Now Reading
Bride Assistant Didakwa Curi Cincin Nikah & Mas Kahwin Pengantin, Ramai Dedah Turut Jadi Mangsa

Bride Assistant Didakwa Curi Cincin Nikah & Mas Kahwin Pengantin, Ramai Dedah Turut Jadi Mangsa

Menurut seorang wanita, Bride Assistant (BA) berkenaan telah membayar semula duit mas kahwin yang diambil tetapi masih belum memulangkan ‘duit refund’ bagi cincin nikah yang didakwa dicuri olehnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kini, semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan Bride Assistant (BA) semasa hari perkahwinan. Katanya lebih mudah kerana ada individu khas yang akan membantu urusan pengantin sepanjang majlis berlangsung.

Namun bagi sesetengah individu, perkhidmatan BA ini hanya berakhir dengan kejadian buruk.

Wanita Dakwa BA Curi Mas Kahwin & Cincin Nikah

Seperti baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Alya meluahkan rasa kecewa dan mendakwa duit mas kahwin serta cincinnya telah dicuri oleh BA. Jelasnya, dia mempunyai bukti kukuh bahawa mas kahwin tersebut dicuri oleh BA menerusi video live yang diambil oleh BA itu sendiri.

Dakwa Alya, duit itu berjaya didapatkan semula selepas 10 hari hilang.

“Duit mas kahwin, saya ada bukti dalam (video) live yang BA saya ambil. Hampir 10 hari baru dia bayar balik. Itu pun lepas diugut untuk buat laporan polis! Cakap baik-baik tak jalan ya. Kata maaf apatah lagi,” dakwanya.

Wanita Dakwa BA Orang Terakhir Ambil Sampul Surat Berisi Mas Kahwin Ketika Majlis Akad Nikah

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan BA itu sedang mengambil surat nikah sementara berserta sampul putih yang didakwa berisi mas kahwin selepas tok kadi berdedar dari meja. Dakwa Alya, selepas majlis tamat, dia hanya menerima surat nikah hijau itu sahaja.

View on Threads

BA Bayar Semula Duit Mas Kahwin Yang Didakwa Dicuri

Selepas banyak kali menggertak BA tentang bayaran, Alya akhirnya berjaya mendapatkan semula duit mas kahwinnya yang hilang.

BA Mohon Maaf, Mahu Bayar Semula Cincin Pengantin Yang Hilang

Tambah Alya, dia tidak mempunyai bukti kukuh bahawa BA tersebut mencuri cincin emasnya, namun dia mengesyaki ia adalah perbuatan orang yang sama memandangkan cincin dan duit mas kahwin hilang pada hari yang sama.

Dalam satu lagi tangkap layar perbualan, BA berkenaan telah meminta Alya untuk memberikan resit pembayaran cincin yang dibeli sebelum ini agar dia dapat membayar semula jumlah harga barang kemas tersebut.

“Saya minta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya,” kata BA itu.

Sumber: Threads

Wanita Berang, BA MIA & Tak Refund Cincin Pengantin Seperti Dijanjikan

Bagaimanapun, dakwa Alya pagi ini, BA itu masih belum membayar cincin seperti mana yang dijanjikan sebelum ini. Malah menerusi perbualan itu, kelihatan BA menghilangkan diri (MIA) dan tidak membalas segala mesej yang dihantar oleh Alya.

Sumber: Threads

Wanita Lain Dakwa BA Sama ‘Rembat’ Rantai Ketika Sedang Bersiap Sebelum Majlis

Lebih mengejutkan, sejak hantaran oleh Alya tular, ramai individu menampilkan diri mendakwa turut menjadi mangsa dan berkongsi taktik sama yang didakwa dilakukan oleh BA itu.

Seorang wanita dikenali sebagai Anis mendakwa bahawa BA itu telah mencuri rantai yang dipakai sewaktu sedang bersiap memakai makeup dan tudung sebelum majlis bermula.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan BA itu sedang membetulkan inner neck tudung beberapa kali. Dakwa Anis, BA tersebut telah membuka rantainya pada ketika itu dan mengambil barang kemas berkenaan tanpa pengetahuannya.

Sumber: Threads

BA Mohon Maaf & Mengaku Curi Rantai Kerana Terdesak

Selepas memberikan bukti berbentuk video, BA itu kemudiannya mengaku salah dan memohon maaf atas perbuatannya. Dia kemudian menggunakan alasan dalam keadaan terdesak hingga menyebabkannya terpaksa mencuri rantai terbabit.

BA itu juga memaklumkan bahawa dia akan memulangkan semula rantai itu dalam bentuk wang secara ansuran.

Sumber: Threads

Individu Lain Turut Dakwa BA Sama Curi Rantai & Gelang Emas

Dalam masa sama, sesetengah individu lain turut tampil bersuara dan mendakwa BA terbabit mencuri barang kemas pada hari pernikahan.

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Pengantin Dakwa Ditipu Bride Assistant, Dah Bayar Penuh Tapi Tak Datang Majlis Sanding

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.