“Ni Kafe Bukan R&R” – Ramai Bengang Pelanggan Persoal Suka Dessert Tak Sediakan Telekung Di Surau Wanita
Jelas pengasas kafe Suka Dessert, Auntie Ja, pihaknya tidak dapat menyediakan telekung buat pelanggan yang menggunakan fasiliti surau demi menjaga kebersihan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kafe manisan terkenal Suka Dessert sering mendapat perhatian ramai. Malah baru-baru ini, ramai juga teruja dengan pembukaan kafe Suka Dessert di Selayang, Selangor yang mana pelanggan kini boleh dine-in di sana.
Bagaimanapun, ada sahaja isu yang ditimbulkan pelanggan mengenai fasiliti yang disediakan di sana. Difahamkan, ada pelanggan yang mengadu tentang ketiadaan telekung di surau Muslimah.
Suka Dessert Mohon Maaf, Tidak Dapat Sediakan Telekung Di Surau Wanita
Suka Dessert dalam satu hantaran di Threads memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan telekung buat pengunjung wanita.
Jelas pengasas Suka Dessert, Siti Hajar Mohd Razali atau lebih mesra dipanggil Auntie Ja, ramai yang telah menghubunginya mengenai ketiadaan telekung di dalam surau wanita berkenaan.
Tidak Sediakan Telekung Kerana Nak Jaga Kebersihan
Namun disebabkan mahu menjaga kebersihan, dia mengambil keputusan untuk tidak menyediakan telekung.
“Kepada pelanggan Suka Dessert, perempuan Muslim. Maaf, Auntie Ja tidak menyediakan telekung di surau.
“Ramai juga yang DM (hantar mesej peribadi), komen dan WhatsApp menyatakan pendapat serta ada yang kecewa kerana Suka Dessert tidak menyediakan telekung.
“Maaf, demi menjaga kebersihan, Auntie Ja tidak dapat menyediakan telekung di surau,” katanya di ruangan kapsyen.
Akan Sediakan Surau & Tandas Yang Bersih Untuk Pengunjung – Auntie Ja
Pun begitu, Auntie Ja memaklumkan bahawa pihaknya akan cuba menyediakan tandas dan surau yang bersih untuk keselesaan pelanggan yang singgah ke sana.
Tapi.. Auntie Ja janji, Auntie Ja cuba sediakan surau dan tandas yg bersih untuk pelanggan. Insya- Allah. Surau kami tak besar, hanya muat 1-2 orang sahaja dalam satu masa.
Auntie Ja.
Auntie Ja menerusi ruangan balas turut berharap agar pelanggan Muslimah membawa telekung sendiri jika mahu solat di surau tersebut.
View on Threads
Ni Kafe! Bukan R&R – Netizen
Perkongsian ini nyata mendapat pelbagai reaksi. Rata-rata netizen berkata tidak wajar pelanggan membuat permintaan sebegitu memandangkan ia hanyalah surau yang disediakan di sebuah kafe.
“Ni Suka Dessert oi kafe! Bukan R&R (kawasan Rehat dan Rawat) nak minta macam-macam ni.
“Pergi R&R pun pandai bawa telekung sendiri, dekat sini pun sama la juga. Geram pula rasa,” kata seorang individu.
Pelanggan Diminta Bawa Telekung Sendiri
Malah ramai juga menyarankan agar pelanggan siap sedia bawa telekung bersama sekiranya berjalan di luar.
“Korang kena normalisasikan bawa telekung dalam beg tangan korang. Sepertimana korang normalisasikan bawa alat mekap. Sekarang pun banyak je ada jual telekung travel yang mesra bag tu. Yang muat-muat bag kecil,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai bersetuju bahawa telekung untuk kegunaan awam tidak bersih.
“Akhirnya, memang kena pakai pakaian yang terus masuk dalam solat. Tengok dekat pusat beli-belah tu, telekung wakaf hampir setiap hari orang guna.
“Tak semua telekung wakaf bersih. Sama macam telekung dekat stesen minyak, berkerak macam bertahun tak basuh,” kata seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:






Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹
