MyKad Generasi Baharu: Kapsyen “Korang Boleh Buang IC Lama” Buat Ramai Keliru, Ini Respon JPN
Sebelum ini, sebuah portal yang berkongsi video di Threads tentang cara penggantian MyKad secara online turut menyebut, “korang boleh buang IC lama” pada ruangan kapsyen.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (4 Mei), Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan bahawa MyKad dengan ciri keselamatan baharu akan dilancarkan pada bulan Jun 2026.
Ia adalah selari dengan peningkatan keselamatan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada September akan datang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dokumen pengenalan diri rasmi baharu yang disertakan dengan kod QR ini membantu mengelakkan isu pemalsuan serta meningkatkan keupayaan pengesahan identiti secara digital.
Baca Artikel Berkaitan: MyKad Versi Baharu Bakal Hadir Dengan Ciri 10 Cap Jari, Imbasan Muka & Anak Mata
Kenyataan “Boleh Buang IC Lama” Cetus Kekeliruan
Di saat ramai yang tidak sabar dengan pelancaran MyKad baharu ini, timbul pula salah faham dan kekeliruan mengenai kad pengenalan tersebut.
Baru-baru ini, sebuah portal pasaran pinjaman digital dan peribadi online ada berkongsi video penjelasan tentang MyKad baharu. Menerusi video berkenaan, pihak mereka menjelaskan tentang cara-cara membuat gantian MyKad secara atas talian.
Malah pihak portal itu juga memaklumkan bahawa pengguna boleh mengambil kad pengenalan baharu mereka dalam masa 90 hari (hari bekerja) dan akan dilupuskan jika tidak diambil selepas tempoh tersebut.
Bagaimanapun, kapsyen pada hantaran yang menyebut “korang boleh buang IC lama” dipercayai telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan netizen.
“Korang boleh buang IC lama korang sebab bukan Jun ni MyKad baru dengan kod QR akan dilancarkan. Jom min tunjuk cara nak renew (gantian) IC online tak perlu beratur baring je dekat rumah,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
JPN Tegaskan Tak Wajib Miliki MyKad Baharu
Ambil maklum dengan hantaran tular, pengendali akaun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di laman Threads telah tampil memberikan penjelasan mengenai perkongsian terbabit.
Jelas pihak JPN, fakta mengenai cara-cara penggantian kad pengenalan seperti yang diperjelaskan adalah tepat dan sudah lama dilaksanakan buat mereka yang mahu membuat penggantian MyKad baharu secara online.
Namun jelasnya, pemilikan MyKad baharu adalah tidak wajib.

“Untuk MyKad baharu tu, pandai-pandai dia tau cakap wajib. Tak baik. (Kenyataan) Jun akan diperkenalkan (MyKad) struktur baru ya betul ada dijawab di Parlimen. 90 hari tu tempoh JPN simpan MyKad kalau tak dituntut.
“Tempoh siap MyKad ada 30 minit, lima hari atau tujuh hari mengikut lokasi pejabat,” kata JPN.
Bagaimanapun menerusi semakan kami, portal terbabit tidak ada menyebut tentang kewajipan membuat MyKad baharu, sebaliknya hanya berkata bahawa pengguna boleh membuang kad pengenalan lama mereka.
IC Lama Masih Sah – KDN
Sekitar Januari lalu, infografik dari KDN ada menyebut yang MyKad sedia ada masih sah digunakan meskipun MyKad generasi baharu akan diperkenalkan selepas ini. Justeru, KDN menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pertukaran secara tergesa-gesa.
Rujuk JPN Untuk Elak Kekeliruan Maklumat Atau Kenyataan
JPN dalam maklum balas sama turut menasihati orang ramai agar tidak mencampuradukkan maklumat dari konteks berbeza sehingga boleh mengelirukan masyarakat.
“Apa-apa pun rujuk JPN untuk maklumat sahih ya semua. Betul tagline tu, tak pasti jangan kongsi,” katanya.

Satu Kesalahan Jika Tak Dapat Kemukakan IC
Untuk info, mereka yang didapati gagal mengemukakan MyKad boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Oleh disebabkan itu, setiap individu wajib membawa kad pengenalan jika berada di luar rumah dan jangan sesekali membuang MyKad anda.



