“Situ Kucing Selalu Kencing” – Pelanggan Kecewa Rider Tinggalkan Makanan Dekat Tangga Orang Lalu-lalang
Menurut wanita itu, dia sudah pun meminta rider tersebut menggantungkan bungkusan makanan pada tombol pintu namun makanannya ditinggalkan di atas tangga yang kotor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai sebenarnya dalam kalangan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan (delivery) disebabkan kesuntukan masa dan mahu menjimatkan tenaga. Order, bayar, terus sampai.
Pun begitu, sudah tentu pelanggan juga mengharapkan makanan yang diterima berada dalam keadaan baik dan dihantar di tempat selamat. Namun ada juga segelintir rider penghantar makanan yang tidak prihatin dan meletakkan makanan pelanggan di tempat yang kotor.
Wanita Kecewa Rider Letak Pesanan Makanan Di Tangga Orang Lalu-lalang
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Norhidayah berkongsi foto bungkusan makanan yang dipesan.
Tidak seperti yang diminta, wanita itu kecewa apabila rider penghantar makanan telah meninggalkan pesanannya di atas tangga dipercayai di sebuah rumah kediaman bertingkat.
Sudah Minta Gantung Di Tombol Pintu, Siap Kasi Tip Extra
Jelasnya, dia telah pun meminta rider berkenaan untuk menggantung bungkusan plastik itu di tombol pintu rumahnya malah siap memberikan tip extra.
“Alamat lengkap. Dekat request pun saya bagitahu minta gantung dekat pintu rumah dan siap ulang lagi nombor rumah. Saya ingat semua jelas sebab (rider) tak ada langsung call atau mesej.
“Saya dah bagi tip sebab tahu nak susahkan dia naik tangga. Tapi kalau tak boleh naik juga, bagi tahula. Saya tak marah” katanya.

Tangga Ada Kesan Titisan Air Sampah Sarap Penduduk & Kencing Kucing
Tambah Norhidayah, ini merupakan pertama kali dia berdepan dengan situasi tersebut selepas berbelas-belas tahun tinggal di sana.
“Abang ni ada personal isu dengan saya ke bang sampai makanan saya abang tinggal dekat tangga bawah,” luahnya.
Lebih membuatkannya kecewa adalah tangga itu dikatakan selalu mempunyai titisan air kotor dari bungkusan sampah sarap yang dibuang oleh penduduk di situ. Bukan itu sahaja, menurut Norhidayah, tangga tersebut juga menjadi port bagi kucing untuk kencing.
“Bukan setakat tempat orang pijak, kadang-kadang ada yang bawa turun sampah air menitik-nitik. Belum lagi kucing tanda kawasan (kencing),” katanya di ruangan balas.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Sikap Rider Yang Letak Makanan Pelanggan Di Tempat Tidak Sepatutnya
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bengang dengan sikap rider yang tidak meletakkan pesanan makanan pelanggan di tempat yang bersih.
“Duit nak, tapi makanan pelanggan susah nak hantar sampai ke atas? Tak suka betul aku rider macam ni,” kata seorang warganet.
Malah ada juga yang berkongsi pengalaman lebih kurang sama sewaktu menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan sebelum ini.
“Saya pernah dapat sekali rider macam ni. Letak makanan betul-betul atas lantai padahal boleh je sangkut dekat pintu gril tu,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, segelintir individu turut menyarankan wanita terbabit untuk membuat aduan kepada Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service).
“Saya Yang Rider Pun Tak Tergamak Nak Letak Makanan Macam Tu” – Netizen
“Rider baru kot. Buat la aduan kepada CS. Saya yang kerja sambilan jadi rider ni pun tak tergamak nak letak makanan macam tu kak,” kata seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bengang Dakwa Rider Letak Bungkusan Makanan Atas Besi Penutup Longkang
Baca Artikel Berkaitan: “Job Skop 2 In 1” – Rider GrabFood Dipuji, Bantu Pelanggan Buangkan Sampah Lepas Hantar Makanan
Baca Artikel Berkaitan: Pak Cik Grab Bawa Penumpang Sakit Pergi Hospital, Siap Bagi Duit Belanja & Beli Sarapan Raih Pujian
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹







