fbpx
Now Reading
“Jangan Kasi Alasan Rushing” – Netizen Berang Ramai Lelaki Letak Kereta Di Parkir Wanita

“Jangan Kasi Alasan Rushing” – Netizen Berang Ramai Lelaki Letak Kereta Di Parkir Wanita

Jelas pengguna Therads dikenali sebagai Adriana, parkir itu disediakan untuk melindungi para wanita yang datang keseorangan ke pusat membeli-belah Lalaport BBCC, Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Keselamatan para wanita di Malaysia selalu menjadi satu topik hangat yang dibahaskan di platform media sosial. Mana tidaknya, hingga ke hari ini, masih ramai yang berdepan dengan gangguan seksual walaupun berada di tempat awam serta kawasan terbuka.

Sampaikan ada yang terfikir untuk membawa penyembur lada (pepper spray) ke mana-mana sebagai langkah berjaga-jaga meskipun ada yang masih keliru sama ada membawanya memerlukan permit atau tidak.

Oleh disebabkan itu, pelbagai inisiatif dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku sebagai contoh, koc khas wanita di dalam tren LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Mass Rapid Transit) dan KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) serta parkir wanita di pusat membeli-belah.

Bagaimanapun, masih ramai yang menyalahgunakannya.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Lelaki Tular Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Di Stesen MRT Kajang

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Jepun Degil Duduk Di Koc Wanita LRT, Didakwa Siap Ejek Penumpang Lain Lepas Ditegur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Berang Ditegur Kerana Berada Di Koc Wanita Dalam MRT

Segelintir Lelaki Letak Kereta Di Kawasan Parkir Wanita Di Lalaport BBCC

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Adriana menegur golongan lelaki tidak bertanggungjawab yang kerap meletakkan kenderaan di parkir khas wanita di pusat membeli-belah Lalaport BBCC, Kuala Lumpur.

Jelasnya, dia selalu melihat sekumpulan lelaki atau lelaki yang datang bersama teman wanita melakukan perkara tersebut. Menurut Adriana, parkir itu disediakan untuk melindungi para wanita yang datang keseorangan ke sana.

Mungkin akan ada segelintir suami atau bapa yang mempersoalkan bahawa mereka datang bersama keluarga. Namun tegas Adriana, Lalaport BBCC turut menyediakan parkir khas untuk keluarga.

“Untuk pasangan pula, para wanita, kalau lelaki korang tak perasan dia parking di parkir wanita, kenapa tak tegur dia? Alasan macam, ‘Benda ni (kejadian buruk) tak pernah jadi dekat saya’. Tapi kalau dah jadi? Kalau satu hari nanti korang keluar seorang diri dan sesuatu buruk berlaku, apa akan jadi?” tanya Adriana.

Parkir Wanita Penting Untuk Lindungi Keselamatan Kaum Hawa

Meskipun ramai sebenarnya kaum Adam yang tidak mempunyai niat buruk atau mahu mengapa-apakan wanita, namun parkir tersebut disediakan atas faktor keselamatan dan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kalau korang tak faham kenapa tempat parkir khas wanita ni wujud, tolong ambil masa untuk belajar dan fahami dengan membaca tentang kes Canny Ong yang berlaku pada tahun 2003.”

Sekadar info, faktor utama mengapa parkir wanita disediakan adalah disebabkan kes rogol dan pembunuhan menyayat hati mendiang Canny Ong, yang diculik di kawasan parkir sebuah pusat membeli-belah terkenal di Bangsar.

Oleh disebabkan itu, parkir wanita diletakkan berhampiran pintu masuk utama, lif atau kawasan yang berdekatan dengan pengawal keselamatan.

View on Threads

‘Rushing’ Bukan Alasan Para Lelaki Letak Kereta Di Parkir Wanita

Dalam masa sama, Adriana mengingatkan bahawa alasan sedang bergegas atau kesuntukan masa bukanlah satu tiket untuk membenarkan para lelaki meletakkan kenderaan di parkir wanita.

“Tolong jangan fikir dunia ni korang punya dan semua orang perlu utamakan korang. Setiap saat akan ada orang yang berdepan kesusahan, tapi korang pula risau kena caj RM3 untuk parking semata-mata nak ambil Latte (parkir sebentar)?

“Kalau nak tempat parking terjamin, pergilah ke tingkat paling bawah atau paling atas. Itu yang saya selalu buat kalau nak cepat, sebab biasanya parking yang jauh tu confirm ada.”

Masih Ramai Belum Tahu Tentang Kepentingan Parkir Wanita

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan teguran Adriana dan berkata bahawa kita tidak akan tahu niat sebenar seseorang itu lebih-lebih lagi para lelaki yang bertindak meletakkan kenderaan di kawasan parkir wanita.

“Sejujurnya, kalau lelaki tu datang dengan teman wanita dia dan letak kereta di parkir wanita, saya akan rasa tak selesa. Lelaki tu boleh jadi pervert. Itu andaian saya la,” kata seorang pengguna Threads.

Malah, ramai juga kaum Adam yang meminta orang ramai untuk lebih cakna tentang keselamatan para wanita.

“Saya tahu kita (lelaki) nak jadi gentleman untuk orang yang kita sayang, tapi (parkir wanita) ni diwujudkan untuk keselamatan para wanita. Terutamanya kalau mereka memandu berseorangan. Tolong lebih bertimbang rasa,” nasihat seorang lelaki.

Sementara itu, para netizen juga berpendapat bahawa ramai masih belum cakna tentang kepentingan parkir wanita ini.

“Saya masih ingat ayah saya kena bebel dengan pengawal keselamatan sebab tak boleh parking di parkir wanita. Lega juga pengawal keselamatan tu suruh dia gerak dan cari tempat letak kereta yang lain. Nak bagi tahu ayah (kenapa) tapi takut,” ujar seorang warganet.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads 444dri.ana

Baca Artikel Berkaitan: “Parking Dah La Sikit” – Wanita Berang Penganjuran Acara Di R&R Jadi Punca Pengunjung Tidak Dapat Parkir Kereta

Baca Artikel Berkaitan: “Itukan Public Space” – Wanita Tegur Jiran Parkir Di Bahu Jalan Seberang Rumah, Tapi Ramai Tak Setuju

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Tunggu Dulu” – Wanita Terpaksa Batal Hasrat Parkir Kereta Selepas Ditengking Pemandu Lelaki [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.