Barulah Baby Tak Kembung Perut! Ini Teknik Sebenar Bancuh Susu Formula Dengan Betul [Video]
Menurut doktor perubatan Dr Mohd Fahmi Shauki dalam satu video di TikTok, ramai ibu bapa yang menggunakan teknik menggoncang botol susu bayi dengan kuat untuk melarutkannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tugas menjaga anak khususnya bayi bukanlah satu perkara mudah. Ibu bapa perlu berhati-hati kerana pada usia sekecil itu, si manja amat sensitif.
Kadangkala, benda yang nampak biasa dan sering dilakukan sebenarnya boleh menjadi punca kepada ketidakselesaan bayi contohnya seperti cara individu membancuh atau melarutkan susu formula.
Bila sebut tentang cara membancuh susu anak, ramai yang masih melakukan teknik yang tidak tepat sehingga bayi merasa tidak selesa.
Doktor Jelas Goncang Botol Susu Dengan Kuat Adalah Teknik Salah
Menurut pegawai perubatan, Dr Mohd Fahmi Shauki dalam satu video di TikTok @dentalevant.tt, ramai ibu bapa yang menggunakan teknik menggoncang botol susu bayi dengan kuat untuk melarutkannya.
Namun jelas Dr Mohd Fahmi, teknik sebegitu adalah salah kerana ia boleh menghasilkan gelembung udara atau buih dalam botol tersebut.
“Bila awak goncang macam ni, awak telah menghasilkan gelembung udara (air bubbles). Bila ada banyak air bubbles, kadang-kadang nampak macam foamy.
“Itu selalunya kalau you nak bancuh susu, nak latte ke apa nak ada foam kan, itu boleh.
“Tapi kalau dekat susu formula, kalau awak buat macam tu, dia akan ada banyak air bubbles dan menyebabkan baby tu telan,” katanya.
Gelembung Udara Boleh Beri Kesan Kepada Bayi
Terang Dr Mohd Fahmi, keadaan itu boleh mendatangkan rasa tidak selesa kepada bayi.
“Bila baby banyak telan air bubbles, udara itu, secara teknikalnya dia jadi macam aerophagia. Dia sedut susu sekali dengan udara. Itu yang jadi perut kembung, jeluak, sedu,” katanya.
Untuk info, aerophagia adalah satu kondisi badan apabila seseorang menelan udara secara berlebihan dan berterusan yang boleh mengakibatkan pelbagai gejala seperti kembung perut, sendawa dan sakit perut.
Teknik Betul Bancuh Susu Bayi
Menerusi hantaran itu juga, Dr Mohd Fahmi ada menerangkan teknik yang tepat dan betul untuk membancuh susu formula anak.
Caranya adalah dengan memusingkan botol secara perlahan atau swirl agar serbuk susu larut tanpa menghasilkan terlalu banyak buih atau gelembung udara.
“Kalau nak bancuh, you buat macam ni (pusing botol secara perlahan) atau guna mesin yang khas untuk larutkan susu tu.
“Yang penting jangan goncang, (cara) ini memang tak boleh,” katanya.
Malah, dia turut berkongsi pengalaman merawat seorang bayi yang mempunyai masalah tongue tie dan enggan menyusu gara-gara teknik bancuhan si bapa yang salah.
“Sebab itu pentingnya cara bancuhan itu kena betul. Sebab itu dalam perubatan, nak campurkan dua bahan, kita ada satu mesin macam tu (pusingkan secara perlahan), kita tak buat macam ini (goncang) kerana kita tak nak air bubbles tu terhasil,” jelasnya.
@dentalevant.tt Jangan goncang susu anak.
♬ original sound – Tongue Tie & Lip Tie Expert – Tongue Tie & Lip Tie Expert
Tonton video penuh [DI SINI]
Cara Penyediaan Susu Formula Dengan Betul
Mungkin ramai yang dah tahu namun kami kongsikan juga cara penyediaan susu formula dengan betul yang dikongsikan oleh sebuah klinik rawatan keluarga di TikTok @klinikdrasmah.
Caranya adalah:
- Sediakan botol susu yang bersih
- Masukkan air panas sedikit dan air biasa untuk mendapatkan suhu yang sesuai. Ini kerana suhu yang terlampau panas boleh menjejaskan nutrisi dalam susu formula.
- Tuang susu menggunakan sudu yang disediakan.
- Bancuh mengikut sukatan yang diberikan.
- Goncang perlahan atau kacau atau gunakan teknik swirl untuk mengelakkan susu menjadi berbuih.
@klinikdrasmah Cara bancuh susu baby dgn betul #fyp #klinikdrasmah #foryoupage
♬ original sound – klinikdrasmah – klinikdrasmah
Tonton video penuh [DI SINI]
Baca Artikel Berkaitan: Selamat Ke Bancuh Susu Formula Anak Guna Air Mineral? Ini Penjelasan Pakar [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Minum Susu Boleh Rosakkan Gigi Budak?