Wanita Anggap Tiada Rezeki Selepas Air Dipesan Jatuh Ketika Diambil Rider, Bos CBTL Siap Nak Ganti Semula
Menerusi hantaran itu, wanita berkenaan enggan menerima gantian daripada rider berkenaan serta menganggap ia bukan rezekinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai manusia biasa, kadang-kala kita pasti terasa nak menikmati sesuatu makanan mahupun minuman.
Oleh itu, ada ketika anda membuat keputusan untuk membelinya memandangkan ia hanya sekali-sekala.
Ini kerana mungkin kerana anda sedang menjaga pengambilan makanan dan ada juga mungkin kerana sesuatu itu mahal maka sekali-sekala untuk membelinya.
Wanita anggap air dipesan jatuh sebagai tiada rezeki
Baru-baru ini seorang wanita yang dikenali sebagai Shahira Azura juga teringin untuk menikmati air ais coklat daripada Coffee Bean and Tea Leaf (CBTL).
Disebabkan keinginan itu dia lalu membuat pesanan menggunakan aplikasi. Sebaik pesanan dibuat, Shahira kemudian menerima panggilan telefon dan menyangkakan mungkin rider sedang mencari rumahnya.
Rider mohon maaf dan nak ganti air yang baharu
Namun rider berkenaan memaklumkan mengenai insiden yang tidak disengajakan apabila air yang dibeli tertumpah sewaktu dia ingin ke rumah wanita itu.
Memohon maaf atas perkara yang berlaku, rider itu malah memaklumkan mahu menggantinya semula. Namun Shahira yang juga melakukan perniagaan menjual manisan enggan menerima gantian tersebut dan menganggap itu bukan rezekinya.
“Tak tergamak lah ya nak minta rider tu ganti, air tu je dah RM20. Umpama sehari dia punya gaji. Tak apalah, tak ada rezeki,” katanya.
Tak mahu rider ganti dan anggap tiada rezeki
Dalam hantaran sama, Shahira turut berkongsi tangkap layar perbualan dia dan rider dikenali sebagai Mohammad Ikmal Hafiz. Menerusi hantaran jelas kelihatan air tersebut terjatuh kerana terkeluar daripada beg kertas bungkusan makanan berkenaan yang dilihat sudah basah dan terkoyak.
Hantaran itu kemudiannya menjadi tular, bahkan ada yang mencadangkan agar pihak CBTL menukar bungkusan makanan kepada beg yang lebih bersesuaian dan tahan lasak.
Tidak kurang juga ada yang memuji sikap Shahira yang memaafkan rider berkenaan atas insiden tak disengajakan itu serta tidak mahu sebarang gantian daripadanya.
“Baiknya akak tak tuntut semula dan faham cara dia cari rezeki, semoga dipermudahkan urusan akak.”

“Akak ni baik sangat. Bayangkan dapat pelanggan baran. Mesti dia dah marah rider suruh ganti.”

Bos CBTL mohon untuk gantikan yang baru
Namun siapa sangka Pengarah Urusan CBTL Malaysia, Datuk Mohamed Amar Shah Abdul Aziz kemudiannya tampil menerusi ruangan balas meminta wanita itu membenarkan pihaknya untuk mengganti semula minuman tersebut.
“Oh tidak. Tolong benarkan kami menggantikannya semula. Pihak saya akan menghubungi awak.
“Kami juga akan menggunakan pembungkusan yang lebih baik untuk semua pesanan (takeaway) memandangkan insiden ini tidak boleh dipandang enteng. Kami akan usahakannya.
“Serta teruskan kebaikan ini, semoga keberkatan akan datang,” kata Amar Shah.
Respon pantasnya terhadap masalah itu turut mendapat perhatian serta ramai yang memuji kerana cakna dengan masalah dihadapi pelanggan.
View on Threads
Dalam satu lagi hantaran Shahira turut memaklumkan dia juga sudah menerima pulangan wang (refund) daripada aplikasi berkenaan atas kes yang berlaku.
“Director CBTL ni sangat sweet lah, suka ambil tahu hal semasa.”

“Terima kasih. Respon menarik awak akan membuatkan ramai pelanggan yang gembira dan setia”

“Haish director ni respon terlalu cepat, tak boleh ke tunggu 4-6 hari? Bagi lah Thread ni naik dulu dan kami kecam. Dah lah malas aku jadi netizen thread.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



