fbpx
Now Reading
Duduk Rumah Pun Boleh Buat Duit! Ini Idea Mudah Buat Suri Rumah Yang Nak Cari Side Income

Duduk Rumah Pun Boleh Buat Duit! Ini Idea Mudah Buat Suri Rumah Yang Nak Cari Side Income

Antara idea yang dicadangkan oleh Perancang Kewangan Berlesen di bawah Bank Negara Malaysia, Dr Adam Zubir buat suri rumah untuk menjana pendapatan adalah menerusi bisnes bakeri dan kuih muih serta menyediakan perkhidmatan menjahit atau alter pakaian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kenaikan kos sara hidup pada masa kini memerlukan seseorang untuk bekerja lebih keras bagi menampung kehidupan seharian.

Oleh itu tidak hairanlah jika ramai individu melakukan lebih dari satu pekerjaan dalam satu masa.

Buat mereka yang bergelar suri rumah, pastinya turut terkesan dengan bebanan yang ditanggung pasangan dalam mencari rezeki.

Dek kerana itu, ramai suri rumah yang dilihat mahu menjana pendapatan tambahan bagi membantu keluarga.

Namun, ada yang masih ragu-ragu dan tidak tahu pekerjaan apa yang sesuai untuk tambahkan pendapatan tanpa memerlukan mereka keluar bekerja.

Ini 7 Idea Buat Suri Rumah Jana Side Income

Tahukah anda, kemajuan teknologi pada masa kini sememangnya amat membantu golongan housewife untuk cari side income?

Menerusi laman web Perancang Kewangan Berlesen di bawah Bank Negara Malaysia, Dr Adam Zubir, beliau ada mencadangkan tujuh idea buat suri rumah untuk menjana pendapatan.

Menariknya, kesemua idea yang dicadangkan oleh beliau tidak memerlukan suri rumah untuk keluar bekerja atau mengeluarkan modal yang besar.

Jom kami kongsikan tujuh idea menarik yang boleh dilakukan oleh suri rumah untuk jana pendapatan.

#1 Buat Bisnes Bakeri & Kuih Dari Rumah

Kalau anda seorang suri rumah yang gemar membuat kek atau kuih-muih, anda boleh jadikan minat anda ini sebagai sumber pendapatan.

Anda boleh cuba untuk menjual kek, roti mahupun kuih dari rumah kerana permintaan terhadap makanan sebegini sentiasa ada khususnya pada musim perayaan atau di majlis istimewa.

Jelas laman itu, cara sebegini tidak memerlukan seseorang untuk mengeluarkan modal yang besar di awal perniagaan.

Namun kalau takut rugi, anda boleh cuba membuka tempahan kepada individu terdekat seperti rakan atau jiran.

Cara begini lebih selamat kerana dapat kurangkan risiko kerugian sekaligus memanfaatkan kemahiran memasak anda.

Kalau anda kekalkan kualiti dan beri servis yang baik, potensi untuk pelanggan repeat order pun adalah tinggi.

#2 Jual Produk Sejuk Beku

Kalau anda ada kemahiran dalam sesuatu resepi, apa kata olah dan jadikan menu tersebut dalam bentuk sejuk beku.

Pada masa kini, permintaan terhadap produk sejuk beku semakin tinggi dalam pasaran lebih-lebih lagi buat mereka yang sibuk bekerja.

Contoh makanan sejuk beku yang boleh dijual antaranya seperti karipap, samosa, ayam atau kambing perap, donut dan sebagainya.

Menarikkan? Idea ini sangat sesuai buat anda yang bekerja sebagai suri rumah kerana produk sebegini tahan lama dan mudah disimpan serta risiko kerugian adalah rendah lebih-lebih lagi jika dijual secara pre-order.

#3 Perkhidmatan Jahitan & Alter Baju

Kalau anda seorang yang pandai menjahit, anda boleh gunakan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan.

