fbpx
Now Reading
“Padahal Signboard Larangan Depan Muka” – Anggota Badan Beruniform Didakwa Merokok Di Kedai Makan

“Padahal Signboard Larangan Depan Muka” – Anggota Badan Beruniform Didakwa Merokok Di Kedai Makan

Dakwa seorang lelaki, anggota beruniform tersebut telah menghisap sehingga tiga puntung rokok sambil minum air di kedai makan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dah banyak kali diingatkan dan undang-undang pun ada, tetapi masih ramai golongan masyarakat yang degil untuk merokok di kawasan terlarang.

Antara yang selalu dilihat adalah merokok di kedai makan, sama seperti yang dikongsikan seorang pengguna Threads dikenali sebagai Izwan baru-baru ini.

Anggota Uniform Didakwa Masih Merokok Walaupun Lihat Papan Tanda Larangan

Izwan mendakwa bahawa dia terlihat seorang anggota badan beruniform sedang merokok di sebuah kedai makan.

Tanpa mendedahkan wajahnya, Izwan mendakwa bahawa anggota dipercayai daripada badan keselamatan negara itu melakukan perbuatan tersebut di hadapan papan tanda larangan merokok yang sudah pun ditampal di sana.

Justeru, lelaki terbabit turut bertanya kepada orang ramai sama ada dia boleh melaporkannya dalam sistem SISPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam) atau pun tidak.

“Disebabkan penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai rokok ni lemah. Boleh ke report SISPAA untuk staf kerajaan? Atau laporkan ke pihak atasan?

“Merokok padahal signboard (papan tanda) ‘Dilarang Merokok’ depan muka sahaja,” dakwanya.

View on Threads

Anggota Kerajaan Perlu Tunjuk Contoh Baik – Pengguna Threads

Menerusi ruangan balas, ada segelintir individu tidak bersetuju apabila Izwan mengatakan penguatkuasaan KKM masih lemah. Namun menurutnya, penguatkuasaan pihak terlibat masih kurang memandangkan masih ada kes individu merokok di tempat terlarang.

“Point saya simple. Yang pertama, penguatkuasaan kurang sebab tu orang masih ramai hisap rokok. Yang kedua, anggota kerajaan beruniform sepatutnya menunjukkan contoh, bukan bantai 2-3 batang rokok sambil minum air.”

Pengguna Threads.

Baca Artikel Berkaitan: “Bagus Akak Ni” – Tular Video Wanita Tegur Individu Merokok Dalam Restoran Hingga Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Hisap Rokok Depan Anak Kecil Yang Sedang Tidur Buat Ramai Geram [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bangga, Tetap Berkeras Hisap Rokok Selepas Ditegur Di Cafe Bikin Ramai Panas Hati

Larangan Merokok Dalam Kedai Makan

Untuk pengetahuan semua, merokok di 28 kawasan awam termasuklah kedai makan atau restoran merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Individu yang ingkar boleh dikenakan kompaun seperti berikut:

  • Kesalahan pertama: RM250
    • Pengurangan ditawarkan kepada RM150 jika kompaun dibayar dalam tempoh sebulan.
  • Kesalahan kedua: RM250
    • Tiada pengurangan kompaun ditawarkan.
  • Kesalahan ketiga: RM350

WhatsApp Talian Khas KKM Jika Lihat Individu Merokok Di Premis Makanan

Sebagai orang awam, anda juga mempunyai hak untuk melaporkan sebarang jenis kesalahan merokok.

Anda boleh membuat aduan menerusi talian khas yang telah disediakan oleh KKM di WhatsApp iaitu 010-8608949.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian yang sama jika mendapati ada pemilik yang tidak meletak papan tanda larangan merokok di premis makanannya.

Ramai Harap Lelaki Buat Laporan Tentang Anggota Uniform Rokok Di Tempat Awam

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berang apabila anggota beruniform juga merokok di tempat awam.

“Sumpah aku geli nak pijak kedai yang banyak putung rokok macam ni. Sebab kebanyakan perokok suka meludah dekat bawah bawah (lantai). Sumpah jijik!” kata seorang wanita.

Malah Public Health Malaysia (PHM) turut berkongsi pandangan pihaknya mengenai kes ini.

“Hormati uniform yang kita pakai. Ia bukan sekadar pakaian kerja. Ia datang dengan amanah, imej dan tanggungjawab. Masyarakat sekeliling memerhati. Satu sikap kecil yang kita ambil mudah, boleh jadi cerminan kepada seluruh organisasi,” kata pengendali akaun Threads PHM.

View on Threads

Berikut antara komen-komen netizen yang lain:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Jalankan Siasatan Tatatertib Selepas Tular Video Anggota Merokok Di Restoran

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Lihat Anggota DBKL Kompaun Perokok Buang Puntung Di Tempat Awam [Video]

Baca Artikel Berkaitan: KKM Beri Kompaun Terhadap Tok Mat Kerana Merokok Di Kedai Makan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.