Sah Ke Solat Makmum Kalau Imam Lupa Mandi Wajib? Ini Penjelasannya [Video]
Geng Masjid Kampung Nakhoda berkongsi penjelasan berhubung status sah solat makmum jika imam terlupa mandi wajib dalam satu video di TikTok.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jika sudah namanya manusia, ada hari kita terlupa untuk membuat beberapa perkara dalam kehidupan seharian contohnya seperti mandi wajib.
Kadangkala, ada segelintir individu yang keliru sama ada sudah mandi junub atau belum sehingga ada yang terus melaksanakan perintah Allah SWT seperti solat walaupun dalam keadaan berhadas besar.
Persoalannya, bagaimana jika situasi sebegini berlaku kepada mereka yang bergelar imam?
Adakah sah solat jemaah yang diimamkan olehnya? Bagaimana pula dengan status solat yang didirikan oleh makmum? Adakah ianya sah?
Solat Makmum Sah Walaupun Imam Terlupa Mandi Wajib
Menjawab persoalan tersebut, Masjid Kampung Nakhoda dalam satu video di TikTok @gengmkn menjelaskan solat makmum masih sah walaupun imam berada dalam keadaan hadas besar.
Ia berdasarkan penjelasan dalam kitab Qaulutam Fi Ahkam Makmum Al Imam yang menerangkan situasi berkenaan.
“Dalam kitab Qaulutam Fi Ahkam Makmum Al Imam mengatakan, jika imam membuat perkara yang sulit contohnya seperti imam tak mandi wajib, imam tak ambil wuduk, imam tak niat, benda itu sebagai makmum secara zahirnya tak nampak.
“Maka, solat para makmum di belakang adalah sah,” katanya.
Imam Perlu Ulang Solat, Tak Perlu Buat Pengumuman, Elakkan Fitnah
Walau bagaimanapun jelas mereka, imam perlu mengulang semula solat yang dilakukan.
Perkara sama turut dijelaskan oleh pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube.
Jelasnya, solat imam sahaja yang tidak sah memandangkan tidak cukup syarat iaitu tiada thaharah (kesucian).
Malah jika berlaku keadaan sedemikian, imam perlu menyegerakan mandi wajib dan mengerjakan solat semula serta tidak perlu untuk membuat pengumuman kepada makmum.
“Jangan bagitahu makmum. Jangan buat. Sebab ada beberapa kes dia buat pengumuman. Jangan umum.
“Wirid pendek-pendek, balik cepat-cepat sebelum naik matahari, mandi (wajib), solat di rumah. Elakkan fitnah,” katanya.
@gengmkn Imam buat hal sungguh😆 #bilal #ilmu #santai
♬ original sound – Geng MKN – Geng MKN
Tonton video penuh [DI SINI]
Baca Artikel Berkaitan: Ibadah Boleh Jadi Tak Sah! Rupanya Ada 3 Jenis Solat Makmum Tak Boleh Ikut Imam [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesalahan Yang Sering Dilakukan Makmum Masbuk, Ramai Terlepas Pandang! [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Isteri Dah Habis Haid & Belum Mandi Wajib Tapi Suami Nak Bersama, Boleh Ke? Ini Penjelasannya [Video]
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.






