Wanita Dakwa Wang Lesap Selepas Buat Whatsapp Call, Nafi Ada Tekan Apa-apa Link Atau Muat Turun Sebarang File
Difahamkan segalanya bermula apabila dia menghubungi “vendor makanan” terbabit selepas menunjukkan minat terhadap satu iklan makanan homecooked yang dilihatnya di Facebook.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seorang wanita mendakwa wang dalam akaun simpanan dan kad kreditnya lesap selepas membuat panggilan bersama seorang individu yang disyaki menyamar sebagai penjual makanan menerusi WhatsApp.
Kes tersebut yang dikongsikan oleh Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen iaitu Michael Kong Feng Nian di Facebook nyata mencuri tumpuan ramai.
Ini kerana Kong yang juga peguam mendedahkan kejadian itu berlaku hanya dengan satu panggilan WhatsApp biasa, di mana wanita itu yang dikenali sebagai Madam Chan mendakwa tidak ada:
- Menekan apa-apa pautan (link)
- Memuat turun apa-apa aplikasi
Bermula dengan panggilan WhatsApp selepas terlihat iklan di Facebook
Difahamkan segalanya bermula apabila dia menghubungi “vendor makanan” terbabit selepas menunjukkan minat terhadap satu iklan makanan homecooked yang dilihatnya di Facebook.
Namun ketika perbualan berlangsung, individu itu beberapa kali mendesak mahu menghantar menu makanan kepadanya, namun mangsa menolak kerana sudah tahu hidangan yang ingin ditempah.
Disebabkan penjual makan itu tetap berkeras Chan lantas menamatkan panggilan.
Rasa telefon macam ‘pelik’ selepas tamatkan panggilan
Beberapa minit kemudian, mangsa mendakwa telefon bimbitnya mula bertindak di luar dari kebiasaan. Tidak lama selepas itu, anaknya memaklumkan bahawa beberapa kenalan mereka telah menerima mesej daripada nombor telefon mangsa yang kononnya dia memerlukan duit.
Mangsa kemudian menghubungi pihak bank sebelum mendapati ada tiga transaksi tanpa kebenarannya iaitu dua daripada akaun simpanannya serta satu transaksi daripada akaun kad kredit.
Aduan tidak diterima selepas bank dapati akaun diakes secara ‘sah’, guna ID dan kata laluan mangsa
Dia lalu memfailkan aduan namun ianya ditolak selepas pihak bank memaklumkan akaun itu diakses menggunakan ID pengguna dan kata laluan mangsa sendiri, selain menyatakan peranti mangsa mungkin “telah terjejas akibat jangkitan perisian hasad (malware).”
Pada hemat Kong, penjelasan yang diberikan bank adalah tidak memuaskan kerana satu-satunya interaksi yang berlaku antara mangsa dan individu terbabit adalah menerusi Whatsapp Call.
“Madam Chan telah menyatakan secara tegas bahawa beliau tidak memuat turun sebarang aplikasi atau mengklik mana-mana pautan. Satu-satunya interaksi yang berlaku hanyalah panggilan WhatsApp dengan individu yang didakwa sebagai scammer tersebut.
“Perkara ini menimbulkan kebimbangan serius terhadap taktik penipuan yang semakin berkembang, di mana penipu berkemungkinan kini mampu mengeksploitasi kelemahan melalui interaksi yang kelihatan tidak berbahaya seperti panggilan telefon atau penglibatan di media sosial.”
Sehubungan itu Kong dan pasukannya akan membantu Chan untuk mengemukakan rayuan di Financial Markets Ombudsman Service (FMOS), platform yang berfungsi untuk menyelesaikan pertikaian pasaran kewangan dan modal yang melibatkan kerugian kewangan.
Secara amnya kebanyakan kes penipuan di Malaysia berlaku disebabkan mangsa mengklik pautan, memuat turun aplikasi, atau memasukkan maklumat log masuk pada laman palsu.
Namun dengan pengakuan Chan, ia dilihat berbeza kerana teknik yang digunakan sama sekali tidak menyamai corak-corak tersebut.
Penyelidik keselamatan siber sebelum ini pernah mendokumentasikan eksploitasi melalui panggilan WhatsApp sehingga menyebabkan peranti terjejas meskipun mangsa tidak berbuat apa-apa, namun belum disahkan sama ada kaedah sama digunakan dalam kes ini.
Perkongsian cetus perdebatan
Di ruangan komen ada yang khuatir dengan perkara itu kerana taktik jenayah siber semakin licik dan berharap institusi perbankan dapat memperketatkan langkah keselamatan demi melindungi wang pelanggan dari dipindahkan tanpa pengetahuan mereka.
Ada juga segelintir yang tidak berpuas hati dengan cara pihak bank mengendalikan perkara itu.
Namun ada juga pengguna media sosial merasakan Chan mungkin terlupa atau tidak menjelaskan secara jujur yang dia sudah tertekan apa-apa link atau memuat turun apa-apa fail sehingga menyebabkan perkara itu berlaku.

Apa-apa pun kita sebagai pengguna perlu sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa scam.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



