Geng Sukarelawan Tebang Dahan Pokok Di Bahu Jalan Demi Keselamatan Pelajar Jalan Kaki [Video]
Keadaan pokok yang besar di laluan pejalan kaki telah menghalang pandangan jalan serta membuatkan pelajar terpaksa menggunakan jalan raya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Berita mengenai kemalangan membabitkan pelajar khususnya apabila ia berlaku di kawasan sekolah tak dinafikan memberikan kesan mendalam bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi orang ramai.
Enggan nyawa pelajar menjadi taruhan, baru-baru ini kumpulan sukarelawan, Hiyaz Komuniti di Kota Bharu, Kelantan telah bertindak untuk menebang dahan pokok yang berada di bahu jalan atas faktor keselamatan.
Hiyaz Komuniti potong pokok besar halang laluan pejalan kaki demi keselamatan pelajar
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan Hiyaz Komuniti menunjukkan keadaan dahan pokok yang besar berada di bahu jalan telah menyebabkan jalan tersebut terlindung.
Bahkan pelajar juga terpaksa berjalan di tepi jalan raya disebabkan pokok itu telah menghalang laluan pejalan kaki.
Memandangkan pelajar sekolah menggunakan jalan tersebut sebagai laluan keadaan pokok tersebut menyebabkan, kenderaan tidak menyedari kehadiran pelajar yang sedang berjalan yang sekali gus membahayakan keselamatan mereka.
Pokok yang ditebang buat jalan lebih kemas dan tidak menghalang pandangan pengguna jalan raya dan pejalan kaki
Susulan daripada keadaan itu, Hiyaz Komuniti menebang dahan-dahan pada pokok yang menyebabkan jalan terlindung.
Tindakan Hiyaz Komuniti menebang dahan tersebut bukan sahaja membuatkan jalan tersebut kelihatan kemas, bahkan ia tidak lagi menghalang laluan pejalan kaki.
Selain itu, apabila pokok tersebut selesai ditebang ia juga memudahkan pejalan kaki serta pengguna jalan raya lain untuk melihat dengan jelas keadaan di sekitar kawasan itu.
Ramai puji tindakan murni, ada sifatkan ia boleh menyelamatkan nyawa
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Hiyaz Komuniti menebang pokok tersebut.
Ini kerana ia tidak hanya membantu pelajar untuk menggunakan laluan pejalan kaki yang lebih selamat tetapi tindakan tersebut juga boleh menyelamatkan nyawa dari sebarang kemalangan tak diingini.
Bahkan ramai juga yang berterima kasih atas usaha murni bagi memastikan pelajar melalui jalan tersebut selamat.
Untuk makluman di dalam Islam mengalihkan atau membuang sesuatu yang boleh menyakiti orang lain di atas jalan raya merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai sedekah. Ini kerana individu itu berusaha menjauhkan daripada berlaku sebarang kemudaratan kepada orang ramai.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Alihkan Besi Tengah Lebuh Raya Raih Pujian, Ramai Titip Doa [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Terbaik Bro!” – Ramai Puji Tindakan Pemuda Alihkan Objek Di Atas Lebuh Raya [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup Berhenti Untuk Bantu Alihkan Kereta Rosak, Tindakan Pemandu Lori Dipuji [Video]
Berikut adalah komen netizen:
“Nampak simple, tapi boleh menyelamatkan nyawa yang tak bersalah”

“Besar pahala, selagi orang dapat lalu, selagi tu pahala mengalir. Terima kasih orang baik, semoga sentiasa dipermudahkan urusan.”

“Terima kasih atas perkhidmatan awak. Semoga Allah memberkatinya.”

“Big respect. Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindunganNya.”




