Now Reading
“Deposit Pun Tak Boleh Cover” – Pemilik Kesal Rumah Sewa Kotor & Rosak Gara-Gara Sikap Penyewa [Video]

“Deposit Pun Tak Boleh Cover” – Pemilik Kesal Rumah Sewa Kotor & Rosak Gara-Gara Sikap Penyewa [Video]

Menerusi hantaran berasingan, dapat dilihat keadaan suis yang dibiarkan hidup hingga terdapat kipas yang masih bergerak ketika mereka sekeluarga datang ke kediaman terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebersihan merupakan aspek penting yang sering dititiberatkan dalam kehidupan setiap individu

Namun entah mengapa, ada segelintir yang dilihat mengabaikan perkara sebegini walaupun imej dan gaya pada luaran nampak kemas serta sedap mata memandang.

Situasi menjadi lebih teruk apabila sikap pengotor mereka melibatkan kediaman dan harta benda orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Penyewa Puaka!” – Lelaki Geli Tengok Keadaan Rumah Sewa Kotor Didiami Geng Pelajar Perempuan

Rumah Sewa Milik Keluarga Rosak & Kotor, Bil Turut Tertunggak

Itulah yang dialami oleh seorang individu apabila rumah milik keluarganya rosak dan kotor gara-gara sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dikongsikan olehnya dalam satu hantaran di Threads @lilostarx7 berserta imej serta video yang memaparkan keadaan sebenar rumah sewa itu.

Jelas pengguna berkenaan, tujuan dia memuat naik hantaran tersebut adalah sebagai pengajaran buat orang ramai untuk berhati-hati dalam memilih penyewa.

Menerusi hantaran terbabit, dapat dilihat keadaan rumah yang dipenuhi dengan sampah dan timbunan baju.

Kongsi pengguna berkenaan, deposit yang diberikan oleh penyewa terbabit tidak dapat menanggung kos pembaikian rumah sewanya itu.

“Bil api tertunggak, bil air tertunggak, maintenance tertunggak, rumah rosak, penuh sampah, bau yang teruk sekali. Sampah sarap dan makanan yang terlalu banyak sehingga berulat.

“Deposit pun tak mampu untuk cover semua cost kerosakan yang ada. Kalau posting ni sampai pada orang ni pun, lagi bagus. Jangan kata kami kejam, kami dah cukup bersabar dengan alasan,” tulisnya di kapsyen.

View on Threads

Pengguna Dakwa Penyewa Adalah Perempuan Yang Suka Berhias

Dakwa pengguna itu, rumah sewa berkenaan asalnya disewa oleh sebuah keluarga namun kini ia diduduki oleh anak perempuan dari keluarga terbabit.

Menerusi hantaran berasingan, dapat dilihat keadaan suis yang dibiarkan hidup hingga terdapat kipas yang masih bergerak ketika mereka sekeluarga datang ke kediaman terbabit.

Dakwa pengguna itu lagi, rumah berkenaan diduduki oleh seorang wanita yang pandai berhias dan bekerja di bahagian Sumber Manusia (HR).

“Asalnya rumah ni keluarga yang duduk dan difahamkan family dah bercerai dan tinggal anak perempuan berusia 22 tahun yang menginap rumah ni.

“Selama anak perempuan dia duduk, memang kami tak pergi jenguk ataupun bertanya mengenai bil, maintenance. Disebabkan kepercayaan, kami lepaskan mereka.

“Dan aduan dari orang ramai pun makin banyak kami dengar. Macam macam dah kami dengar. Dari pandangan orang luar, anak perempuan mereka sangat cantik dan pandai sangat berhias,” tulisnya.

View on Threads

Lebih menyedihkan, pengguna berkenaan mendakwa ibunya menangis melihat keadaan rumah sewa yang rosak teruk.

View on Threads

Warganet Kecam & Persoal Penyewa, Tak Jaga Rumah Sewa Dengan Baik

Perkongsian yang telah mendapat lebih 433,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan penyewa terbabit yang menjadikan rumah sewa itu rosak dan berada dalam keadaan kotor.

Malah, ada yang mempersoalkan bagaimana penyewa berkenaan boleh tinggal dan hidup dalam keadaan sedemikian.

Pada masa yang sama, ramai yang turut menzahirkan rasa simpati terhadap penyewa berkenaan atas nasib yang menimpanya.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Macam Mana Dia Duduk Dalam Rumah Tu? Saya Yang Tengok Pun Pening”

“Kesian Tuan Rumah”

“Ramai Je Perempuan Cantik Pengotor Macam Ni, Dah Banyak Kali Jumpa Sampai Serik Menyewa Dengan Orang”

“Ya Allah, Maaf Tapi Tengok Dalam Video Je Dah Rasa Mual, Macam Mana Boleh Hidup Dalam Keadaan Macam Tu? Tak Rasa Nak Muntah Ke?”

Baca Artikel Berkaitan: “Penghuni Dari Neraka” – Tuan Rumah Kecewa Terpaksa Tanggung Kos RM6,000 Dek Sikap Pengotor Penyewa

Baca Artikel Berkaitan: Takut Dapat Penyewa Dari Neraka? Ini 5 Tips Buat Tuan Rumah Dalam Memilih Penyewa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.