Apatah lagi, servis jahitan dan alter baju merupakan antara perkhidmatan yang sering dicari oleh orang ramai lebih-lebih lagi bila tiba musim perayaan.

Kebanyakan individu lebih suka membeli kain sendiri dan menempah baju mengikut gaya dan ukuran tubuh badan.

Idea ini amat baik buat mereka yang bergelar suri rumah kerana tak perlu keluar bekerja dan boleh jana pendapat yang konsisten.

#4 Jadi Agen Dropship

Kalau anda seorang suri rumah yang suka berniaga pada masa sama suka layari media sosial, menjadi agen dropship adalah satu cara untuk jana pendapatan dengan mudah.

Menariknya, anda tak perlu simpan stok atau barang di rumah. Apa yang perlu dibuat hanyalah mengiklankan produk dan pembekal yang bertanggungjawab menguruskan proses penghantaran.

Mudahkan? Lagi best kalau barang itu sememangnya barang yang anda gunakan.

Bila diri sendiri dah jadi testimoni, nak promosi barang dan yakinkan orang lain pun jadi lebih mudah.

Bukan itu sahaja, kerja sebegini boleh dibuat dari mana sahaja dan tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar.

#5 Buat Affiliate Marketing

Selain dari dropship, suri rumah juga boleh mencuba bisnes affiliate marketing menerusi platform affiliate popular seperti Shoppe, Lazada dan TikTok.

Ia amat mudah kerana di mana anda hanya perlu mempromosi pautan (link) produk atau servis dan komisen akan diberikan setiap kali orang membeli melalui link tersebut.

Jelas laman itu, antara kelebihan membuat affiliate marketing adalah individu tidak perlu menyimpan stok dan tiada modal yang diperlukan.

Lebih menarik, ibu-ibu boleh dapatkan sample barang bagi tujuan promosi dan boleh jana pendapatan pasif jika melakukannya secara konsisten.

Secara ringkasnya, apa yang membezakan affiliate marketing dan dropship adalah sama ada anda perlu berurusan dengan pelanggan atau tidak.

Kebiasaannya dropship memang memerlukan anda berurusan dengan pelanggan manakala affiliate marketing adalah sebaliknya.

#6 Jadi Penulis Freelance atau Blogger

Kalau anda suka menulis, apa kata jana pendapatan dengan cara menjadi penulis bebas (freelance) atau blogger.

Pada ketika ini, banyak syarikat atau pemilik bisnes memerlukan individu yang mahir dalam penulisan artikel, copywriting atau konten promosi media sosial untuk memasarkan produk mereka dari rumah.

Jadi, gunakan kemahiran menulis anda dengan menjadi penulis freelance atau bina blog sendiri untuk tunjuk hasil penulisan.

#7 Jadi Tutor Atau Buat Kelas Online

Kalau anda seorang yang suka mengajar dan ada jiwa pendidik serta menguasai sesuatu bidang ilmu, anda boleh menjadikan skil ini sebagai sumber pendapatan dengan menjadi tutor atau membuat kelas tusiyen secara dalam talian.

Banyak platform pembelajaran atas talian yang memudahkan pelajar untuk mendapatkan servis sebegini tanpa perlu keluar rumah antaranya seperti MyTutor dan SifuTutor.

Cara sebegini juga membolehkan anda untuk memilih subjek dan pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah atau universiti.

Kebiasaannya, jumlah pendapatan yang diperolehi adalah bergantung kepada jumlah pelajar serta tempoh masa mengajar itu sendiri.

Mudah sahajakan? Jadi suri rumah pun boleh jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah.

Apa yang penting, kenal pasti kemahiran dan minat terlebih dahulu supaya anda tak stres dan enjoy untuk kekal konsisten dalam mencari rezeki.

Baca Artikel Berkaitan: Suri Rumah Ini Jana 5 Angka Pendapatan Hanya Dengan Bermain Game

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Jana Pendapatan 4 Angka Hanya Jual ‘Super Ring’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.