Now Reading
Sah Ke Tidak Jika Terus Solat Walaupun Azan Tak Habis Lagi? Ini Penjelasannya [Video]

Sah Ke Tidak Jika Terus Solat Walaupun Azan Tak Habis Lagi? Ini Penjelasannya [Video]

Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, adalah lebih afdal sekiranya solat didirikan selepas azan habis berkumandang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ada harinya kita akan sibuk sehingga setiap perkara perlu dilakukan dengan cepat.

Nak solat pun terkejar-kejar dan ada yang memilih untuk mendirikan solat di awal waktu meskipun azan masih berkumandang.

Persoalannya adakah dibolehkan seseorang terus solat walaupun azan belum habis lagi? Sah ke solat seseorang itu?

Sah Solat Walaupun Azan Sedang Berkumandang

Menurut laman pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, solat seseorang itu sah meskipun azan masih berkumandang.

Ini kerana azan merupakan tanda masuknya waktu solat. Malah, antara syarat sah solat adalah mengerjakannya setelah masuk waktu.

Kenapa Sah Solat?

Perkara sama turut dijelaskan oleh pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube.

Jelasnya, solat seseorang itu sah asalkan syarat sah solat dipenuhi iaitu:

  1. Suci daripada hadas
  2. Suci daripada najis
  3. Menutup aurat
  4. Masuk waktu
  5. Menghadap kiblat

Solat Sah Meskipun Azan Belum Berkumandang Jika Yakin Waktu Solat Dah Masuk

Tambah UAI lagi, solat seseorang itu tetap sah meskipun azan belum berkumandang apabila yakin telah masuk waktu dengan melihat keadaan sekeliling.

“Kalau berhajat, dalam masalah-masalah di hutan, di laut, di tempat tidak berjemaah, masuk waktu je sah solat walaupun tak azan lagi.

“Dia naik bukit, tengok matahari dah tenggelam, tapi tengok jam lagi 5 minit, matahari tenggelam dah, boleh solat.

“Kerana matahari tenggelam itulah waktu solat paling tepat adapun jam itu ijtihad sahaja,” jelasnya.

Jelas laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara cara untuk mengetahui masuknya waktu solat adalah seperti:

  1. Mengetahuinya dengan yakin iaitu berpengang kepada dalil yang nyata seperti melihat terbenamnya matahari
  2. Ijtihad iaitu berpegang kepada dalil yang kukuh yang mempunyai petunjuk tidak langsung seperti bayang-bayang atau dengan mengukur lama masa bekerja.
  3. Taqlid. Sekiranya tidak mungkin mengetahui masuk waktu dengan yakin atau ijtihad seperti tidak tahu tentang waktu-waktu solat dan dalil-dalilnya, dia hendaklah bertaqlidsama ada kepada orang yang mengetahuinya melalui dalil-dalil yang nyata atau kepada seseorang mujtahid yang berpegang kepada dalil-dalil yang kukuh.

Tapi Lebih Afdal Dirikan Solat Selepas Azan Habis Berkumandang

Namun jelas laman terbabit, adalah lebih afdal sekiranya solat dilakukan selepas azan habis berkumandang seperti Sabda Nabi SAW dalam hadis Abdullah bin Amr R.Anhuma.

اذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِىَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِى الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِى إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِىَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

“Maksudnya: Apabila kamu mendengar seruan muazzin, jawablah sepertimana yang diucapkannya. Kemudian berselawatlah ke atasku, sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Kemudian mohonlah kepada Allah wasilah untukku iaitu satu kedudukan di dalam syurga yang tidak dikurniakan kecuali kepada seorang di kalangan hamba Allah, dan aku berharap akulah orangnya. Sesiapa yang memohon kepada Allah wasilah untukku pastilah dia mendapat syafaat. Riwayat Muslim (384),” kongsi laman itu.

Ini bermaksud sekiranya seseorang itu mendirikan solat selepas azan habis, ia membolehkan individu melakukan perkara sunat semasa azan berkumandang seperti menjawab azan, berselawat dan memohon doa kepada Allah SWT.

Malah, seseorang itu juga akan mendapat ganjaran istimewa yang dijanjikan Allah SWT dengan melakukan perkara tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Jika Baru Angkat Takbir Dan Masuk Waktu Solat Lain? Ini Penjelasannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Rezeki Tak Berkat Jika Tak Solat? Ini Penjelasan UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Masuk & Keluar Saf Ketika Solat Berjemaah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.