Pelancong Dakwa Diludah & Hampir Dipukul Owner Restoran Di China Selepas Mengadu Tentang Makanan [Video]
Wanita itu mendakwa pemilik kedai makan tersebut berasa berang hingga bertindak meludah dan mahu memukulnya hanya kerana dia tidak mahu membayar untuk makanan yang sudah dipulangkannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali melancong ke luar negara, sudah tentu anda mengharapkan percutian yang menyenangkan dan mengujakan. Namun tidak semua yang dirancang berjalan seperti diharapkan. Ada juga dalam kalangan pelancong yang berdepan dengan pengalaman buruk akibat kelakuan penduduk tempatan.
Sebagai contoh dibuli, dimaki, atau dilayan dengan kasar dengan alasan yang kadangkala tidak munasabah. Perkara ini juga boleh berlaku ketika sedang menikmati makanan di sesebuah restoran.
Pelancong Dari Malaysia Bengang Dakwa Kedai Makan Di China Hidang Makanan ‘Keras Macam Batu’
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Putri berkongsi pengalamannya diludah dan hampir dipukul sewaktu menjamu selera di sebuah kedai makan halal yang terletak di Nanjing Road, Shanghai di China.
Dakwanya, servis kedai tersebut sangat lambat manakala makanannya dikatakan tidak sedap. Bukan itu sahaja, Putri juga mendakwa bahawa makanan yang dihidangkan sangat keras sehingga tidak boleh dimakan.
“Ada satu menu keras macam batu. Langsung tak boleh makan. Tak boleh kunyah. Kitorang bagitau crew (staf) diorang elok-elok dan crew dia ambil balik makanan tu bawa pergi dapur dia,” dakwanya.
Wanita Dakwa Masih Perlu Bayar Makanan Walaupun Sudah Dipulangkan Semula Kepada Staf
Namun apa yang membuatkannya berang apabila dia mendakwa makanan yang sudah dipulangkan itu masih dikenakan caj dalam bil. Dakwa Putri, staf restoran tetap memintanya untuk membayar makanan itu dengan alasan wanita terbabit sudah pun membuat pesanan.
Sedangkan dia dah siap ambil balik dah lauk yang kitorang tak usik tu. Dia tetap tegak dengan nada dan muka lagaknya . Aku pun cakap la, ‘You cuba makan makanan tu. Boleh makan tak?!’ Semua crew dia takda pun yang ambil (makanan keras tu) rasa sendiri .
Pengguna Threads, Putri.
Pemilik Kedai Didakwa Berkasar & Ludah Pada Pelanggan Wanita, Siap Halau Keluar Kedai
Lebih menaikkan kemarahannya apabila seorang lelaki dipercayai pemilik kedai makan itu telah bertindak berkasar dengannya mengenai isu tersebut. Dakwanya, lelaki berkenaan telah mengamuk dan mahu mencampakkan makanan itu kepadanya.
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan lelaki berbaju warna biru yang dakwanya adalah owner berkenaan telah meludah dan mengangkat tangannya sewaktu melihat Putri merakam situasi kejadian. Dakwa Putri, pemilik kedai kemudian menghalaunya dari situ.
“Lepas tu ayah aku marah la dia asal nak campak makanan. Dia halau kitorang suruh keluar dan dia kata haram, haram! Aku rakam la apa dia buat. Dia ludah dan nak bantai aku. Ikut hati nak bla (pergi) weh sebab dia halau, tapi benda makan kena bayar weh.
“Bayar jelah nok 😔. Tak tahu pengalaman orang lain makan kat kedai ni macam mana tapi bukan rezeki aku la nak dapat pengalaman yang baik dekat kedai ni,” dakwanya lagi.
Wanita Akan Buat Laporan Polis Berhubung Pemilik Kedai Yang Biadab Dengannya
Kecewa dengan apa yang berlaku, Putri berkata dia akan membuat laporan berhubung insiden terbabit.
View on Threads
Orang Ramai Berang Lihat Sikap Pemilik Restoran Yang Biadab Terhadap Pelanggan
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa berang melihat pelanggan dilayan sebegitu oleh staf restoran, bahkan ramai juga meminta Putri untuk membuat aduan.
“Ludah, ludah pulak. Kau ingat kau alpaca?” sindir seorang wanita.
“Di China, diorang sangat takut dengan agensi pelancongan diorang. Jadi antara benda yang boleh dibuat ialah hantar surat report kepada jabatan pelancongan diorang. Dia boleh kena tarik lesen,” tambah seorang lelaki.
Malah ada yang memberi pesanan agar berhati-hati jika mengadu tentang makanan di restoran sekitar kawasan itu.
“Hati-hati kalau buat aduan makanan dekat sini. Takut makanan kedua yang sampai tu ada ludah diorang,” dakwa seorang pengguna Threads.
Ada Yang Dakwa Staf Dari Restoran Yang Sama Pernah Bergaduh Dengan Pelanggan Lain Sebelum Ini
Sementara itu, ada individu turut mendakwa staf dari kedai yang sama pernah berbalah dengan pelanggan sebelum ini.
“Rasanya pernah pergi kedai ni. Nanjing Road tu yang jalan panjang banyak-banyak dekat kedai tu kan? Sebab dekat situ tak banyak kedai halal. Kalau kedai yang sama, betul, makanan dia biasa-biasa je dan cashier dia pernah gaduh dengan pelanggan lain masa tu. Terkejut tengok sebab pertama kali tengok orang gaduh macam tu,” dakwa seorang warganet.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan berkenaan.
Berikut antara komen-komen netizen:






Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣠â‘✮💻₊ ⊹






