Now Reading
Peniaga Kantoikan Scammer, Dakwa Ayam Gepuk Konon Ada Lipas & Siap Minta RM430 Kos Rawatan

Peniaga Kantoikan Scammer, Dakwa Ayam Gepuk Konon Ada Lipas & Siap Minta RM430 Kos Rawatan

Lelaki yang menyamar menjadi scammer itu turut memaklumkan kepada peniaga terbabit, isterinya membawa anak ke klinik untuk mendapatkan suntikan bakteria bagi mencegah kuman merebak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan menjadi peniaga khususnya dalam industri makanan wajib menjaga kebersihan dan kualiti makanan. Bahkan tindakan juga boleh dikenakan sekiranya restoran tersebut terbukti merisikokan kesihatan pelanggannya.

Namun ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan isu tersebut sebagai cubaan menipu atau scam yang kononnya menuntut ganti rugi atas ‘kesilapan’ peniaga.

Individu minta peniaga hati-hati dengan scammer guna taktik kononnya makanan tercemar dan minta ganti rugi

Baru-baru ini peniaga di Sariah Sari Ayam Penyet telah meminta usahawan yang menjalankan perniagaan makanan untuk berhati-hati dengan taktik licik scammer yang cuba mengambil kesempatan dengan mendakwa makanan dijual telah tercemar.

Menerusi tangkap layar perbualan di WhatsApp yang dikongsikan, peniaga tersebut telah menerima mesej daripada seorang individu yang kononya pelanggan menunjukkan gambar terdapat lipas dalam Ayam Gepuk yang dibeli.

Bahkan hantaran itu menunjukkan, pelanggan tersebut begitu marah dan tidak boleh menerima perkara itu.

Peniaga soal siasat terlebih dahulu sebelum kata nak pulangkan duit

Tidak terus melatah, peniaga itu kemudian bertanya bilakah pelanggan terbabit membelinya dan adakah ia makanan dibungkus untuk dibawa pulang.

Lelaki itu mengatakan ya, dan mendakwa nasi tersebut sudah pun dimakan oleh anaknya namun pada kuantiti sedikit.

“Tu anak saya dah siap kunyah-kunyah dah nasi tu. Lain kali hati-hati lah kak,” katanya.

Peniaga itu kemudian bertanya, set apakah yang dibeli serta berapa bayaran yang dibuat untuk makanan tersebut.

Scammer bagitahu anak dah makan makanan tercemar, dan dibawa ke klinik untuk ambil suntikan bakteria

Bagaimanapun lelaki itu cuba mengelak dengan mengatakan semua makanan tersebut dibeli dan diuruskan oleh isterinya. Apabila diminta bertanya kepada isteri, pelanggan tersebut turut memberikan alasan.

“Dia (isteri) bawa anak ke klinik tu buat suntikan bakteria. Untuk cegah kuman merebak. Kang jangkitan makanan, dah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula datang.”

Peniaga itu kemudian meminta agar kod QR diberikan untuk mengganti semula wang serta membayar kos perubatan. Peniaga tersebut juga memohon maaf atas insiden yang berlaku.

Bagitahu kos rawatan di klinik RM430 & beritahu peniaga tak perlu bayar duit makanan

Lelaki itu kemudian memaklumkan kos klinik untuk dia, isteri dan anak adalah RM430. namun memaklumkan peniaga tersebut tidak perlu memulangkan semula duit makanan.

Malah dia meminta peniaga membuat pembayaran kepada pekerjanya (orang ketiga) dan menganggap kes selesai sebaik bayaran dilakukan serta minta ia dijadikan pengajaran.

Namun apabila diminta memberikan nombor akaun, lelaki itu seperti berdalih dan menyuruh peniaga hanya menyimpan wangnya.

Peniaga terus kantoikan scammer, beritahu menu Ayam Gepuk dah 3 hari tak dijual di kedai

Muak melayan kerenah lelaki yang dipercayai scammer itu, peniaga berkenaan kemudian mengatakan bungkusan makanan tersebut jelas bukan dari kedainya.

“Oh simpan duit saya. Memang saya nak simpan pun. Jangan ingat awak tak bagi nombor akaun saya tak boleh semak nombor telefon awak ni dan lokasi awak. Awak salah orang ni nak scam.

“Pertama saya tak bungkus macam ni. Bungkusan kedai saya tak macam yang awak tunjuk ni. Kedua Gepuk dah tiga hari tak ada sebab supplier kacang gajus tak ada stok. Ketiga rasanya awak kena belajar lagi cara nak scam orang.

“Keempat terima kasih bagi content macam ni untuk saya post ke semua media sosial. Terima kasih daun keladi lain hari belajar lagi,” ujarnya.

Minta peniaga lain hati-hati, gambar makanan ada lipas telah disunting

Dalam satu lagi hantaran peniaga tersebut turut memaklumkan gambar yang dihantar oleh scammer berkenaan adalah gambar yang sudah disunting dengan meletakkan lipas.

Dia meminta para peniaga yang lain berhati-hati kerana tindakan scammer seperti itu boleh menjatuhkan reputasi peniaga makanan dengan sekelip matan.

“Saya pun hampir terpedaya, nasib Ayam Gepuk saya tak tersedia dah tiga hari sebab tunggu kacang gajus dari pembekal. Tahu-tahu dapat Whatsapp macam ni dan gambar yang diambil di media sosial dan disunting,” katanya lagi.

View on Threads

Ada juga yang pernah terkena, orang ramai nasihat peniaga minta bukti bayaran sebelum buat ganti rugi

Melihat di ruangan komen, terdapat peniaga memaklumkan mereka melalui pengalaman sama apabila ada yang cuba menipunya dengan mengantar gambar ayam dari Google.

Ada juga yang memberikan nasihat agar peniaga Sariah Sari Ayam Penyet meminta resit terlebih dahulu sebagai bukti makanan tersebut dibeli dari kedainya.

Tidak kurang ada yang mengatakan tidak wujud suntikan elak bakteria sebaliknya hanya antibiotik dan ia diberikan jika mempunyai simptom.

“Aung Naing, tengok nama pun scammer dah tu..”

“Ingat gais, tak ada suntikan untuk elak bakteria. Antibiotik ada. Tu pun selepas dah ada simptom. Di mana bukan tujuan elak tapi bunuh (kuman)”

“Aung Naing? Nama bapa angkat Myanmmar aku waktu kerja dulu”

“Gambar nasi elok je, full serve dengan lipas. Tiba-tiba kata anak dah makan? Suspicious dah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.