fbpx
Now Reading
Tindakan Penunggang Motosikal Halang Laluan Kereta Di Smart Lane Cetus Perdebatan [Video]

Tindakan Penunggang Motosikal Halang Laluan Kereta Di Smart Lane Cetus Perdebatan [Video]

Kongsi pengguna berkenaan kepada BuzzKini, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam (28 April) di Lebuh Raya South Klang Valley (SKVE) berhampiran susur keluar ke Seri Kembangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang kesesakan jalan raya, kebiasaannya ia sering berlaku ketika waktu puncak ataupun musim perayaan.

Manakan tidak, pada waktu sebegitulah berlakunya pertambahan pengguna jalan raya yang luar biasa.

Dek kerana itu juga, pihak berwajib telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi mengurangkan kesesakan antaranya seperti pengaktifan Smart Lane yang kebiasaannya akan dibuka pada lokasi dan waktu tertentu.

Namun entah mengapa, ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak memahami dan menyedari fungsi laluan khas itu hingga menyusahkan pengguna lain.

Penunggang Motosikal Halang Laluan Kereta Guna Smart Lane

Semalam (28 April), tular di media sosial perkongsian seorang pengguna mengenai tindakan sebuah motosikal yang menghalang laluannya ketika dia mahu menggunakan laluan smart lane.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di Threads, kelihatan kereta tersebut dipandu pada laluan susur keluar di sebuah persimpangan.

Namun, pengguna berkenaan tetap memandu keretanya pada lorong kiri jalan untuk menggunakan lorong smart lane sebelum sebuah motosikal secara tiba-tiba datang di hadapan keretanya.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan penunggang motosikal terbabit yang dilihat sengaja menghalang laluan dengan memperlahankan kenderaan sedangkan pada ketika itu laluan khas berkenaan telah diaktifkan berdasarkan indikasi lampu hijau pada papan tanda.

Tindakan rider terbabit menyebabkan pemandu kereta itu kemudiannya terus menukar laluan dan masuk semula ke lorong kiri jalan.

View on Threads

Pemandu Kereta Persoal Adakah Tindakannya Guna Lorong Kecemasan Adalah Satu Kesalahan

Disebabkan situasi yang dihadapinya itu, pengguna berkenaan meluahkan rasa ingin tahu adakah tindakan dia menggunakan smart lane adalah satu kesalahan.

“Nak tanya, saya salah ke nak lalu smart lane sebab nak exit (keluar) dekat depan?” tulisnya.

Kongsi pengguna berkenaan kepada BuzzKini, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam (28 April) di Lebuh Raya Kajang Silk namun berpandukan video, pengguna berkenaan masih di South Klang Valley (SKVE) berhampiran susur keluar ke Seri Kembangan.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Perkongsian yang telah mendapat lebih 310,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pendapat masing-masing berhubung kejadian tersebut.

Ada yang mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit yang dilihat sengaja menghalang laluan kereta sedangkan pada ketika itu smart lane telah diaktifkan.

Namun ada yang berpendapat pengguna berkenaan tidak seharusnya mengguna laluan tersebut memandangkan keadaan trafik tidaklah terlalu sesak.

Apa Itu Smart Lane?

Berdasarkan hantaran di Facebook Majlis Keselamatan Jalan Raya, Smart Lane merupakan pengaktifan lorong paling kiri di lebuh raya khususnya PLUS.

Kebiasaannya, ia melibatkan beberapa laluan kritikal yang bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di highway dan dilaksanakan untuk menyuraikan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan.

Menurut Majlis Keselamatan Jalan Raya, pengguna disarankan untuk menggunakan laluan smart lane ketika trafik sesak kerana tujuannya untuk mengurangkan kesesakan trafik.

“Gunakan hanya semasa kesesakan: Lorong SMART ini bertujuan untuk digunakan semasa kesesakan trafik. Jika jalan raya tidak sesak, adalah lebih baik untuk menggunakan lorong biasa,” tulis mereka.

Namun, menerusi posting sama, tiada sebarang larangan atau peringatan menghalang pengguna dari menggunakan lorong terbabit sekiranya jalan tidak sesak.

Tambah mereka lagi, Smart Lane hanya akan dibuka kepada pengguna jalan raya pada lokasi dan waktu tertentu dan ia ditandakan isyarat lampu hijau berkelip di atas papan tanda kuning lorong kecemasan (emergency lane).

Apa itu SMART Lane❓ SMART LANE adalah pengaktifan Lorong paling kiri di Lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal di…

Posted by Majlis Keselamatan Jalan Raya on Monday 23 March 2026

Smart Lane Hanya Untuk Kenderaan Ringan < 5 Tan

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu hantaran di Facebook, penggunaan smart lane hanya dibuka untuk kenderaan ringan yang merujuk kepada kenderaan bermotor yang bertanya bersama muatan kurang daripada 5 tan sebagai contoh van kereta, teksi dan motosikal.

PENGGUNAAN SMARTLANE HANYA UNTUK KENDERAAN RINGAN 🚗🚕🚐🛵 Smartlane dibuka khas bagi menampung kapasiti kenderaan dengan…

Posted by Lembaga Lebuhraya Malaysia on Monday 11 November 2024

Ini antara komen pengguna Threads;

“Tak Salah Pun, Smart Lane Tengah Active, Rider Tu Yang Tak Berapa Cerdik”

“Patut Cik Layan Je Blocking Dia, Biar Sampai Berhenti Kereta Pun Tak Pe, Tak Peka Ni Atau Memang Saja Nak Jadi Pengawas”

“Sedihnya Rakyat Malaysia Ni, Masih Ramai Tak Tahu Apa Itu Smart Lane”

“Kalau Tanya Pendapat Saya & Ikut Ilmu Yang Saya Ada Salah”

“Macam Mencuba Nasib Mana Tahu Tiba-Tiba Jadi Popular Sebab Tahan Orang Guna Lane Kecemasan”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Lihat Bezza Halang Kereta Singapura Memotong Di Lorong Kecemasan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Wanita Ini Marah Pengguna Jalan Raya Guna Laluan Kecemasan ‘Smart Lane’ Undang Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.