Dari Underdog Kepada Finalis, Iqeen Intai Peluang Wakili Malaysia Ke Beast Games 3
Sebagai info Beast Games merupakan game show yang telah mencetuskan fenomena global dan setakat ini telah berjaya memecahkan 44 Rekod Dunia Guinness.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pemain bass profesional Malaysia, Iqeen telah disenarai pendek sebagai salah seorang daripada empat rakyat Malaysia terakhir yang bersaing untuk merebut slot tunggal ke program Beast Games Musim 3, sebuah pertandingan realiti global oleh YouTuber terkenal dunia (Jimmy Donaldson) atau lebih popular dengan panggilan MrBeast.
Daripada membuat persembahan di pentas televisyen utama hingga membina kerjayanya secara berdikari sejak usia 17 tahun, Iqeen atau nama sebenarnya Mailatul Nurul Ashiqeen telah menempa namanya dalam industri hiburan sebagai pemain bass serba boleh dan dinamik.
Pernah anggotai Mojo, kini bersama kumpulan band wanita D’MURE
Iqeen sebelum ini merupakan ahli kumpulan Mojo dan kini aktif sebagai pemuzik sesi. Selain tu dia juga merupakan ketua band bagi D’MURE, sebuah kumpulan persembahan wanita.
Iqeen juga pernah bekerjasama dengan artis-artis terkenal dan yang terbaru tampil sebagai pemuzik pengiring untuk Aisha Retno semasa separuh akhir Anugerah Juara Lagu 26 di TV3.
Apa sebenarnya Beast Games ni?
Sebagai info Beast Games merupakan game show yang telah mencetuskan fenomena global dan setakat ini telah berjaya memecahkan 44 Rekod Dunia Guinness.
Selain itu ia juga program bersiri tanpa skrip paling banyak ditonton di Amazon Prime Video, dengan kira-kira 50 juta penonton dalam tempoh hanya 25 hari. Pertandingan ini juga menawarkan hadiah terbesar dalam sejarah rancangan permainan iaitu USD 5 juta (bersamaan RM20 juta).
Yang menariknya MrBeast turut tampil sebagai hos bagi program ini.
Tedapat banyak cabaran yang perlu diatasi untuk bergelar juara termasuk cabaran fizikal, mental, dan kemahiran strategi.
Diringkaskan ia umpama Squid Game” dunia nyata tetapi tanpa unsur keganasan dan bahaya yang ekstrem.
Mahu Iqeen ke Beast Games Musim 3? Anda kenalah mengundi!
Kini, Iqeen berada di ambang pentas yang lebih besar. Sebagai salah seorang daripada empat wakil terakhir Malaysia, dia sedang bersaing untuk merebut satu tempat sahaja dan ianya ditentukan menerusi undian awam.
Namun disebabkan satu kesilapan kecil pada halaman undian, namanya dipaparkan sebagai “Mailatul” (mungkin sebab nama pertamanya). Jadi para pengundi sila take note!

Mengimbas kembali perjalanannya, Iqeen berkata: “Saya mula berdikari sepenuhnya pada usia 17 tahun. Pengalaman tersebut membentuk saya menjadi seorang yang cekal dan strategik dalam menjalani kehidupan.
“Orang sering memandang rendah terhadap saya kerana saiz fizikal saya tetapi itulah yang membuatkan saya berusaha lebih keras. Malaysia juga sering dipandang rendah kerana kita sebuah negara kecil, dan itu sesuatu yang sangat dekat dengan diri saya. Sebab itu saya percaya saya adalah individu yang tepat untuk mewakili negara kita. Saya mahu buktikan kemampuan kita. Saya bersedia berjuang dan membawa pulang trofi ini. Tolong undi saya! #VoteMailatul”
Iqeen aka Mailatul
Rakyat Malaysia boleh menyokong Iqeen dengan mengundi di [SINI]
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



