“Jadilah Affiliate Yang Jujur” – Trend ‘Pancing’ Netizen Klik Link Kononnya Konten Viral Buat Ramai Bengang
Sesetengah golongan affiliate akan berkata bahawa link yang dikongsikan adalah mengenai konten viral tetapi sebenarnya adalah pautan kepada jualan produk atau servis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dengan teknologi canggih kini, orang ramai boleh menjana pendapatan melalui beberapa klik sahaja pada peranti masing-masing.
Antara contoh yang dilihat semakin popular di kalangan rakyat Malaysia sekarang adalah dengan menyertai program affiliate yang ditawarkan sesebuah platform media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: Duduk Rumah Pun Boleh Buat Duit! Ini Idea Mudah Buat Suri Rumah Yang Nak Cari Side Income
Baca Artikel Berkaitan: Menjelang 12.12: TikTok Shop Lancar Affiliate Link, Buka Peluang ‘Creator’ Tempatan Jana Income
Kebiasaannya, individu akan membuat video reviu tentang barang yang dibeli atau mempromosikan produk dan perkhidmatan orang lain (syarikat) menggunakan pautan khas (link) sendiri.
Sekiranya pengguna media sosial membeli barangan itu menerusi link yang dipromosikan, affiliate tersebut akan mendapat komisen. Dari situlah mereka menjana pendapatan.
Geng Affiliate Tidak Beretika Berleluasa Di Laman Threads
Bagaimanapun, banyak pula taktik ‘licik’ geng affiliate ini yang semakin berleluasa terutamanya di laman X (Twitter) dan Threads. Apa yang sesetengah dari mereka akan buat adalah, mereka akan mencari konten viral atau isu semasa yang berlaku bagi mendapatkan engagement tinggi.
Sebagai contoh sekiranya ada kes kecurangan rumah tangga, affiliate yang menyamar sebagai netizen ini akan mengulas tentang isu tersebut.
Kemudian di ruangan balas, mereka akan menyertakan satu link yang kononnya merupakan kesinambungan kepada kes viral berkenaan, walhal sebenarnya itu adalah pautan khas affiliate bagi mempromosi produk atau servis.
Lebih parah apabila ada golongan ini ‘mencedok’ konten atau cerita sensitif dan lama yang sudah tidak lagi relevan. Bagaimanapun bagi mendapatkan engagement dan memastikan ramai menekan link berkenaan, mereka sanggup melakukan apa sahaja.
Antara ayat yang selalu digunakan adalah:
- “Kalau nak tahu cerita sebenar, klik link…”
- “Gambar penuh ada dekat sini…”
Taktik ‘pancing’ ini dilihat semakin menjadi-jadi sehingga membuatkan warganet berasa berang kerana ditipu. Ia dalam masa sama menunjukkan bahawa ejen affiliate berkenaan melanggar etika sebagai seorang penjual.
Ramai juga mempersoalkan keberkatan pendapatan yang dijana melalui taktik penipuan ini.
View on Threads
View on Threads
Keyword Yang Selalu Digunakan Geng Affiliate
Oleh disebabkan semakin banyak pautan palsu affiliate, orang ramai sudah mula mencari cara bagi menyekat link berkenaan. Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di akaun Threads telah berkongsi beberapa cara agar link sebegitu tidak lagi lalu di feed.
Langkah-langkahnya adalah:
- Pergi ke profile Threads → klik garis dua di sebelah atas kanan → klik Content Preferences → klik Hidden Words → Add words
- Di bahagian Hidden Words, anda boleh masukkan perkataan-perkataan yang sesuai seperti yang dikongsikan PHM.
View on Threads
Perkataan ini merupakan kata kunci yang selalu digunakan golongan affiliate. Perkataan yang disembunyikan itu akan berkurangan di feed selepas ini.
Bagaimanapun, cara ini sebenarnya akan memberi impak kepada affiliate jujur yang lain yang mahu mencari rezeki halal. Jadi anda buatlah keputusan sebaiknya.
Baca Artikel Berkaitan: “Aku Tak Halalkan” – Habis Beribu Ringgit, Influencer Tegur Individu Curi Video Untuk Buat Affiliate
Hati-Hati Jana Pendapatan Dengan Hasil Penipuan
Sebelum ini, pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Nasrullah menerusi hantaran di laman X (Twitter) ada menegur orang ramai agar berhati-hati dalam mencari rezeki.
Hal ini kerana, rezeki yang diterima daripada hasil penipuan dianggap tidak halal.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ؛ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا
Maksudnya: “Jauhilah sikap suka berbohong kerana berbohong akan membawa kepada perbuatan kemaksiatan, dan kemaksiatan akan membawa ke neraka. Jika sekiranya seseorang itu sentiasa berdusta, maka kelak dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai pendusta.”
[Hadis riwayat al-Bukhari: 6094]
Baca Artikel Berkaitan: “Tidak Halal Duit Kerja Kalau Tipu” – Ustaz Ulas Isu Content Creator Luah Makanan Selepas Buat Review [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹







