fbpx
Now Reading
Haram Pukul Isteri Hamil Sampai Gugur, Isteri Berhak Dapat Pampasan Ghurrah – Jab. Mufti Wilayah Persekutuan

Haram Pukul Isteri Hamil Sampai Gugur, Isteri Berhak Dapat Pampasan Ghurrah – Jab. Mufti Wilayah Persekutuan

Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, haram dan berdosa seorang suami memukul isteri yang hamil hingga keguguran dengan sengaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang wanita yang cedera dipercayai akibat dipukul oleh suaminya.

Apa yang lebih menyedihkan adalah mangsa yang hamil 12 minggu itu turut mengalami keguguran akibat perbuatan keji pasangannya itu.

Kes berkenaan nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengecam tindakan lelaki terbabit terhadap isterinya itu.

Apatah lagi si pelaku sebenarnya adalah suspek sama yang terlibat dalam kes pukul seorang wanita, Jahidah Nordin sehingga koma pada tahun 2021.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Pukul Isteri Hingga Gugur Ditahan Reman 7 Hari

Namun pernahkah anda terfikir apakah hukum seorang lelaki memukul isterinya yang hamil sehingga keguguran di dalam Islam?

Apakah yang tindakan yang boleh diambil terhadap si suami yang mendatangkan kecederaan kepada isterinya itu?

Haram & Berdosa Cederakan Isteri Hamil Hingga Keguguran

Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, haram dan berdosa seorang suami memukul isteri yang hamil hingga keguguran dengan sengaja.

Ia berdasarkan firman Allah SWT dalam Sural al-Isra, ayat 33 iaitu:

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۗ وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِف فِّي الْقَتْلِ ۖ إِنَّهُ كَانَ مَنصُورًا

“Maksudnya: ‘Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)’,” jelasnya.

Isteri Dicederakan Suami Berhak Tuntut Cerai, Suami Wajib Bayar Pampasan Dalam Bentuk Ghurrah Jika Sebabkan Keguguran Janin

Jelas laman itu lagi, isteri yang dicederakan suami mempunyai hak untuk menuntut cerai di Mahkamah Syariah berdasarkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam.

Jika perbuatan memukul itu menyebabkan keguguran janin yang dikandungkan oleh wanita terbabit, suaminya itu telah melakukan kesalahan jenayah dan wajib membayar pampasan dalam bentuk ghurrah mengikut hukum syarak.

Terang mereka, Ijmak bersepakat bahawa pampasan wajib dikenakan apabila menyebabkan keguguran janin iaitu ghurrah dengan membebaskan seorang hamba lelaki atau perempuan yang nilainya menyamai lima ekor unta.

“Jika ghurrah tidak didapati secara fizikal atau dari sudut syarak seperti hanya ada hamba dengan harga lebih tinggi daripada nilai sepatutnya walaupun sedikit, maka wajib dibayar nilai 1/20 diyat bapanya,” terang mereka.

Terang laman itu lagi, perbuatan memukul isteri bukan hanya sekadar haram di sisi syarak, sebaliknya turut salah dari segi undang-undang Malaysia.

“Keganasan rumah tangga yang melibatkan perlakuan suami mencederakan isteri yang hamil adalah haram dan berdosa.

“Perlakuan ini bukan sahaja haram di sisi syarak namun terdapat implikasinya dari sudut undang-undang di Malaysia,” ujarnya.

Boleh Pukul Isteri Tapi Untuk Tujuan Mendidik

Jelas mereka, Islam memberi ruang kepada suami untuk memukul isteri terutama jika isteri benar-benar tidak mentaati suami.

Namun, pukulan yang dibuat itu perlulah bertujuan untuk mendidik dengan syarat ia tidak bersangatan, tidak melukakan dan tidak membahayakan tubuh badan isteri.

“Terdapat syarat-syarat lain seperti larangan menggunakan alatan yang keras atau tidak memukul di bahagian muka, kepala, perut, dada yang dikhuatiri menyebabkan kecacatan atau kematian.

“Menurut Imam al-Syafi’i, jika isteri cedera atau meninggal dunia disebabkan pukulan tersebut, maka suami wajib membayar ganti rugi,” jelasnya.

Keganasan Rumah Tangga Boleh Jadi Alasan Kukuh Isteri Untuk Tuntut Cerai

Terang laman itu lagi, berdasarkan undang-undang jenayah syariah, keganasan rumah tangga merupakan alasan kukuh buat si isteri untuk menuntut cerai secara fasakh malah suami juga boleh didakwa atas tuduhan berkenaan.

Merujuk Seksyen 52 Akta 303 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Suami ‘Naik Tangan’ Pukul Isteri Dalam Islam? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Isteri Boleh Minta Cerai Kalau Suami Kaki Pukul & Maki – UAI

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.