“Jual Ayam Gunting Ke Tepung Gunting Ni”- Pelanggan Kecewa Peniaga Jual Isi Ayam Nipis [Video]
Dalam video dikongsikan kelihatan isi ayam pada bahagian dalam terlalu nipis dan tidak nampak seperti ayam gunting.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menceburi bidang perniagaan sememangnya tidak mudah dan penuh dengan cabaran. Apatah lagi jika menjalankan perniagaan makanan di mana perlu menjaga kebersihan, kualiti dan harga.
Yelah ekonomi yang mencabar juga menyebabkan segelintir peniaga terpaksa menaikkan harga atau mungkin ada yang memilih untuk mengurangkan kuantiti bahan mentah demi mengekalkan harga. Namun ia perlulah berpatutan dan tidak menganiaya pelanggan.
Pelanggan kecewa isi ayam gunting terlalu nipis
Baru-baru ini, seorang wanita yang juga pelanggan telah meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang dibeli dari seorang peniaga tidak mencapai standard sepatutnya.
Menerusi video yang dikongsikan di Threads, wanita dikenali sebagai Nanie Azman telah menunjukkan ayam gunting yang dibeli dari seorang peniaga.
Tepung salut ayam lebih tebal dari isi ayam
Namun apa yang mengecewakan, apabila isi bahagian dalam ayam gunting tersebut begitu nipis.
Bahkan kelihatan tepung pada ayam tersebut lebih tebal berbanding isi ayam.
“Jual ayam gunting ke tepung gunting ni.. Berniaga lah dengan jujur weh,” tulisnya.
View on Threads
Ramai pernah berdepan situasi sama namun dengan peniaga berlainan
Melihat di ruangan komen ramai yang pernah berdepan dengan situasi sama di mana isi ayam lebih nipis berbanding tepung luarannya.
Ada juga yang mengatakan adakala harganya tidak berpatutan dengan ketebalan isi ayam yang dijual.
Malah ada yang menyifatkan ia bukan ayam gunting sebaliknya cekodok atau jemput-jemput ayam.
Ada juga mengatakan peniaga hanya mahu mendapatkan keuntungan yang lebih sehingga sanggup menjual makanan seperti itu kepada pelanggan.
“Wei, nipis gila. Cekodok ayam ke?”

“Ni ayam gunting atau mochi isi ayam?”

“Tak suka peniaga makanan dekat Malaysia ni. Ramai yang tipu dan masakan tak sedap sebenarnya! Macam mana orang nak repeat. Lepas tu buat video merayu orang datang beli sebab kedai tak ada orang datang.”

“Saya beli dua hali lepas ayam gunting dekat pasar malam. Lebih kurang macam ni juga. Ayam nipis dan ada tulang. Rasa sebelum ni beli ayam gunting tak ada tulang. Bila makan ayam rasa busuk mungkin ayam lama..”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






