Now Reading
Kanak-kanak Pijak ‘Ekor’ Gaun Pengantin Hingga Tercabut Undang Perhatian [Video]

Kanak-kanak Pijak ‘Ekor’ Gaun Pengantin Hingga Tercabut Undang Perhatian [Video]

Menerusi video tular, kelihatan pengantin perempuan dikenali sebagai Miey seperti terkejut selepas ‘ekor’ gaun atau sweep train yang dipakainya tercabut semasa sesi perarakan masuk dewan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah banyak kali diingatkan, tetapi masih ada segelintir ibu bapa yang tidak mempedulikan dan mengawal tingkah laku anak semasa berada di sebuah majlis perkahwinan. Bukannya tidak membenarkan anak bermain, tetapi kelakukan mereka kadangkala boleh mencetuskan masalah dan merosakkan hari istimewa orang lain.

Sebagai contoh, kecoh di media sosial pada tahun lalu apabila pelamin pasangan pengantin roboh dipercayai selepas terdapat kanak-kanak bermain di kawasan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Wanita Cerita Detik Anak Robohkan Pelamin Di Majlis Kahwin, Pengantin Tampil Beri Penjelasan [Video]

Kanak-kanak Pijak ‘Ekor’ Gaun Pengantin Hingga Tercabut Ketika Perarakan Masuk Dewan

Baru-baru ini, lain pula hal yang terjadi semasa hari perkahwinan. Tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Miey berkongsi video dia bersama suami yang sedang berarak memasuki pintu masuk dewan.

Momen istimewa itu pada awalnya berjalan seperti biasa yang mana Miey sempat bermesra dan melambaikan tangan kepada rakan-rakan serta tetamu yang hadir.

Namun, lain pula yang terjadi apabila seorang kanak-kanak didakwa telah terpijak ‘ekor’ gaun atau dipanggil sebagai sweep train yang dipakai oleh Miey sewaktu sedang berjalan ke arah pelamin.

Rakan Bantu Pengantin Perempuan Pakaikan Semula ‘Sweep Train’ Yang Tercabut

Seorang rakannya kemudiannya dengan pantas memasang semula sweep train di bahagian belakang Miey.

“Boleh pulak ada budak pijak aku punya ‘ekor’ dekat belakang sampai tercabut! Aku memang baran, muka memang tak boleh tahan nak maki 🤣. Nasib baik suami aku pandai pujuk,” katanya.

Tetamu Tegur Ibu Bapa Yang Tak Kawal Anak Semasa Sesi Perarakan Pengantin

Dari riak wajah muka pengantin, kelihatan wanita itu seperti terkejut dengan apa yang berlaku. Malah ada juga rakannya yang menegur ibu bapa yang tidak mengawal anak semasa majlis tersebut berlangsung.

“Weh tercabut! Astaghfirullahhalazim siapa tak jaga anak ni? Kenapa dia tak kawal anak dia,” kata salah seorang tetamu.

Pengantin Harap Ibu Bapa Jadikan Pengajaran Agar Sentiasa Kawal Anak

Menurut pengantin perempuan semasa dihubungi BuzzKini, dia tidak menerima sebarang permohonan maaf susulan insiden tersebut, berkemungkinan disebabkan ibu bapa si kecil yang tidak menyedari perbuatan anaknya sendiri semasa hari kejadian.

Malah dia juga berharap perkara ini boleh dijadikan iktibar agar ibu bapa di luar sana sentiasa memerhatikan dan mengawal kelakuan anak di majlis perkahwinan.

View on Threads

Ramai Bengang Ibu Bapa Tak Kawal Anak Di Majlis Perkahwinan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa berang dengan ibu bapa yang tidak mengawal kerenah anak sewaktu sesi perakan masuk pengantin berlangsung. Namun, ada yang berpendapat kanak-kanak tidak patut dipersalahkan sebaliknya ia adalah tanggungjawab ibu bapa.

“(Ibu bapa) tolong la tengok anak hampa. Kamu selalu jaga jalan untuk pengantin lalu. Tak bagi orang melintas masa pengantin masuk. Raja Sehari bukan raja sebulan dia (pengantin) akan pakai baju kahwin tu. Rosakkan mood perkahwinan orang,” kata seorang wanita.

“Sebab tu budak-budak dilarang masuk ke laluan masuk pengantin berarak! Mak bapak memang tak pantau dan tak jaga anak masing-masing, Asyik menikmati juadah je,” tambah seorang lagi warganet.

Ramai Mahu Anjur Majlis Perkahwinan ‘Child Free’

Malah ada individu juga yang berkata insiden sebegini membuatkan sesetengah pengantin lebih memilih perkahwinan ‘intimate’ tanpa kanak-kanak.

“Bakal-bakal pengantin lepas ni boleh dah buat intimate wedding tanpa kanak-kanak. Tiada kanak-kanak bawah 12 tahun. Ramai saudara saya buat macam ni sebab ni majlis awak. Bukan hari-hari kahwin. Ni momen yang akan diingati sepanjang hidup,” ujar seorang netizen.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.