Tertumpah Air Dapat Seluar Baharu, Lelaki Puji Servis Terbaik Oriental Kopi Selesaikan Isu Pelanggan
Kongsi lelaki yang dikenali sebagai Shafiq di Threads, cawan yang dihantar oleh pekerja restoran terbabit tiba-tiba meletup sewaktu dia mahu minum air mineral yang telah dituang menyebabkan air tertumpah pada seluarnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak semua namun ada segelintir pelanggan yang menghadapi situasi yang tidak diingini ketika berkunjung di mana-mana restoran mahupun kedai makan.
Namun sering kedengaran sikap atau servis sesetengah premis yang sering tidak mengendahkan aduan pengguna.
Cawan Tiba-Tiba Pecah Ketika Makan Dengan VIP
Namun, lain pula dengan seorang lelaki ini yang mendapat servis dan layanan baik dari Restoran Oriental Kopi Cawangan Midvalley selepas berlaku insiden yang tidak diingini.
Perkara itu dikongsikan oleh lelaki berkenaan di Threads @shafiqshahar baru-baru ini.
Kongsinya yang dikenali sebagai Shafiq, dia telah berkunjung ke kedai makan berkenaan untuk berjumpa orang kenamaan (VIP) dan telah memesan air mineral.
“Sementara tunggu Datuk ni sampai, aku pun order la air mineral. Dengan pantas waiter hantar air mineral dengan mug ais sekali, aku pun tuang air,” tulisnya.
Panggil Waiter & VIP Menelefon Seseorang
Apa yang menjadi perhatian adalah cawan yang dihantar oleh pekerja restoran terbabit tiba-tiba meletup sewaktu dia mahu minum air mineral yang telah dituang menyebabkan air tertumpah pada seluarnya.
Terkejut dengan apa yang berlaku, dia terus memanggil pekerja dan memberitahu tentang kejadian berkenaan.
Pada waktu itu juga, individu yang mahu bertemu Shafiq baru sahaja sampai di restoran terbabit dan menyaksikan insiden berkenaan sebelum membuat panggilan telefon kepada seseorang yang tidak diketahui olehnya.
‘Aku panggil waiter aku cakap ‘apa cerita ni?’, ada prank tv show ke? Waiter tu pun cuak. Aku perasan seorang Datuk ni terus call entah sapa entah,” tulisnya.
Staf Terus Ajak Beli Seluar Baru, Siap Belanja Makan & Dapat Free Gift
Namun setelah beberapa ketika, seorang lagi staf restoran telah datang kepada Shafiq dan menawarkan seluar baharu untuk menggantikan seluarnya yang basah itu.
“Lepas lima minit macam tu ada Person-In-Charge (PIC) datang dekat aku cakap nak belanja seluar. Aku pun segan la sebab air mineral je yang tumpah tapi apakan daya rezeki jangan ditolak. Aku dengan amoi (PIC) tu pun pegi Uniqlo cari seluar,” tulisnya.
Bukan hanya seluar baharu, namun makanan yang dipesan oleh Shafiq juga tidak perlu dibayar malah dia siap mendapat hadiah percuma dari restoran berkenaan.
Dek kerana respon positif yang diterima, lelaki itu terus memuji cara dan layanan yang diberikan oleh pihak restoran dalam menangani isu sedemikian.
“Apa-apa pun terbaik la layanan Oriental Kopi, Midvalley. Servis dan layanan terbaik. Harap-harap lain kali aku datang still dapat lagi discount 100%. Dapat free gift pula lagi. Pandai jaga customer la,” katanya.
View on Threads
View on Threads
Pengguna Media Sosial Puji Tindakan Pantas Restoran
Perkongsian yang telah mendapat lebih 428,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pantas pihak restoran dalam menangani isu berkenaan.
Bukan itu sahaja, ada yang turut membuat perbandingan respon dengan restoran lain jika berhadapan dengan situasi sebegini.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Recovery Procedure. Kalau Nak Maintain, Sustain Regular Customer. Ini SOP. Mantap Oriental Kopi.”

“Macam Inilah Cara Nak Jaga Jenama”

“Kan Senang. Settle Sehari. Customer Happy. Kedai Tak Rugi Apa Pun Sekadar Belanja Satu Table”

“Ada Dawai Dalam Mee Baru Makan Sesuap, Bagitahu Orang Kedai, Maaf Pun Macam Tak Ikhlas”

Baca Artikel Berkaitan: Tular Mahu Naikkan Caj Servis 15% Ketika Tahun Baru Cina, Oriental Kopi Batal Hasrat Lepas Terima Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: Staf Restoran Selamatkan Wanita Dari Jadi Mangsa Lelaki ‘Berniat Jahat’ Raih Pujian [Video]
