“Harmoninya, Bangga!” – Persembahan Gendang 24 Musim Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Persembahan Gendang 24 Musim oleh seorang gadis Melayu bersama rakan Cina yang lain di sebuah kenduri kahwin telah membuatkan para tetamu yang hadir kagum dan tergamam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kalau anda menghadiri sesebuah majlis perkahwinan, kadangkala pihak tuan rumah atau kenalan kepada pengantin akan menyediakan persembahan khas bersempena hari istimewa itu. Antara persembahan lain yang sudah menjadi norma terutamanya di kawasan kampung adalah pertunjukan silat, dan kompang.

Namun siapa sangka persembahan memukul gendang Cina juga boleh memeriahkan suasana hari pernikahan.

Persembahan Gendang 24 Musim Bergema Di Kenduri Kahwin

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Atiqah berkongsi suasana hari perkahwinan yang unik dan lain daripada lain.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang gadis Melayu yang merupakan anak saudara kepada Atiqah sedang mempersembahkan dendangan Gendang 24 Musim bersama kumpulan rakannya yang berbangsa Cina.

Dalam video berkenaan, kelihatan kumpulan gendang itu bermain dengan alat muzik berkenaan dengan begitu lancar dan berirama.

Sumber: Threads

Jelas Atiqah, datuknya telah meminta anak saudaranya itu untuk mempersembahkan paluan gendang tersebut di hari persandingan berkenaan.

“Kenduri kahwin kali ni kita buat kelainan sikit. Atuk request cucu dia buat persembahan gendang 24 musim dari SMJK Shung Hwa Kuala Lipis. Tercengang satu kampung tengok 😍,” kata Atiqah di ruangan kapsyen.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “This Is Malaysia”- Jiran India & Melayu Kongsi Khemah Buat Majlis Kahwin Dan Tahlil [Video]

Gadis Melayu Join Kumpulan Gendang Selepas Menuntut Di Sekolah Cina

Dalam satu lagi hantaran tular, seorang wanita dikenali sebagai Fatin yang juga saudara kepada gadis berkenaan turut teruja berkongsi klip video tersebut.

Ada juga netizen yang bertanya bagaimana anak saudaranya itu boleh menyertai kumpulan tersebut memandangkan hanya dia seorang bangsa Melayu. Jelas Fatin, ini kerana gadis itu telah memasuki sekolah Cina.

Dalam video sama, kelihatan orang ramai terdiam dan fokus kepada persembahan itu seolah-olah terkesima dengan irama gendang tanpa henti oleh kumpulan anak muda itu.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Harmoninya Malaysia” – Ramai Teruja Lihat Gabungan Lion Dance Dengan 2 Tarian Tradisi Sabah [Video]

Apa Itu Gendang 24 Musim?

Untuk info, Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai gendang Cina atau gendang shigu di kalangan pemain muzik tradisional di Malaysia. Kenapa dipanggil 24 musim?

Ini kerana persembahan tersebut menggunakan 24 gendang yang mana setiap gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian dalam kalendar China.

Baca Artikel Berkaitan: “Suasana Luar Biasa” – Tarian Singa & Alunan Kompang Di Kenduri Kahwin Buat Tetamu Terpegun [Video]

Ramai Kagum Lihat Kemahiran Gadis Melayu Main Gendang Dengan Rakan Bangsa Cina Yang Lain

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji dan kagum dengan gadis yang mahir bermain gendang dengan lancar tanpa kesilapan.

“Acik kagum dik! Dah la lawa, power pulak! Memang slay,” kata seorang wanita.

“Bukan satu kampung tercengang, satu Threads ni tercengang kak. Habis video semua tepuk tangan,” kata seorang lagi individu.

Ramai Bangga Lihat Perpaduan Kaum Dalam Bermain Gendang

Malah ramai juga berasa seronok melihat kumpulan murid berbagai kaum boleh mempersembahkan Gendang 24 Musim bersama-sama.

“Bukti Gen Z tak hairan langsung dengan naratif politik perkauman. Realitinya, semua bangsa berkawan baik. Tolong teruskan support. Sangat bangga melihat ni,” ujar seorang lelaki.

“Inilah indahnya perpaduan antara kaum, harmoni hidup bersama-sama dalam satu komuniti yang tiada di negara lain. Tahniah!” tambah seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Lambang Perpaduan” – Mekyun Perjelas Kenapa Lebih Selesa Buat Konten Dalam Bahasa Melayu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.