Now Reading
Tak Tahu Nak Buat Apa 1 Mei 2026? Chocolate Museum Tawar Yuran Masuk RM1 Untuk Dewasa Sempena Hari Pekerja

Tak Tahu Nak Buat Apa 1 Mei 2026? Chocolate Museum Tawar Yuran Masuk RM1 Untuk Dewasa Sempena Hari Pekerja

Di Chocolate Museum Kota Damansara, anda boleh menyertai kelas pembuatan coklat, mengenali sejarah coklat dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jangan cakap kanak-kanak sahaja, malah ramai individu seluruh dunia yang sangat menggemari coklat. Sapuan roti perlukan coklat, minuman coklat, makanan bercoklat, kek coklat, macam-macam la. 🍫

Bagi sesetengah orang pula, memang tak boleh kalau tak makan coklat dalam masa sehari.

Apa yang menariknya, di sebalik rasa manis dan tekstur yang memikat itu, coklat juga mempunyai kisah dan evolusinya yang tersendiri dari zaman dahulu sehinggalah kini.

Buat hantu coklat di luar sana, sebenarnya ada satu lokasi yang anda ‘wajib’ pergi.

Anda Boleh Nikmati Coklat Percuma Di Chocolate Museum Kota Damansara!

Baru-baru ini, tular satu hantaran apabila pengendali akaun Chocolate Museum Malaysia mempromosikan museum tersebut di laman Threads.

Jelasnya, antara tiga sebab mengapa pengunjung perlu serbu Chocolate Museum Kota Damansara pada minggu ini ialah himpunan coklat serata dunia di satu tempat, boleh berbuat bermacam jenis aktiviti berasaskan coklat dan yang paling best, dapat makan coklat secara percuma!

Caranya mudah sahaja, pengunjung boleh mendapatkan coklat percuma itu sewaktu demonstrasi pembuatan coklat dilakukan oleh cef di sana.

Cara pembuatan coklat tersebut ditunjukkan oleh pakar pada setiap hari. Sambil makan coklat, dapat juga belajar dengan lebih mendalam tentang manisan itu.

View on Threads

Khas setiap hari Sabtu dan Ahad, ibu bapa yang membawa anak kecil boleh menyertai kelas menghasilkan chocolate bar. Sesuai untuk kanak-kanak meluangkan hujung minggu mereka di sana.

Yuran Kemasukan Berbeza Ikut Kategori Aktiviti

Yuran masuk pula terbahagi kepada beberapa kategori. Untuk Museum 1.0, yuran kemasukan adalah percuma. Berikut adalah bayaran yuran untuk yang lain:

  • Junior Chocolatier Workshop: RM40
  • Advance Chocolatier Workshop: RM55
  • Junior Chocolate House: RM59
  • Advance Chocolate House: RM159 (berkumpulan)
  • Museum 2.0: RM6 (dewasa)/RM4 (kanak-kanak atas 7 tahun)/RM3 (pra sekolah)/Percuma kanak-kanak bawah 3 tahun dan OKU
Sumber: Facebook Chocolate Museum

Untuk membuat tempahan awal, anda boleh layari [DI SINI].

Promosi Yuran Kemasukan RM1 Sahaja Untuk Dewasa Pada 1 Mei 2026

Namun berita baik untuk para pekerja, bagi meraikan hari anda iaitu pada 1 Mei 2026 (esok), yuran kemasukan untuk orang dewasa (Museum 2.0) hanya RM1 sahaja.

View on Threads
Sumber: Threads

Perkara itu dimaklumkan sendiri pengendali akaun Threads Chocolate Museum Malaysia. Anda boleh walk-in sahaja bagi mendapatkan harga tersebut.

Sumber: Facebook Chocolate Museum

Ramai Teruja Mahu Singgah Ke Chocolate Museum

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa teruja melihat museum coklat tersebut. Malah ada juga yang pertama kali tahu tentang kewujudan tempat berkenaan.

“Baru tahu dekat Kota Damansara ada museum coklat. Selama ni tahu kilang Beryls dekat Sri Kembangan tu je,” kata seorang wanita.

Dalam masa sama, ramai juga menunjukkan minat untuk mengunjungi museum coklat yang penuh dengan aktiviti dan sejarah itu.

Sumber: Threads

Apa Pengunjung Boleh Nantikan Di Chocolate Museum Kota Damansara?

Sebenarnya banyak benda yang anda boleh lakukan dan nantikan ketika masuk ke dunia penuh manisan di museum coklat ini. Antaranya:

  • Pendidikan interaktif iaitu pendekatan pembelajaran secara hands-on dan berasaskan pengalaman sebenar.
  • Menunjukkan pelbagai jenis pembuatan coklat.
  • Lebih daripada 100 jenama coklat boleh didapatkan dengan harga berbaloi.
  • Mengenali garis masa sejarah coklat serta bagaimana coklat memberi impak kepada dunia.
Sumber: Facebook Chocolate Museum
  • Lokasi: 2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: Setiap hari (10AM – 4PM)

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.