Tular Klip Anak Maryam Durian Kimchi Tak Sedarkan Diri, Dr Malar Kongsi Kepentingan Rakam Video
Menerusi video yang dirakam oleh pempengaruh Ryzal Ibrahim, kelihatan isterinya, Maryam Durian Kimchi sedang menjerit panik apabila anaknya, Rian tidak memberikan respon sewaktu sedang bergegas ke hospital.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada Selasa lalu (2 Jun), pempengaruh dan usahawan, Ryzal Ibrahim menerusi hantaran di akaun media sosialnya telah berkongsi detik cemas apabila anak bongsunya, Nik You Rian yang berusia 16 bulan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.
Menerusi video tersebut, kelihatan Ryzal sedang bergegas memandu dengan laju menuju ke hospital, manakala isterinya, Maryam Younarae atau lebih lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sedang memeluk Rian di dalam dakapan sambil menjerit nama anaknya berulang kali.
Rian Tak Beri Respon Walaupun Sudah Jerit Namanya
Menurut Ryzal, anak lelakinya itu tidak memberi sebarang respon dan matanya tertutup walaupun Maryam telah menjerit nama Rian sekuat hati. Bagaimanapun Alhamdulillah, Rian kembali sedar sejurus tiba ke unit kecemasan hospital.
Ramai Luah Rasa Bimbang Melihat Keadaan Rian
Hantaran tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi. Rata-rata orang ramai berasa bimbang dan khuatir melihat keadaan si kecil yang tidak sedarkan diri di dalam kereta.
Malah, ramai juga berasa sebak melihat Maryam yang begitu panik melihat Rian yang tidak memberi respon terhadapnya.
Ada Netizen Persoal Tindakan Ryzal Rakam Anak Sewaktu Memandu Ke Hospital
Pun begitu, ada juga sesetengah netizen yang mempersoalkan rakaman video tersebut.
“Sempat lagi rakam tengah memandu untuk buat konten. Yang penting FYP (for you page) dan viral,” kata seorang warganet.
“Aku rasa common sense adalah fokus pada pemanduan sebab nak segera tiba bukan rakam sambil memandu. Tak payah acah enabler konon bukti nak tunjuk pediatrik. Diorang tahu tugas mereka. Kau fokus memandu jangan sampai langgar orang sudah!” tambah seorang lagi individu.




Dr Malar Kongsi Kepentingan Rakam Video Pesakit Ketika Waktu Kecemasan
Perkongsian Ryzal yang tular di pelbagai platform media sosial kemudiannya mendapat perhatian influencer dan doktor perubatan terkenal Dr Malar Santhi.
Menurut Dr Malar, meskipun tindakan Ryzal yang merakam anaknya sewaktu detik cemas itu kelihatan tidak masuk akal, perbuatan merakam terbabit sebenarnya membantu pakar mendiagnosis, memberikan rawatan dan menentukan keputusan doktor tentang sampel ujian yang perlu dilakukan terhadap pesakit.
Bila saya tengok video ni, saya tahu ada satu durasi budak tu (Rian) tak respon kepada panggilan. Jadi kalau mak dia ceritakan je, kita (pakar perubatan) akan was-was tau, betul ke budak tu tak respon? Ke mak dia tak tak panggil dengan betul? Tapi bila dah ada video, kita memang akan tahu budak tu memang tak (beri) respon.
Dr Malar.
Rakaman Penting Untuk Rujukan Doktor Diagnosis & Beri Rawatan
Melihat kepada video tersebut, doktor kecemasan itu tertanya-tanya adakah Rian sebenarnya mengalami sawan pada ketika itu.
Jelasnya, tidak semua jenis sawan membuatkan pesakit meronta dan memberontak sebagai contoh Sawan Termenung (Petit mal seizure). Antara tanda-tanda Sawan Termenung adalah pesakit akan duduk terkaku tanpa respon semasa sedang diserang sawan.
“Bagus sebenarnya rakam, sangat bermanfaat. Gunakanlah apa yang dirakam tu (untuk rujukan). Sebagai content creator, Encik Ryzal Ibrahim ni dia muat naik untuk tujuan kesedaran kepada yang lain. Rakaman tu penting untuk doktor dan pasukan yang merawat,” katanya.
Dr Malar Tidak Nafikan Bahaya Merakam Ketika Sedang Memandu
Bagaimanapun, Dr Malar turut meluahkan rasa bimbang melihat Ryzal yang memandu sambil merakam dalam keadaan bergegas serta panik. Jelasnya, situasi itu berisiko menyebabkan insiden buruk berlaku seperti kemalangan jalan raya.
“Kita takut bila dia memandu macam tu (sambil rakam) tiba-tiba terlanggar satu lagi kereta, atau tiba-tiba jatuh dari jejambat. Kita takut kemalangan sebegitu berlaku dan ia memang selalu berlaku.
“Contohnya, anak sawan, maknya dengan panik bawa anak ni sambil berlari, sekali mak dengan anak tu terjatuh. Saya pernah dapat kes macam tu.
“Tetapi, jangan kecam orang yang rakam. Kalau korang boleh rakam mak ayah atau atuk nenek korang yang kena strok, sangat membantu. Pengsan ke, sawan ke, pernafasan anak yang asma, sangat-sangat membantu sebenarnya,” ujarnya.
Boleh Kena Kompaun RM300 Jika Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu
Menerusi semakan kami, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu hantaran di Facebook sebelum ini menegaskan bahawa penggunaan telefon bimbit atau alat komunikasi semasa sedang memandu merupakan satu kesalahan di bawah Subkaedah 17 A(1) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959.
Jika didapati bersalah, pemandu boleh dikenakan kompaun RM300 serta mata demerit dalam Sistem Kejara.
Dr Malar Nasihat Jaga Privasi Sejarah Perubatan Masing-masing
Dalam pada itu, Dr Malar juga menasihati orang ramai agar menjaga privasi perubatan masing-masing kerana bimbang perkongsian yang dimuat naik di akaun media sosial bagi tontonan umum akan memudaratkan masa depan, kehidupan peribadi atau urusan insurans.
@drmalarss Memang betul, video yang dirakam boleh menjadi rujukan penting untuk doktor membantu diagnosis dan rawatan. Tapi dalam apa jua kecemasan, keselamatan di jalan raya tetap perlu diutamakan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.💕 #celotehdrmalar #anakjatuh #parentingtip ♬ original sound – CelotehDrMalar
Tonton video penuh [DI SINI].
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣠â‘✮💻₊ ⊹







