Now Reading
Lelaki Kongsi Momen Indah Sepanjang Jadi Guru, Hias Kelas Macam Rumah Sendiri Untuk Tarik Minat Murid

Lelaki Kongsi Momen Indah Sepanjang Jadi Guru, Hias Kelas Macam Rumah Sendiri Untuk Tarik Minat Murid

Kongsi guru Bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Mr Ali di Threads, , dia telah melakukan perkara tersebut sejak empat tahun lalu dengan menghias serta menambah perabot secara berperingkat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui 16 Mei merupakan hari istimewa bagi meraikan golongan pendidik yang memainkan peranan besar dan banyak berkorban dalam kehidupan setiap insan.

Bila sebut tentang pengorbanan guru ia bukan sekadar mengajar dalam kelas semata-mata namun usaha sesetengah mereka untuk menarik minat pelajar.

Cikgu Ubah Bilik Darjah Biasa Jadi Bilik Bahasa Inggeris, Hias Seperti Sebuah Rumah Yang Menenangkan

Itulah yang dilakukan oleh seorang guru yang dikenali sebagai Mr Ali apabila dia sanggup mengubah rupa asal bilik darjah yang dijadikan sebagai bilik Bahasa Inggeris semata-mata untuk menarik minat pelajarnya.

Kongsi guru berkenaan di Threads @mr_alicakes, perkongsiannya itu hanya sekadar untuk mengenang kembali momen ketika dia menjadi guru di sebuah sekolah rendah.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, dapat dilihat rupa asal bilik darjah tersebut berubah menjadi seperti sebuah rumah.

Menariknya, suasana kelas selepas dihias amat menenangkan dan selesa untuk diduduki.

Jelas Mr Ali, dia telah melakukan perkara tersebut sejak empat tahun lalu dengan menghias serta menambah perabot secara berperingkat.

“Saya ceritakan sedikit kenangan saya menjadi seorang guru sekolah rendah. Empat tahun lepas saya diberikan bilik yang jenis Roller Shutter Door. Selain ada masalah burung dekat situ, setiap tahun saya kena tukar tikar getah.

“Kerusi meja guna yang murah-murah tak tahan lama sebab murid bermacam jenis murid. Jadi selama empat tahun ini saya perlahan-lahan bangunkan bilik Bahasa Inggeris ni dengan view yang cantik di luar.

“Tukar lantai ke SPC flooring, memang selesa sangat. Saya bekalkan baju serta seluar murid serta alat tulis murid,” kongsinya.

Hias Bilik Bahasa Inggeris Untuk Tarik Minat Murid

Terang Mr Ali, dia melakukan inisiatif tersebut bagi menarik minat murid untuk mendalami Bahasa Inggeris.

Hasilnya, bilik tersebut sentiasa penuh malah ada pelajar yang berasa teruja untuk mengikuti pembelajaran hingga sanggup masuk awal selepas waktu rehat.

“Alhamdullilah kelas sentiasa penuh, kadang depa naik rehat awal sebab tak sabar nak masuk bilik Bahasa Inggeris yang macam hotel katanya,” kongsinya lagi.

Bagi Mr Ali, setiap pekerjaan mempunyai cabarannya tersendiri dan menjadikan cabarannya tersebut sebagai semangat buat dirinya untuk menjadi guru yang lebih baik.

“Semua pekerjaan dalam dunia ni ada cabarannya. Jadi saya shift (ubah) cabaran tu untuk latih diri saya jadi seorang guru yang terbaik untuk anak murid saya. Buat apa yang kita suka dan bagi manfaat pada org lain,” tulisnya lagi.

Peralatan & Kelas Dihias Warna Putih, Takkan Ambil Balik Barangan Jika Pindah

Kongsinya yang juga popular dengan Kek Batik Mr Ali, dia memilih warna putih dan cerah serta murid bebas memilih tempat duduk sendiri.

“Bilik saya memang penuh warna putih dan warna cerah-cerah. Tapi saya yang ajar mereka disiplin dan jaga harta benda dengan sebaiknya. So kelas sentiasa bersih. Anak murid saya rajin semuanya. Alhamdullilah,” tulisnya.

Jelasnya, dia tidak akan mengambil semula kesemua barang tersebut jika terpaksa berpindah satu hari nanti.

Menerusi hantaran itu juga, dia turut mengucapkan Selamat Hari Guru buat kesemua golongan pendidik.

View on Threads

Ramai Kagum Dengan Effort Guru Hias Kelas

Perkongsian yang telah mendapat lebih 97,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dengan semangat dan usaha guru terbabit dalam mewujudkan suasana selesa bagi menarik minat pelajar.

Malah, ada juga yang teruja melihat keadaan kelas yang dihiasnya hingga ada yang berseloroh mahu menjadi murid guru itu.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang memberi ucapan selamat hari guru kepada Mr Ali dan menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanannya.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Masya-Allah Lovenya! Kalau Saya Pun Nak Masuk Belajar Balik. Murid-Murid Hargai Effort Cikgu Banyak Berkorban Nak Tengok Korang Berjaya”

“Terima Kasih Cikgu! Sebagai Bekas Pelajar Sekolah, Saya Hargai Effort Cikgu Ni”

“Selamat Hari Guru & Terima Kasih Jadi Guru Yang Hebat & Mempunyai Hati Yang Besar”

Baca Artikel Berkaitan: “Kreatifnya!” – Guru Wanita Dipuji, Hias Dinding Kelas Dengan Lukisan Mural Berkonsepkan Komik [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Guru Guna Duit Bonus RM2,000 Untuk Hias Kelas Anak Murid

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Guru & Ibu Bapa Berganding Bahu, Sediakan Kipas Tambahan Untuk Keselesaan Murid [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.