fbpx
Now Reading
“Hebat Didikan Mak Ayah” – Budak Lelaki Kongsi Makanan Dengan 2 Kanak-kanak Gelandangan Raih Pujian [Video]

“Hebat Didikan Mak Ayah” – Budak Lelaki Kongsi Makanan Dengan 2 Kanak-kanak Gelandangan Raih Pujian [Video]

Dua kanak-kanak gelandangan itu dilihat sedang tidur beralas dan berselimutkan kotak di hadapan sebuah kedai makan sebelum disapa oleh budak lelaki berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Itulah kata-kata yang memupuk seseorang agar tidak pernah berkira untuk bersedekah.

Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan kanak-kanak juga perlu dididik sejak kecil supaya mempunyai sifat empati dan suka membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Budak Lelaki Kongsi Rezeki Dengan 2 Kanak-kanak Gelandangan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Sofea berkongsi sifat budi pekerti anak lelakinya, Aisy yang berkongsi rezeki dengan dua kanak-kanak gelandangan dipercayai di hadapan pintu sebuah kedai makan.

Menerusi video tersebut, kelihatan Aisy dengan perlahan-lahan mengejutkan dua kanak-kanak yang sedang tidur berselimut dan beralaskan kotak di kawasan tumpuan orang ramai.

Bukan sahaja berkongsi makanan, malah menurut si ibu, Aisy juga ada memberikan sedikit wang tunai kepada mereka berdua.

Alhamdulillah, sampai tersenyum budak lelaki ini dapat membantu kanak-kanak berkenaan.

Sumber: Threads (sofea_boo)

“Bagi jajan dekat kawan tidur depan kedai dengan beralaskan dan berselimutkan kotak. Sebelum tu, memang ada selitkan duit dekat budak tu, sebab tak nak kacau diorang tidur. Aisy bagi tahu ada duit.

“Aisy cakap awak satu, kawan awak satu. Mungkin abang dan adik,” kata Sofea di dalam video itu.

Ibu Terharu Anak Sudi Kongsi Rezeki

Sifat baik hati si kecil yang memberi sumbangan kepada golongan memerlukan itu membuatkan Sofea tersentuh dan terharu.

“Baiknya adik berkongsi rezeki dengan kawan. Terharu mama,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Pernah Rasa Apa Dia Rasa” – Peniaga Sedekah Tauhu Bergedil Kepada Pelanggan Cilik Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Cukup Cash Nak Sedekah, Gadis Belanja Mak Cik Jual Tisu Sarapan Pagi Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Ini Beli Semua Jualan Bazar & Sedekah Kepada Orang Ramai Raih Pujian Netizen

Orang Ramai Puji Si Kecil & Didikan Ibu Ayah Yang Baik

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji Aisy dan juga Sofea kerana membantu dua kanak-kanak tersebut.

“Adik, teruskan jadi anak yang baik pada ibu ayah, keluarga dan masyarakat. Terima kasih tau,” kata seorang wanita.

Malah ramai juga mendoakan agar si kecil sentiasa berjaya pada masa akan datang.

“Terima kasih didik anak lelaki ada empati. Satu hari nanti anak ni pasti berjaya jadi anak yang baik berbakti pada ibu ayah,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, ramai turut memuji ibu ayah yang berjaya mendidik Aisy untuk menjadi seorang insan yang baik hati.

“Dididik dengan hati suci ibu ayahnya. Moga kamu dijaga Allah selalu dan asbab lajunya ayah ibu ke syurga kelak, amin Ya Allah,” titip doa seorang individu.

“Masya-Allah Tabarakallah. Tahniah ibu ayah yang mengajar adab sebelum ilmu,” tambah seorang lagi netizen.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Non-Muslim Belanja Kanak-kanak Beli Makanan Di Bazar Ramadan Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Masya-Allah Macam Kenduri” – Wanita Kongsi Rezeki Iftar Walau Dengan Orang Tak Dikenali Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang Lain’ – Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu Seorang Bapa Tak Mampu Abadikan Gambar Konvo Anak RM 20

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.