“Renungan Untuk Kita Semua” – Perkongsian Quote Tentang Ahli Politik Oleh Pejabat Sultan Selangor Curi Perhatian
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkongsi quote berkenaan ahli politik dan penyelewengan daripada bekas Presiden Amerika Syarikat ke-33, Harry S. Truman.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (8 Mei), Pejabat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkongsi satu perkongsian di Facebook Selangor Royal Office sehingga mendapat perhatian ramai.
Sultan Selangor Kongsi Quote Tentang Ahli Politik & Penyelewengan
Menerusi hantaran itu, laman berkenaan telah berkongsi satu quote oleh bekas Presiden Amerika Syarikat ke-33, Harry S. Truman berkaitan ahli politik dan rasuah.
Menurut pentadbir laman berkenaan, baginda terbaca dan tertarik dengan quote tersebut serta berkenan untuk berkongsi bersama rakyat.
“DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj terbaca dan tertarik dengan ‘quote’ yang dipetik daripada bekas Presiden Amerika Syarikat ke-33, Harry S. Truman yang ingin dikongsi bersama rakyat jelata. Jika diterjemahkan ia membawa maksud:-
“Tiada seorang pun mampu menjadi kaya melalui politik melainkan dia seorang penyeleweng,” tulis laman itu.
Pejabat Baginda Turut Kongsi Quote Susulan Berkenaan Rasuah
Melalui hantaran itu juga, pejabat baginda turut berkongsi quote susulan yang mengaitkan ahli politik dengan rasuah.
“Jika golongan paling kaya dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada ahli politik, maka masyarakat itu pada asasnya telah dirosakkan oleh rasuah”
“Renungan untuk kita semua. Semoga bermanfaat,” tulisnya.
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj terbaca dan tertarik dengan “quote” yang dipetik daripada bekas…
Posted by Selangor Royal Office on Wednesday 6 May 2026
Warganet Sokong Hantaran Yang Dikongsi Baginda Sultan
Perkongsian itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, ramai yang menyokong dan memahami maksud yang mahu disampaikan oleh baginda.
Malah, ada yang menyuarakan hasrat agar baginda mengambil tindakan yang lebih tegas lagi kepada mana-mana pihak yang berkaitan.
Dewan Di-Raja Selangor Sangkal Dakwaan Titah Sultan Campur Tangan Urusan Pentadbiran Negeri
Terdahulu, Dewan di-Raja Selangor menyangkal pandangan serong segelintir pemimpin politik dan pihak tertentu yang mendakwa titah baginda telah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Jelas mereka dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, pihaknya ingin memperbetulkan persepsi tersebut dan menegaskan titah baginda sempena pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 20 April lalu adalah selari dengan peranan seorang Raja dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan.
Menurut kenyataan itu juga, titah Sultan bukanlah bersifat campur tangan, sebaliknya ia merupakan nasihat bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
“Titah Sultan Selangor adalah bagi memastikan setiap tindakan kerajaan negeri bertepatan dengan kehendak undang-undang selain mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” tulisnya.
Jelas Dewan di-Raja lagi, pandangan, teguran dan nasihat Sultan adalah berdasarkan kepentingan rakyat tanpa dipengaruhi oleh kepentingan politik dan menekankan tindakan yang berkesan berbanding janji kosong dalam menyelesaikan isu rakyat.
“Sebarang nasihat, teguran dan peringatan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor adalah merupakan nasihat dan teguran penting dari seorang Raja bagi memastikan pentadbiran negeri dijalankan dengan penuh tanggungjawab.
“D.Y.M.M. Sultan sering menitikberatkan tindakan yang efektif dan bukan janji-janji kosong dalam menyelesaikan masalah rakyat bersesuaian dengan peranan Baginda Sultan sebagai Ketua Negeri,” tulisnya.
6 Mei 2026 ~ KENYATAAN AHLI-AHLI DEWAN DI-RAJA SELANGOR BERKAITAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR…
Posted by Selangor Royal Office on Wednesday 6 May 2026
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Semoga Tuanku Tegas Berasaskan Islam & Melayu Dalam Menjaga Negeri Selangor Yang Berdaulat”

“Daulat Tuanku, Harap Tuanku Ambil Tindakan Tegas Agae Mereka Yang Biadap Dan Derhaka Ini Serik Dah”

“Daulat Tuanku, Banyak Nak Jadi Ahli Politik Sebab Gila Kuasa & Kekayaan, Bukan Tolong Rakyat & Negara”

Baca Artikel Berkaitan: “Apa Faedah Gelar Type M, Type C?” – Sultan Selangor Tegur Netizen Tentang Hantaran & Komen Kebencian
Baca Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Titah Tiada Lagi Ladang Babi Di Tanjong Sepat



