Rico Rinaldi ‘Hantar’ Peguam Selepas Pelanggan Refund Kasut Dah Dipakai
Peguam yang dilantik oleh Rico Rinaldi meminta individu (pelangggan) berkenaan untuk memulangkan semula barangan atau membayar ganti rugi dalam tempoh 48 jam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan dunia teknologi di masa kini membuatkan urusan membeli-belah lebih mudah di mana semuanya hanya di hujung jari sahaja.
Namun kemudahan ini bukanlah satu tiket untuk penjual mahupun peniaga untuk melakukan urusniaga yang tidak jujur.
Bahkan tindakan urusniaga ini turut mengundang kerugian kepada kedua-dua pihak. Sebagai contoh sebelum ini kita ada mendengarcubaan scam pembeli memulangkan semula bungkusan dengan barangan yang tidak sepatutnya seperti sampah dan sebagainya.
Perkara ini menyebabkan penjual terpaksa menanggung kerugian kerana produk lesap digunakan oleh pelanggan tidak bertanggungjawab.
Rico Rinaldi lantik peguam selesaikan masalah pelanggan pulangkan sampah dan produk dah dipakai
Terbaharu pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi juga berdepan dengan perkara sama apabila ada pelanggan yang bertindak memulangkan (refund) semula produk yang telah digunapakai.
Pada 27 April lalu, Rico memaklumkan terdapat pelanggan yang memulangkan semula kasut dibeli. Namun dia mendapati kasut berwarna merah dipulangkan individu terbabit sudah mempunyai kesan dipakai apabila kelihatan tapaknya kotor.
Malah ini bukan pertama kali ianya berlaku beberapa kali ke atas produk jualannya.
“Benda ni dah biasa dah berlaku dekat semua penjual. Pelanggan pulangkan barang tapi dah pakai. Selama ni aku diam je hanya mampu doa Allah gantikan dengan lebih baik.
“Baju berbau, pulang tudung ada kesan mekap, pulangkan minyak wangi tinggal separuh, belum lagi pulangkan bukan barang kita. Dan ni baru-baru ni kasut kau dah pakai kau pulangkan, manusia jenis apa semua yang buat penjual macam ni?” luahnya.
Minta pulangkan semula barangan sebelum surat tuntutan diberikan
Susulan daripada kejadian itu, Rico mengambil tindakan tegas terhadap pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.
Katanya dia telah mengambil langkah untuk melantik peguam untuk mengambil tindakan lanjut sebelum menghantar sebarang surat tuntutan.
Mahu orang ramai jadikan pengajaran
Jelas Rico, dia berkongsi perkara itu agar ia menjadi pengajaran buat pelanggan yang cuba melakukan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut kepada penjual.
“Ni aku kongsi sebagai pengajaran untuk yang nak buat hal dekat penjual. Korang jangan ingat kami tak ada peguam atau tidak ada butiran korang. Sekarang zaman canggih, kita tahu korang duduk mana, kerja mana dan sosial media korang.
“Walaupun beli RM200 lebih tapi kalau 100 orang buat dah berapa rugi? Macam kes ni, kasut dah pakai dan pulangkan beg tapi dalam tu sampah.
“Sesiapa yang cuba-cuba nak pulangkan dah pakai atau buang sampah dekat penjual fikir dua kali,” katanya lagi.
Dalam hantaran sama, Rico turut berkongsi beberapa tangkap layar aplikasi WhatsApp memaparkan perbualan peguam dengan pelanggan tersebut serta foto bungkusan mengandungi sampah yang dipulangkan oleh individu berkenaan.
Minta pulangkan produk atau buat bayaran dalam tempoh 48 jam
Menerusi tangkap layar itu, kelihatan peguam yang dilantik oleh Rico telah meminta individu berkenaan memulangkan semula barangan tersebut dalam tempoh 48 jam (sebelum 11.59 malam, 4 Mei) atau membayar ganti rugi produk sebanyak RM263.30.
Sekiranya individu berkenaan gagal membuat pemulangan barangan surat tuntutan (LOD) akan dihantar serta pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.
Menyedari tindakan tegas yang bakal dikenakan, pelanggan tersebut kemudian meminta tempoh masa tersebut dipanjangkan sedikit dan membuat pembayaran terhadap pihak Rico Rinaldi.
View on Threads
Menjengah ke ruangan balas, ramai yang mengecam tindakan individu tersebut memulangkan barangan yang sudah dipakai.
Bahkan ramai yang berpuas hati dengan keputusan Rico dengan melantik peguam untuk memberikan individu tersebut pengajaran.
“Dah pakai, dah siap tangkap gambar konten lepas tu pulangkan balik. Amboi lawa muka kau.”

“Dia tak minta maaf pun, malunya dik”

“Macam mana ya boleh pakai lepas tu pulang balik. Dah kalau tak mampu dari awal tak payah beli wei. Ukur baju dibadan sendiri. Bukan nak menunjuk nak lawa tapi poket kosong. Pergi beli kasut lain banyak je murah.”

“‘Sama-sama.’ Wah tak ada rasa bersalah betul ya. Tenang je buat benda haram. Ah dah jadi norma sekarang ya.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






