“Macam Tu Je Dibuang”- Foto Buku Assignment Pelajar Dilonggokkan Di Tempat Sampah Jadi Perhatian
Ada yang berpendapat buku-buku tugasan terbabit sepatutnya dipulangkan semula kepada pelajar atau dilupuskan dengan cara yang betul dan bukan dilonggokkan begitu sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai yang melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading kerana tahu ia adalah kunci mencapai kejayaan. Bahkan umum mengetahui proses mendapatkan sijil sebelum bergelar graduan tidak mudah, banyak masa, tenaga serta kewangan yang dikorbankan.
Baru-baru ini satu hantaran yang dikongsikan di Threads telah menjadi perhatian ramai apabila tular foto longgokan buku tugasan (assignment) pelajar diletakkan di tempat sampah.
Buku-buku tugasan pelajar dilonggokkan di tempat sampah buat ramai sedih
Menerusi hantaran pengguna threads dikenali sebagai Izni, dia telah memuat naik dua foto memaparkan banyak buku tugasan pelajar diletakkan dalam tong seperti sampah.
Manakala satu lagi foto menunjukkan timbunan buku-buku tugasan tersebut berada di atas lantai seperti di bangunan tinggal.
“Di sebalik ‘timbunan sampah’ ni ada air mata, duit, masa dan 1001 dugaan yang tak diceritakan,” ujar Izni.
Ada yang berpendapat buku tugasan dipulangkan semula kepada pelajar
Melihat di ruangan balas, ramai yang merasakan buku-buku tugasan tersebut tidak sepatutnya dibuang sebaliknya ia lebih baik jika dipulangkan semula kepada pelajar.
Ini kerana banyak usaha yang diletakkan oleh pelajar dalam menghasilkan tugasan tersebut bukan sekadar wang dan ia bukan satu perkara mudah. Bahkan berpendapat jika ia ingin dilupuskan perlulah dengan cara yang betul kerana ia mengandungi ilmu.
Ada juga berpendapat pencetakan buku tugasan seperti itu tidak lagi releven di saat dunia kini menggunakan teknologi dan ia sepatutnya didigitalkan sahaja.
View on Threads
Pelajar korban pelbagai perkara untuk hasilkan tugasan yang dicetak
Tidak kurang ada yang meluah untuk membuat tugasan tersebut ia tidak mudah sebaliknya perlu membuat banyak pembetulan, tidak tidur malam, wang dikeluarkan untuk dicetak dan akhirnya ia dibuang hanya begitu sahaja.
Ada juga berpendapat buku-buku tersebut juga boleh dihantar ke pusat kitar semula daripada ia dilonggokkan begitu sahaja.
Foto dipercayai bukan di Malaysia
Walau bagaimanapun, semakan kami mendapati foto terbabit adalah foto lama dan dipercayai bukan di Malaysia.
Bahkan ia juga pernah dikongsikan pada tahun 2024 di grup Facebook kesatuan pelajar di Malawi, Afrika. Malah ia juga dikongsikan oleh sebuah media di Nigeria pada Februari lalu.

Berikut adalah komen netizen:
“Yang buang ni pasti pensyarah. Arwah abah bekas professor madya. Dia simpan semua jurnal tugasan anak murid dia sampai dia meninggal dunia. Aku nak buang, mak aku tak bagi. Maka aku simpan je lah hasil kerja anak murid arwah abah aku dari tahun 80-an.”

“Minta sampai 4-5 hardcopy, alih-alih ke tong sampah”

“Kenapa tak bagi semula kepada pelajar? Bukan murah tau nak print. Nak siapkan pun kadang tidur beberapa jam je.”

“Ini adalah menyedihkan. Ia adalah lebih baik jika ‘buku’ itu dipulangkan semula kepada pemiliknya. Biar mereka buat keputusan bagaimana ingin menyimpannya.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



