fbpx
Now Reading
Nak Sebut Pun Tergeliat, Ini Cara Pinda Nama Anak Dekat Sijil Kelahiran

Nak Sebut Pun Tergeliat, Ini Cara Pinda Nama Anak Dekat Sijil Kelahiran

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, pindaan nama bagi anak yang usianya telah mencecah lebih setahun boleh dibuat namun permohon perlu membawa dokumen sokongan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial hasrat seorang wanita yang mahu menukar nama anak lelakinya.

Menurut wanita berkenaan di Threads, nama anak lelakinya itu susah untuk disebut justeru dia mahukan kepastian sama ada masih boleh menukar nama anaknya memandangkan usia puteranya itu sudah hampir mencecah tiga tahun.

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial hingga ramai turut tertanya-tanya proses serta dokumen yang diperlukan jika seseorang mahu menukar nama anak meskipun usia telah lebih setahun.

Pindaan Nama Boleh Dibuat Sebelum Anak Umur Setahun

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan negeri Pulau Pinang.

Jelas mereka, pindaan nama anak lebih mudah dilakukan jika usia si kecil belum mencecah satu tahun.

Pindaan Lebih Usia Setahun Boleh Dibuat Atas Alasan Tertentu, Perlu Kemuka Dokumen Sokongan

Namun, sekiranya usia mereka telah mencecah lebih setahun, pindaan nama boleh dibuat atas alasan tertentu contohnya jika ia membawa maksud yang tidak baik.

Terang JPN lagi, individu perlu membawa dokumen sokongan sewaktu membuat permohonan.

“Apabila sudah lebih 1 tahun, pindaan boleh dibuat atas alasan tertentu. Sebagai contoh, nama membawa maksud tidak baik. Jangan lupa kemukakan dokumen sokongan semasa permohonan,” tulis mereka.

View on Threads

Cara Mohon Pinda Nama Anak

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuat pindaan nama anak bukan?

Menurut laman JPN, permohonan untuk mengubah nama hanya boleh dibuat dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelahiran.

Pemohon boleh menghadiri mana-mana cawangan JPN di Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen yang diperlukan serta membuat bayaran sebanyak RM5.

Permohonan hanya boleh dibuat oleh individu seperti:

  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak
  • Penjaga yang sah (perlu sertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM)

Berikut kami kongsikan senarai dokumen yang perlu dibawa sewaktu proses permohonan:

  • Borang Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat JPN.LM21 (asal).
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).
  • Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).
  • Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).
  • Borang Maklumat Keluarga (BMK 81)(asal).
  • Dokumen Perkahwinan ibubapa (Sijil Nikah) jika ada.

Yang Lebih Usia Setahun Pun Boleh, Namun Perlu Ada Alasan Munasabah & Bawa Dokumen Sokongan

Bagaimana pula dengan anak yang usianya lebih setahun?

Menurut JPN Cawangan Negeri Johor di Instagram, ibu bapa yang mahu membuat pindaan nama buat si kecil mereka yang sudah berusia lebih setahun perlu membawa salah satu dokumen sokongan (bergantung kes) seperti:

  • Perintah mahkamah
  • Surat daripada Pejabat Agama atau Mufti bagi kanak-kanak yang beragama Islam
  • Surat daripada Badan Keagamaan bagi kanak-kanak yang bukan beragama Islam
  • Surat dari kedutaan bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warganegara

Jelas mereka lagi, surat sokongan daripada pejabat agama, badan keagamaan dan pejabat kedutaan perlu mempunyai maklumat tentang maksud nama yang lama dan baharu.

“Permohonan juga adalah tertakluk kepada satu pindaan sahaja. Pastikan anda mengemukakan maklumat dengan lengkap bagi memastikan permohonan berjalan dengan lancar,” jelas mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Tak Tahu! JPN Tawar Khidmat Buat IC & Daftar Kelahiran Terus Dari Rumah Untuk Insan Istimewa

Baca Artikel Berkaitan: Siap Dalam Masa 30 Minit, Ini Cara Ganti MyKad Yang Rosak Melalui Panggilan Telefon

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.