Reaksi Treler Tegur Pemandu Lori Selepas Ada Objek Jatuh & Melayang Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menerusi video dashcam dikongsikan, kelihatan objek dilihat seperti besi itu jatuh dari lori sebelum melayang ke belakang dan hampir terkena kenderaan lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan apabila berada di jalan raya, kita sentiasa dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Namun pasti ada segelintir pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri serta tidak memikirkan keselamatan pengguna lain.

Objek dipercayai besi jatuh dari lori dan melayang ke jalan hampir terkena kenderaan lain di lebuhraya

Baru-baru ini sebuah kenderaan yang dipercayai berada di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berdepan detik cemas apabila terdapat objek yang melayang secara tiba-tiba ke arah mereka.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Aiman Fakhry di Threads, awalnya kelihatan objek seperti besi jatuh daripada sebuah lori dan melayang di lebuh raya berkenaan.

Besi tersebut turut dilihat hampir terkena pada kenderaan pemilik dashcam, namun tindakan pantasnya yang sempat menukar daripada lorong kiri ke kanan berjaya mengelak daripada berlaku kemalangan.

Besi melayang sebelum jatuh terkena kon di lorong kanan

Manakala pada pandangan dashcam bahagian belakang kelihatan besi terbabit melayang sehingga ke kon penghadang jalan raya di lorong sebelah kanan.

Susulan daripada insiden itu, sebuah lori treler yang berada belakang pemilik dashcam segera memotong dan membunyikan hon memberi amaran seperti memberi teguran kepada lori terbabit.

Ekoran daripada amaran diberikan treler berkenaan, kelihatan lori tersebut kemudiannya memperlahankan kenderaan dan masuk ke lorong kecemasan seperti ingin berhenti.

Menerusi video tersebut, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 11. 25 pagi pada 9 Jun lalu.

View on Threads

Ramai puji tindakan treler dan sifatkan tindakan lori tak tutup barangan dibawa dengan kanvas sebagai bahaya

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan treler tersebut yang segera memberi teguran kepada lori berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat barangan seperti besi tersebut sepatutnya diikat dengan baik serta ditutup menggunakan kanvas untuk keselamatan.

Malah ada yang mengatakan insiden objek melayang itu dilihat begitu berbahaya lebih-lebih lagi jika terkena kepada penunggang motosikal.

Ada juga memuji cara pemanduan pemilik dashcam yang cekap dan menjaga jarak dengan lori tersebut.

Hubungi konsesi lebuh raya jika terjumpa objek berbahaya

Sebagai info jika anda terjumpa objek berbahaya atau apa sahaja serpihan kenderaan di atas lebuh raya, terus hubungi talian kecemasan atau hotline syarikat konsesi lebuh raya tersebut dengan segera untuk mengelakkan kemalangan.

Sebaiknya elak dari cuba mengalihkan objek itu sendiri demi keselamatan anda.

Bagi pengguna Lebuhraya PLUS, segera hubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 dan pasukan PLUSRonda atau Propel akan dikerahkan ke lokasi untuk mengalihkan objek berkenaan.

“Barang loose patut kena ikat dan tutup dengan kanvas”

“Ya Allah, seram gila. Semoga kita semua dijauhi dari berhadapan keadaan macam ni.”

“Abang lori bergerak macam polis yang sedang menyamar”

“Allah, sikit lagi nak kena. Tahniah bang tak gelabah. Lori treler tu function”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.