Boleh Ke Buat Pinjaman Atau Berhutang Untuk Tunaikan Haji? Ini Apa Yang Patut Anda Tahu
Memetik laman Pejabat Mufti Selangor, ibadah haji seseorang itu tetap sah walaupun ia dilaksanakan dengan cara berhutang untuk menunaikan haji asalkan seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat sah haji.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Begitu cepatnya masa berlalu, hanya tinggal sebulan sahaja lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha.
Malah pada ketika ini, terdapat beberapa kumpulan individu telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Apabila sebut tentang ibadah haji, umum sedia maklum ia merupakan rukun Islam kelima dan wajib dilaksanakan buat mereka yang berkemampuan.
Namun ada segelintir yang tidak mampu dari segi kewangan dan memilih untuk membuat pinjaman atau berhutang terlebih dahulu untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Persoalannya, adakah dibolehkan seseorang berhutang untuk menunaikan ibadah haji?
Boleh Berhutang Untuk Tunaikan Ibadah Haji Tetapi Ada Syaratnya – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang itu diboleh dan diharuskan untuk berhutang atau membuat pinjaman bagi menunaikan ibadah haji.
Namun, ia perlu mematuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan antaranya seperti;
#1 Pinjaman Bebas Daripada Riba
Jelas laman berkenaan, pinjaman yang dibuat haruslah bebas daripada unsur riba memandangkan hukum riba adalah haram berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran:
وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
“Maksudnya: ‘Dan Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba (Surah al-Baqarah: 275),” tulis laman itu.
#2 Mempunyai Lebihan Pendapatan Untuk Sara Diri & Selesaikan Hutang
Seseorang itu perlu mempunyai lebihan pendapatan untuk menyara diri serta tanggungan dan menyelesaikan hutang serta perbelanjaan dalam ibadah haji.
Jelas laman itu, jika seseorang itu tidak mempunyai lebihan wang atau wang sedia ada hanya cukup untuk kehidupan seharian maka kewajipan melaksanakan ibadah haji tergugur walaupun dia membuat pinjaman.
Namun, laman Pejabat Mufti Selangor menjelaskan, haram seseorang itu untuk berhutang jika dia tidak mempunyai kemampuan untuk membayar balik hutang tersebut walaupun tujuannya adalah baik.
#3 Pinjaman Dibuat Atas Dasar Untuk Segera Tunai Perintah Allah SWT
Seseorang itu membuat pinjaman untuk menunaikan ibadah haji atas alasan untuk segera melaksanakan perintah Allah SWT dan rukun Islam. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
مَنْ أَرَادَ الْحَجَّ فَلْيَتَعَجَّلْ فَإِنَّهُ قَدْ يَمْرَضُ الْمَرِيضُ وَتَضِلُّ الضَّالَّةُ وَتَعْرِضُ الْحَاجَةُ
“Maksudnya: ‘Barangsiapa yang ingin menunaikan ibadah haji maka bersegeralah untuk menunaikannya kerana tidak diketahui bila masa sakit itu menyerang seseorang atau kenderaannya hilang ataupun datang keperluannya yang lain. Riwayat Ibn Majah (2883),” tulis laman itu.
Ibadah Haji Sah Walaupun Dibuat Dengan Cara Berhutang
Memetik laman Pejabat Mufti Selangor, ibadah haji seseorang itu tetap sah walaupun ia dilaksanakan dengan cara berhutang untuk menunaikan haji asalkan seseorang telah memenuhi syarat-syarat sah haji.
Menurut laman e-muallaf, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), syarat sah haji adalah seperti:
- Islam
- Berihram Masa (Miqat ihram menepati masa)
- Tempat (Miqat ihram mengikut tempat) Mumayyiz
- Berakal
- Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya melainkan ketika keuzuran
- Tidak bersetubuh
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Berhutang Untuk Buat Ibadah korban? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Buat Perkara Sia-Sia, Merokok & Mengumpat Boleh Menyebabkan Terluput Haji Mabrur
Baca Artikel Berkaitan: Ini Larangan dan Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Ketika Bulan Zulhijjah [Video]
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.



