, kelihatan rider tersebut cuba mendekati bahagian pintu penumpang lori berwarna kuning untuk memaklumkan mengenai pintu itu.

Turut tepuk bahagian pintu penumpang untuk bagitahu pintu bahagian belakang terbuka

Bahkan turut kelihatan rider itu menepuk-nepuk pintu pada bahagian penumpang untuk memaklumkan hal terbabit.

Malah turut kelihatan pintu lori tersebut terbuka dan hampir terkena rider berkenaan namun dia sempat mengelak.

Sebaik lori itu berhenti di lampu isyarat merah, rider tersebut dilihat segera berhenti dan turun dari motor untuk menutup pintu lori tersebut.

@rosesarerad

Cerita sensasi about kindness 🫶🏻 #ilovemalaysians tqorgbaik🙏🏻

♬ CERITA KEDAI KOPI – Mr.ADiey

Ramai puji tindakan berani rider

Di ruangan komen, terdapat pengguna mendakwa dia adalah pemandu lori berkenaan dan mengucapkan terima kasih.

Tidak kurang juga ada yang memuji keberanian rider berkenaan untuk memaklumkan hal tersebut meskipun pintu itu hampir terkena padanya.

“Terbaik saudara, terima kasih menolong tak kira siapa”

“Sanggup dia bergadai nyawa nak bagitahu pintu terbuka dan di juga betulkan. Terbaik kau dik jadi manusia baik. ‘Moga Allah pelihara dan lindungi awak dimana sahaja’.”

“Hero Melayu yang dirahmati dan hormati”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.