Now Reading
“Tak Bertamadun!” – Tindakan Wanita Disyaki Pelancong Biar Anak Kencing Depan KLCC Buat Ramai Berang

“Tak Bertamadun!” – Tindakan Wanita Disyaki Pelancong Biar Anak Kencing Depan KLCC Buat Ramai Berang

Menerusi foto tular, kelihatan si ibu yang dipercayai merupakan seorang pelancong asing sedang membantu anak kecilnya membuang air kecil di longkang berdepan menara KLCC.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila melancong ke negara orang, sudah tentu kita perlu menjaga tingkah laku dan sikap. Hal ini kerana segala perkara buruk yang dilakukan boleh menjatuhkan imej negara serta maruah diri.

Nama pun pergi ke tempat orang, sudah tentu kita perlu menghormati penduduk dan undang-undang di negara tersebut.

Pelancong Asing Selamba Biarkan Anak Kencing Di Kawasan Terbuka Depan KLCC

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Afest mendakwa seorang pelancong asing wanita dengan selamba membiarkan anak lelakinya membuang air kecil di kawasan terbuka berdepan dengan pusat membeli-belah Suria KLCC.

Menerusi foto tular, kelihatan si ibu sedang memegang seluar anaknya yang telah dilurutkan dan seperti sedang membuang air kecil di besi saliran longkang berdepan dengan mercu tanda, Menara Berkembar KLCC secara terbuka.

“Selamba kau je bagi anak kau kencing dekat situ. Dasar mainland!” kata lelaki berkenaan yang turut mendakwa pelancong itu berasal dari negara China.

Sumber: Threads

Tindakan Ibu Biarkan Anak Kencing Di Depan KLCC Cemarkan Kawasan Tumpuan Ramai

Perbuatan tersebut bukan sahaja tidak bertamadun, malah jelas mencemarkan kawasan tumpuan ramai itu, lebih-lebih lagi apabila menara KLCC dikunjungi pelancong asing hampir setiap hari dan dijaga dengan rapi dan bersih oleh pengurusan.

Lebih menghairankan apabila si ibu membiarkan sahaja anak membuang air kecil di situ walhal terdapat tandas di dalam pusat membeli-belah itu.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong China Selamba Buang Air Besar Di Pantai, Ini Reaksi Netizen

Netizen Kritik Pelancong Asing Buang Air Kecil Di Kawasan Tumpuan Ramai

Perbuatan tidak bermoral ini sudah tentu membuatkan ramai berang. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mempersoalkan tindakan pelancong asing yang dengan bersahaja membiarkan anak buang ‘hajat’ di tempat awam.

“Tahap perangai tak bertamadun macam ni memang kena dikaji. Serius, apa ni?” tanya seorang pengguna Threads.

Wanita Dakwa Pelancong Asing Selalu Buang Air Kecil Di KLCC Park

Malah ada individu yang mendakwa perkara sebegini sering berlaku di kawasan KLCC Park.

“Memang begitulah daripada dulu. Nak-nak pula kawasan rumput tempat korang berkelah tu. Tu jamban anak-anak dia (pelancong asing) kencing je. Sejak aku nampak dulu memang tak akan duduk dekat rumput tu dah,” dakwa seorang wanita.

Sikap Pengotor Pelancong Asing Dibawa Ke Malaysia

Sementara itu, segelintir berkata sikap sebegitu telah diamalkan di negara pelancong asing itu sendiri sehingga tabiat tersebut dibawa ke Malaysia.

“Bukan nak cakap apalah, tapi memang diorang macam tu. Pergi luar negara ada pakcik ni selamba je ludah kahak dekat lantai dalam lapangan kapal terbang,” dakwa seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kencing Merata’- Netizen Kecam Aksi Pemandu Kereta Singapura Yang Menjijikan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Pelancong Selamba Buang Air Besar Luar Homestay Di Cameron Highlands Buat Ramai Geram

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Salute Kesabaran Peniaga Sabar Layan Wanita Selamba Masuk Kedai & Buang Sampah Merata [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.