Threads Jadi Lubuk Geng Affiliate Sebar Aib & Promote Link Demi Kaut Untung
Memang betul ahli program affiliate akan mendapat komision sekiranya ada individu yang melakukan pembelian menerusi link yang dijana, namun semakin ramai pula yang menggunakan taktik kotor seperti menyebarkan aib hanya untuk mendapatkan engagement ramai terhadap pautan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti ramai tahu, aplikasi Threads oleh Meta telah secara rasmi dilancarkan pada Julai 2023. Walaupun pada awalnya ramai kekok menggunakan platform media sosial baharu itu, namun lama-kelamaan ramai sudah mendapat rentak dan menyesuaikan diri dengan algoritma (algorithm) Threads.
Ada yang menggunakan ia sebagai platform berkongsi ilmu, hiburan, mendapatkan berita semasa, dan ramai juga menjana pendapat sampingan menerusi aplikasi berkenaan seperti mengaut komision menerusi link program affiliate.
Geng Affiliate Selamba Sebar Aib Orang Lain Demi Dapat Komision
Namun perkara yang menjadi kebimbangan ramai dan dilihat semakin berleluasa dalam kalangan netizen sekarang adalah ada sesetengah ahli program affiliate yang menggunakan platform berkenaan dengan tidak bertanggungjawab sehingga sanggup menyebarkan aib seseorang demi mengaut keuntungan semata-mata.
Ini Taktik Affiliate Untuk Tipu Netizen Demi Dapatkan Untung
Taktik affiliate yang telah menjadi ikutan ramai sekarang adalah, pada awalnya golongan ini akan memuat naik sesuatu isu yang boleh mengundang kecaman, kritikan atau perdebatan ramai tanpa mengira posting itu bakal memalukan seseorang.
Kemudian, dalam satu hantaran berlainan di ruangan balas, mereka akan ‘memancing’ netizen untuk menekan link ke platform e-dagang yang kononnya ‘kesinambungan’ atau ada mengena dengan isu yang dimuat naik pada mulanya.
Untuk info, ahli program affiliate ini akan mendapat komisen apabila pihak penjual selesai memproses pesanan daripada pembeli yang menekan pautan yang mereka kongsikan di Threads.
Link Susulan Kononnya Ada Mengena Dengan Konten Tular Hanyalah Pautan Produk Affiliate
Bagaimanapun apa yang membuatkan ramai berang adalah isu yang dimuat naik itu kebiasaannya bertujuan untuk menyebarkan kebencian dan aib pada orang lain walhal mereka menggunakannya untuk mengaut keuntungan.
Lebih parah lagi apabila konten tersebut sebenarnya isu yang sudah lama berlalu, namun dibangkitkan semula seolah-olah ia satu perkara viral yang baharu.
Ramai Tertipu Dengan Taktik Geng Affiliate
Taktik ‘pancing’ pengguna Threads dengan kata-kata seperti, “tekan link ni kalau nak tahu siapa pelaku” sebenarnya telah membuatkan ramai tertipu.
Sebagai contoh baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi video pasangan kekasih yang berkelakuan sumbang di tempat terbuka. Menerusi ruangan balas, geng affiliate tersebut telah berkongsi link yang dikatakan video susulan bagi konten berkenaan.
Walhal sebenarnya jika and tekan pautan itu, ia akan membawa anda terus ke link sesuatu produk di platform e-dagang. Nampak kan taktik licik mereka di situ?


Baca Artikel Berkaitan: “Jadilah Affiliate Yang Jujur” – Trend ‘Pancing’ Netizen Klik Link Kononnya Konten Viral Buat Ramai Bengang
Affiliate Sanggup Jaja Aib Demi Untung
Isu paling utama yang sepatutnya menjadi kebimbangan ramai adalah sikap affiliate tidak bertanggungjawab yang sanggup menyebarkan aib orang tidak dikenali demi kepentingan sendiri dan keuntungan semata-mata.
Hukum Sebarkan Aib Seseorang Di Media Sosial Adalah Haram
Malah dari sudut Islam sendiri, mencari dan menyebarkan aib seseorang individu merupakan perbuatan ‘tajassus’.
Menurut penerangan almarhum Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, ‘tajassus’ dari sudut istilah bermaksud, “Mencari-cari keaiban dan mendedahkan apa yang telah disembunyikan oleh manusia.”

Jelas bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hukum mengamalkan perbuatan tajassus adalah haram di sisi agama Islam seperti mana firman Allah SWT:
“وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا”
Maksudnya: Dan janganlah kalian melakukan tajassus serta janganlah kalian saling mengumpat antara satu sama lain.
[Surah Al-Hujurat: 12]
Baca Artikel Berkaitan: Satu Perbuatan Tajassus, Dr Zulkifli Kongsi Hukum Sebarkan Sesuatu Aib Di Media Sosial
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹



