Boleh Ke Tolong Punch Card Bagi Pihak Orang lain Di Tempat Kerja? Ini Penjelasan UAI [Video]
Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube, hukum perbuatan membantu rakan punch card bergantung kepada keadaan dan niat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Meskipun zaman dah semakin maju namun ada sesetengah tempat kerja masih menggunakan sistem kad perakam waktu atau lebih dikenali sebagai punch card bagi merekodkan kehadiran staf.
Kelemahan sistem ini adalah ia membolehkan seseorang melakukan punch card bagi pihak orang lain.
Persoalannya, boleh ke individu tolong punch card untuk kawan? Adakah ia dikira sebagai menipu?
Tak Boleh Tolong Punch Card Kalau Majikan Tak Benarkan
Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube, perbuatan membantu rakan punch card adalah satu kesalahan lebih-lebih lagi jika ia dilarang oleh majikan.
“Kalau tidak dibenarkan oleh majikan, kamu melakukan kesalahan. Ramai dah buat. Kawan tu nak datang lambat, pukul 10 sepatutnya masuk pukul 9. Dia tolong cucuk (punch).
“Jadi orang ingat dia dalam keadaan menepati masa, rupanya tidak menepati masa. Dengan bantuan kita untuk perkara salah, kita tolong atas perkara yang tidak betul, tidak boleh,” jelasnya.
Boleh Tolong Punch Card Kalau Dibenarkan Majikan
Namun jelas pendakwah itu, seseorang dibenarkan membantu rakannya mengetik kad perakam waktu sekiranya dibenarkan oleh majikan.
“Tetapi kalau dibenarkan majikan, kalau dia datang lambat kerana jem, kerana kemalangan, sakit dan sebagainya, tak mahu rekod kotor, kena tanda juga pukul 9, walaupun suruh kawan-kawan tolong tanda, maka hukumnya harus,” katanya.
Tambah beliau lagi, perbuatan itu juga dibiolehkan sekiranya rakan telah sampai ke pejabat.
“Dia dah ada di pejabat, boleh, kalau dia tiada di pejabat, tak boleh,” jelas beliau.
Bagaimana Jika Rakan Terlupa Punch Out Keluar?
Menerusi video berasingan, UAI turut menjelaskan situasi punch out keluar ketika pulang ke rumah.
Jelas UAI, sekiranya seorang rakan terlupa untuk merakam kad perakam waktu keluar pejabat kerana musaqah atau maslahah, ia dibolehkan.
“Kalau musaqah boleh, tidak ada penipuan. Yang tak boleh, tolong punch card, menipu. Kawan kita balik pukul 5 petang sama macam kita tapi terlupa nak punch, kita pun tengok dia balik sama dengan kita.
“Sampai dekat rumah dia telefon, kita masih di pejabat walaupun dah punch card, dia minta tolong punch card, boleh hukumnya, kerana tidak berlaku penipuan. Kerana dia memang balik,” katanya.
Tak Boleh Jika Ada Penipuan, Si Tukang Tolong Turut Sama Berdosa
Namun terang UAI, sekiranya terdapat unsur penipuan seperti punch card untuk kerja lebih masa (overtime), maka si pembantu turut berdosa.
“Yang tak boleh dia tipu overtime. Kawan dia buat kerja lebih masa sampai malam balik pagi. Dia tak punch card pukul 5 petang, dia suruh kawan punch card pukul 10 malam.
“Dapat lima jam, tipu overtime. Satu jam RM5, lima jam RM25. Siapa yang tolong, berdosa sama dengan dia kerana tolong punch card itu menipu jabatan untuk mendapatkan harta yang tidak sebenar iaitu overtime tipu,” terang beliau.
Baca Artikel Berkaitan: Kaki Mengular Patut Tahu! Ini Hukum Buat Urusan Lain Ketika Waktu Bekerja [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Kerja Di Syarikat Berkait Israel? Ini Penjelasan Mufti Pulau Pinang



