Now Reading
Grafik Ucapan Tahniah Prof Dr Zarina Dikritik Kerana Gaya Tudung, Adik Ipar Seloroh Mungkin Boleh Jadi Trend Baru

Grafik Ucapan Tahniah Prof Dr Zarina Dikritik Kerana Gaya Tudung, Adik Ipar Seloroh Mungkin Boleh Jadi Trend Baru

Menurut adik iparnya Mas Ayuzie Jamaludin, Profesor Dr Zarina tenang dan hanya terkejut apabila dirinya menjadi perhatian ekoran tular hantaran gambar grafik tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini ramai yang mengkritik satu hantaran grafik ucapan tahniah ke atas Profesor Dr Zarina Shukur yang merupakan pensyarah di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi pelantikan semula sebagai Penyelaras Program APEL.Q.

Ramai kritik kerana tak guna gambar paparkan pensyarah lebih kemas

Grafik tersebut dikritik kerana ada yang berpendapat gambar digunakan FTSM memaparkan gaya tudung Prof Dr Zarina yang kelihatan tidak kemas.

Malah ada juga yang menyalahkan jurugambar kerana tidak memastikan gambar individu yang diambil kemas. Bahkan ada juga yang bertindak menyunting semula grafik terbabit menggunakan janaan AI dan memaparkan gambar Prof Dr Zarina dengan tudung yang lebih rapi.

Apa yang lebih menarik, admin akaun tersebut turut memaklumkan gambar suntingan AI yang mendapat tanda like paling banyak akan membawa pulang hadiah istimewa daripada Profesor Dr Zarina. Penyertaan tersebut turut terbuka kepada semua warganet.

Profesor Dr Zarina cuma terkejut diri menjadi perhatian

Tidak melatah dengan hantaran yang tular itu, salah seorang ahli keluarga Profesor Dr Zarina, Mas Ayuzie Jamaludin yang merupakan adik iparnya tampil mengatakan pensyarah dari FTSM itu cuma terkejut kerana menjadi perhatian ramai di media sosial.

“Lain macam viral kakak ipar saya hari ini. Tak pasti berapa like, komen dan share. Saya cakap dekat dia ‘lepas ni kak ina (Profesor Dr Zarina) keluar kena pakai mask’,” ujarnya.

Malah Mas Ayuzie turut mengakui terhibur apabila membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Profesor Dr Zarina tenang dan siapa tahu gaya tudung akan jadi trend terkini

Jelas Mas, kakak iparnya itu tenang dan hanya berasa terkejut apabila dia menjadi bahan cerita viral di Malaysia.

“Mana tahu ‘gaya tudung Prof Dr Zarina jadi trend terkini.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan pendapat masing-masing dengan mangatakan setiap individu pastinya mempunyai gaya tersendiri.

Bahkan ada juga bekas pelajar yang mengimbau kenangan mereka bersama pensyarah berkenaan.

Tidak kurang ada rakan-rakan Prof Dr Zarina yang turut tampil memaklumkan gaya pensyarah tersebut sememangnya begitu sejak dari dahulu.

“Mengkritik penampilan orang tu menampakkan kita kurang adab. Lain lah jika menasihati mereka yang tidak menutup aurat.”

“Saya suka pada aura Prof. Ceria. Semoga setiap keceriaan yang dikongsi membawa kesenangan kepada yang melihat”

“Yang penting auratnya ditutup dengan sempurna, itu je”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.