Now Reading
Wanita Kongsi Momen Makan Bersama Atok Buat Ramai Terkenang Insan Tersayang [Video]

Wanita Kongsi Momen Makan Bersama Atok Buat Ramai Terkenang Insan Tersayang [Video]

Menerusi video yang dikongsikan oleh Safiah kelihatan dia telah membeli dua set hidangan dari KFC buat Atoknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Datuk dan nenek merupakan antara insan yang mempunyai tempat istimewa dalam hati setiap cucunya.

Yelah ketika kecil datuk dan nenek ini melayani dan memanjakan cucu lebih dari anak mereka sendiri.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan hubungan antara cucu dengan datuk dan nenek begitu akrab. Malah mengetahui susuk tua ini semakin meniti usianya membuatkan seseorang menghargai setiap masa yang diluangkan bersama.

Wanita kongsi momen makan KFC dengan Atok raih perhatian

Samalah seperti seorang wanita dikenali sebagai Safiah ini apabila hantarannya mengenai momen makan bersama Atok membuatkan orang ramai terkenang datuk dan nenek masing-masing.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan Safiah telah berkunjung ke rumah Atoknya dengan membawa makanan daripada restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk dimakan bersama insan tersayang itu.

Katanya dalam video berkenaan KFC itu dibawa untuk meraikan Atok kerana mendengar kata dan tidak keluar rumah.

“Belikan Atok dua set hidangan makanan terus, senang nanti makan malam atok tak payah masak,” kata Safiah.

Beli dua set hidangan dan suruh Atok pilih

Dalam video tersebut, dia turut menyuruh Atok memilih hidangan makanan yang mahu dijamah terlebih dahulu. Kelihatan Atok keliru untuk memilihnya dan melihat ke arah dua hidangan sebelum memilih nasi sebagai pilihan.

Kelihatan Atok kemudian membuka nasi tersebut dan berdoa sebelum mula menikmatinya sambil ditemani cucu yang disayangi.

“Lama tak update pasal Atok kita, hari ni balik kejap belikan Atok Kepci.”

@hi_peah

Lama tak update pasal Atok kitaa, harini balik kejap belikan Atok kepcii 🍗 #fyp #family

♬ nhạc nền – Sợi len mềm – Sợi len mềm

Ramai terkenang momen makan bersama datuk dan nenek

Melihat di ruangan komen, video yang dikongsikan Safiah turut membuatkan orang ramai terkenang datuk dan nenek mereka.

Setiap individu pastinya mempunyai kenangan tersendiri khususnya momen ketika makan bersama.

Ramai yang mengatakan datuk dan nenek mereka juga menyukai KFC bahkan ada mengatakan ada hidangan tertentu disukainya seperti bahagian peha ayam, kentang putar (mashed potato) dan banyak lagi.

Ada juga berkongsi makanan lain yang disukai oleh datuk dan neneknya.

Pernah tular sebelum ini, Atok naik motor nak pergi jalan

Sebelum ini Safiah dan Atok pernah tular di media sosial apabila Atok yang masih berada di perkarangan rumah menunggang motosikal untuk keluar berjalan.

“Dah pesan banyak kali kalau nak apa-apa kita orang boleh belikan, degil juga nak bawa motor pergi sendiri. Dahlah kaki tak kuat, jalan pun bongkok, mata dah kurang nampak,” katanya.

Susulan itu, mereka kemudian menyuruh Atok memarkir semula motosikal dan menyuruh menaiki kereta untuk dihantar ke destinasi yang ingin ditujui.

@hi_peah

Dah lah lepastu hujan, kalau tak tangkap Atok dekat simpang tadi tak tahu lah macam mana Semua doakan Atok saya sihat selalu dan tak degil tauu #fyp #masukberanda #family

♬ Crazy of you (inst) – Hyolin (Sistar)

Berikut adalah komen netizen:

“Teringat arwah nenek saya suka makan coleslaw dengan kentang putar KFC”

“Arwah Atuk dulu pun suka KFC! Kadang minta nak makan MCD lah Dominos lah, rindunya”

“Rindu nenek, dulu selalu belikan KFC untuk nenek sebab nenek suka kentang KFC, nak makan KFC pun rasa sedih sekarang terlalu banyak kenangan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.