Sambil Duduk Pun Boleh! Staf Ajak Pengunjung Klinik Kesihatan Bersenam Ketika Tunggu Giliran Raih Pujian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan seorang petugas duduk di hadapan orang ramai sambil menggayakan aksi senaman seperti menggerakkan tangan serta kaki berlatarbelakangkan lagu rancak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui klinik kesihatan (KK) sering menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan rawatan bagi setiap penyakit yang dihidapi.
Namun seringkali kedengaran keluhan sesetengah individu tentang waktu menunggu yang agak lama hingga mengambil masa berjam lamanya.
Keadaan ini boleh mendatangkan rasa bosan dalam diri lebih-lebih lagi jika hanya terpaksa duduk di satu tempat sementara menunggu nama dipanggil.
Petugas Klinik Kesihatan Ajak Pengunjung Bersenam Sementara Tunggu Giliran
Namun, lain pula dengan sebuah klinik kesihatan yang terletak di Ulu Tiram, Johor.
Manakan tidak, pengunjung yang sedang menunggu giliran diajak bersenam oleh petugas mereka. Menarikkan? Sambil duduk pun boleh keluar peluh.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Hanis di Threads, @quehanis.cooking.sewing.
Kongsi Hanis, dia pada ketika itu sedang membawa ibunya ke klinik kesihatan tersebut untuk mengambil darah.
“Tadi bawa mak ambil darah kat KK Ulu Tiram. Mak nampak letih sangat sebab puasa, tapi terus segar bila petugas ajak senaman duduk,” kongsinya.
Pengunjung Nampak Happy, Turut Ikut Sama
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan seorang petugas duduk di hadapan orang ramai sambil mengetuai aksi senaman seperti menggerakkan tangan serta kaki sambil diiringi muzik lagu rancak.
Menariknya, ramai pengunjung tidak kira tua atau muda dilihat turut mengikut langkah staf kesihatan berkenaan.
Malah kongsi Hanis di ruangan komen, ibunya yang gemar melayari media sosial ketika menunggu juga tidak ketinggalan mengikuti senaman yang diajarkan itu.

Pengunjung Zahir Penghargaan Buat Petugas Klinik Kesihatan Ulu Tiram
Melalui hantaran itu juga, Hanis turut menzahirkan penghargaan kepada petugas kesihatan yang melakukan inisiatif tersebut kepada pengunjung.
“Terima kasih petugas Klinik Kesihatan Ulu Tiram sebab ceriakan suasana. Best kalau semua klinik macam ini,” tulisnya.
Malah, dia turut membuat laporan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) bagi menghargai perlakuan staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu.
View on Threads
View on Threads
Pengguna Media Sosial Puji Inisiatif Staf KKM
Perkongsian yang telah mendapat 118,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji inisiatif petugas KKM dalam menceriakan suasana sekaligus mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.
Malah, sesetengah daripada mereka turut mencadangkan agar klinik yang lain turut mengikuti langkah KK Ulu Tiram.
Pada masa yang sama, ada pengguna yang berkongsi pengalaman rupanya terdapat pelbagai program yang dilakukan seperti ceramah dan kuiz oleh klinik kesihatan ketika pengunjung sedang menunggu giliran.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Baguslah Buat Macam Ni, Lama Sangat Menunggu, Badan Lenguh Duduk Lama Sangat. Lepas Buat Sikit Exercise Ini Dapat Renggangkan Badan Tu”

“Bagus Sangat Ni, Daripada Duduk Lama-Lama Tak Buat Apa, Better Buat Senaman Ringan. Syabas Petugas & KK”

“Tak Adalah Mak Cik & Pak Cik Bosan Menanti, Pengisisan Masa Yang Bagus”

“Semoga Lebih Banyak Klinik Kesihatan Contohi KK Ulu Tiram Ni, Salah Satu Cara Hilangkan Stres Orang Yang Sakit”

Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Dik!” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Bawa Ibu Ada Masalah Penglihatan Datang Ke Klinik Kesihatan
Baca Artikel Berkaitan: Ringankan Beban Petugas Kesihatan, KKM Semak Semula Amalan Kerja Termasuk ‘On Call’
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.








