Now Reading
Netizen Kongsi Jumpa Wanita Konon Kereta Rosak & Ditinggal Suami, Rupanya Scammer

Netizen Kongsi Jumpa Wanita Konon Kereta Rosak & Ditinggal Suami, Rupanya Scammer

Menurut pengguna Threads berkenaan, tangan wanita tersebut turut dilihat menggigil sewaktu meminta bantuan serta anaknya berpeluh-peluh kononnya kerana kereta rosak sewaktu berada di kawasan parkir itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan masih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai sikap prihatin dan empati yang tinggi serta akan cuba memberikan bantuan kepada yang memerlukan sebaik mungkin. Namun sikap terpuji ini sering dipergunakan oleh individu tak bertanggungjawab untuk keuntungan diri sendiri dengan cara menipu.

Awalnya kesian, wanita dakwa kereta rosak dan jadikannya rumah lepas ditinggalkan suami

Baru-baru ini seorang wanita di Threads, telah meluahkan rasa kasihannya terhadap seorang wanita yang awalnya meminta pertolongan serta mendakwa dia tinggal di dalam kereta selepas ditinggalkan oleh suami selama lima bulan.

Menerusi hantaran dikongsikan Nur Qhairun Nabila katanya seorang wanita yang sedang menggendong bayi telah meminta pertolongan darinya sebaik dia memasuki kereta untuk pulang selepas berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Tangan menggigil dan anak berpeluh sebab kereta rosak

Qhairun turut menyifatkan kelihatan tangan wanita itu mengigil serta anaknya pula berpeluh sehingga kebasahan disebabkan kereta berasap kerana suhu yang meningkat.

Bahkan wanita itu turut mengatakan telefon bimbitnya mati serta mahu meminta Qhairun menghubungi mekanik.

Kata wanita itu lagi, dia ke pusat membeli-belah itu atas urusan kerja sebagai penghantar barang.

“Hidup dengan anak kecil hantar barang sana sini. Bila saya tanya, ‘dah hubungi suami?’ (Dia kata) ‘Suami saya dah lima bulan hilangkan diri.’ Sambil menahan sebak,” jelas Qhairun.

Dakwa tinggal dalam kereta sebab tak mampu bayar sewa lepas ditinggalkan suami

Susulan itu, Qhairun membantunya dengan meminjamkan ‘power bank’ untuk wanita tersebut mengecas telefon dan membuat panggilan kepada mekanik.

Qhairun turut menawarkan untuk menghantar wanita berkenaan pulang ke rumah kerana kasihan melihat dia dan bayi berpanasan di kawasan parkir.

Wanita itu bagaimanapun mengatakan di tinggal di dalam kereta ekoran tidak mampu membayar sewa rumah selepas suami tidak pulang-pulang.

View on Threads

Rupanya wanita dijumpai adalah scammer, ramai pengguna Threads dakwa pernah jadi mangsa

Selepas menceritakan perkara itu di Threads, ramai netizen mendakwa wanita tersebut sebenarnya adalah scammer dan sering melakukan modus operandi sama di pusat beli-belah berdekatan, masjid dan kawasan sekitar Ampang, Selangor.

Malah ada beberapa pengguna turut mendakwa pernah menjadi mangsa wanita berkenaan selepas bersimpati dengan wanita itu.

Qhairun turut mendakwa individu tersebut turut menjadikan wanita bersama anak kecil sebagai mangsa dan meminta pihak pusat membeli-belah untuk cakna dengan kehadiran si pelaku.

Dalam satu mesej perbualan, Qhairun turut memaklumkan dia telah memberikan wang tunai bernilai RM50 kepada wanita tersebut.

View on Threads

“Kak tu memang modus operandi dia. Tak M**own, A**n Maluri. Saya dah terkena.”

“Oh ya area masjid Pandan Indah, Maluri, Kg Pandan, kawasan Lotus Ampang memang mainan dia. Saya pernah kena tujuh tahun lepas di Masjid sebelah Baitulmal tu. Bagi tahu suami sakit tak boleh keje. Lepas tu elok pula naik motor dengan suami dia, ada anak kecik juga”
Weh korang aku kena dekat My**wn tapi masa tu aku pindahkan atas nama K**irul B***rin niat aku kesian dengan alasan nak tempah Grab. Kita orang bertukar nombor telefon lepas aku lupalah pasal tu. Satu hari terbaca Threads pasal akak ni baca punya baca eh aku pun terkena..”

“Lah scammer ke, saya pun terkena lah kiranya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.