Now Reading
“This Is Malaysia”- Jiran India & Melayu Kongsi Khemah Buat Majlis Kahwin Dan Tahlil [Video]

“This Is Malaysia”- Jiran India & Melayu Kongsi Khemah Buat Majlis Kahwin Dan Tahlil [Video]

Menurut pengguna Threads berkenaan, jiran berbangsa India itu mengadakan majlis kahwin dan mahu berkongsi khemah yang dipasang di depan rumah untuk jiran Melayu yang mengadakan majlis tahlil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kata orang mempunyai jiran yang baik juga adalah satu rezeki dan nikmat yang tidak boleh dipandang enteng. Tidak kisahlah bangsa atau agama apa sekalipun, sikap saling bertolak ansur dan menghormati antara sama lain membuatkan hubungan sesama jiran menjadi harmoni.

Ramai kagum dua jiran berlainan bangsa dan agama berkongsi khemah untuk majlis yang diadakan di rumah

Keunikan sama turut dirasai di sebuah taman perumahan ini apabila dua jiran yang berbeza bangsa saling berkongsi khemah untuk majlis yang diadakan di rumah mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamad_arewis6366 di Threads, kelihatan dua jiran berbangsa India dan Melayu yang mempunyai majlis di rumah masing-masing.

Namun apa yang menarik perhatian, jiran India yang membuat majlis kahwin begitu baik hati apabila berkongsi khemah kepada jiran Melayunya yang membuat majlis tahlil.

Tetamu makan di meja bawah khemah milik jiran berbangsa India

Malah mereka turut meminta tetamu yang hadir pada majlis tahlil itu untuk duduk makan di meja bawah khemahnya.

Kelihatan khemah yang berada di hadapan rumah tersebut telah dihias dengan kain serta lampu bersesuaian untuk majlis kahwin yang diadakan.

“Jiran yang baik. Jiran Melayu buat majlis tahlil, jiran India buat majlis kahwin. Jiran India kongsikan khemah untuk jiran Melayu makan di mejanya.

“Harmoni betul duduk dekat Malaysia, love,” tulis Mamad.

View on Threads

Ramai suka lihat keharmonian dua jiran

Melihat di ruangan komen, ramai yang seronok dan suka dengan keharmonian yang terjalin di antara dua jiran tersebut.

Malah ada yang mengatakan ia merupakan video yang perlu ditularkan agar menjadi contoh dan ikutan orang ramai untuk saling hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain.

Tidak kurang ada yang berkongsi kisah dan pengalaman mereka yang juga mempunyai jiran yang baik dan berlainan bangsa.

“Malaysia yang kita patut viralkan”

“Kita patut hidup begini di Malaysia. Tenang dan harmoni”

“Sebenarnya kita okay je kan. Tappi sebab ada yang bukan rakyat Malaysia yang sebenar sebar kebencian sesama kita”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.