Wanita Dakwa Adik Kena Kencing Tikus Lepas Makan Ayam Gepuk Raih Perhatian
Menurut Arieynna adik lelakinya itu kemudian dirawat di zon kuning sebaik doktor memaklumkan terkena kencing tikus dan katanya keadaan ketika itu tidak bermaya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut mengenai ayam gepuk pasti ramai yang menyukai makanan yang berasal dari Indonesia ini. Malah di Malaysia restorannya bagai cendawan tumbuh selepas hujan disebabkan setiap jenama memberikan pengalaman dan rasa yang berlainan.
Ada yang menawarkan tahap pedas yang begitu tinggi dan tidak kurang juga ada yang memberikan kelainan dari segi lauknya seperti sayur dan sebagainya. Namun apa yang paling penting buat setiap peniaga adalah tahap kebersihan yang sentiasa dititikberatkan untuk keselamatan pelanggan.
Wanita kongsi adik kena kencing tikus lepas makan ayam gepuk, alami cirit-birit dan muntah
Baru-baru ini seorang wanita di Threads, Ariyenna Ghazali telah meminta orang ramai untuk berhati-hati apabila menikmati ayam gepuk selepas ada ahli keluarganya yang didakwa terkena kencing tikus selepas makan hidangan itu.
Menurut Arieynna pada minggu lalu adiknya telah menikmati ayam gepuk di sekitar kawasan Ampang, Kuala Lumpur. Namun keesokannya adik Arieynna mengalami muntah dan cirit-birit selama dua hari.
Malah katanya, adiknya juga pernah terjatuh daripada bilik air serta tidak boleh bangun dipercayai disebabkan tidak larat.
“Dia mengensot masuk bilik lepas tu dah okay. Esok paginya tu, dia dah mula demam. Masuk bilik air, jatuh lagi sebab dia kata pitam, tapi tengok dia macam menggigil, badan dia kebas, dia muntah dan cirit dalam masa sama.
“Bawa pergi kecemasan, dikesan kurang garam dalam badan. Malam boleh balik. Tapi dua hari selepas itu masih demam, cirit-birit, dan muntah,” ujarnya.
Doktor masukkan air kerana dehidrasi
Kata Arieynna lagi, mereka turut merancang berkunjung ke klinik kesihatan pada hari Ahad untuk mendapatkan sijil cuti sakit (MC) kerana adiknya itu perlu bekerja namun keadaan badan masih belum mengizinkan.
Namun disebabkan tidak tahan dan badan sudah tidak larat, mereka ke klinik tersebut pada hari Sabtu.
Rupanya kena kencing tikus dan terus dirawat di zon kuning
“Bila pergi klinik kesihatan masuk air sebab dah dehidrasi dan bagilah antibiotik. Masa dekat kecemasan katanya demam virus jadi tak perlu antibiotik.
“Hari Ahad bawa pergi klinik swasta sebab telinga dia macam merah, ingat nak cuci telinga tapi bersih dan klinik ambil darah tengok lagi.
“Bila dapat keputusan darah, platlet rendah sangat kena pergi kecemasan lagi dan doktor suruh buat pemeriksaan untuk kencing tikus dan tahu tak? Memang kena kencing tikus weh.”
Adiknya kemudian dirawat di zon kuning dan kelihatan begitu tidak bermaya kerana badannya begitu lemah.
View on Threads
Minta orang ramai berhati-hati bila makan ayam gepuk
Ekoran insiden menimpa adiknya itu, Arieynna meminta orang ramai untuk berhati-hati apabila makan hidangan tersebut.
“Korang yang suka makan ayam gepuk tu hati-hati lah eh. Aku tak tahu ayam gepuk mana yang dia pergi. Padahal dia dekat rumah sebelum makan cuci sudu dan garfu dulu sebelum makan,” jelasnya.
View on Threads
Ramai bimbang soal kebersihan dan takut mengundang keracunan makanan
Melihat di ruangan balas, ada yang menyifatkan mereka juga takut untuk membeli ayam gepuk selepas tular hantaran memaparkan cara penyimpanan ayam mentah yang dilihat meragukan serta boleh menyebabkan berlaku pencemaran pada makanan tersebut.
Ada juga pengguna yang menjelaskan tidak lagi berkunjung ke restoran menjual ayam gepuk selepas suami membuat servis penyelenggaraan peralatan dapur dan mendapati ia kotor. Pengguna itu turut mendakwa ayam pula diletakkan berdekatan tandas.
Ketika disoal bagaimana keadaan adiknya, Arieynna memaklumkan adiknya itu masih berada di hospital dan doktor memasukkan potassium dan antibiotik untuk rawatan. Malah mereka bersyukur kerana membawa adiknya ke hospital kerana kencing tikus adalah sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa.
Ada juga yang berharap agar pihak berkuasa kesihatan yang menerima maklumat berhubung kes ini membuat pemeriksaan lanjut ke premis berkenaan dan mengenakan tindakan sewajarnya jika benar dakwaan tersebut.
“Takut nak makan ayam gepuk sebarangan sebab ada kes cara dia orang simpan tu, ya Allah tak sanggup lah nak makan.”

“Biasa kes macam ni nanti ada yang datang kan dekat kedai ayam tu buat pemeriksaan?”

“Ayam gepuk ke geprek ke kalau boleh memang tak pergi. Sebab bukan sekarang je kes dia. 10 tahun lepas suami pernah buat penyelenggaraan peralatan dapur tapi kotor. Ayam letak dekat tandas dan tandas tu memang guna untuk buang hajat sekali..”

“Anak saya dua bulan lepas. Makan ayam gepuk dekat Keramat, cirit-birit. Masuk wad, doktor kata jangkitan kuman. Lepas dari tu serik dah dia makan ayam gepuk.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



