fbpx
Now Reading
Ramai Puji & Sebak Anak Label Setiap Keperluan Ibu Untuk Permudahkan Urusan Tunai Haji

Ramai Puji & Sebak Anak Label Setiap Keperluan Ibu Untuk Permudahkan Urusan Tunai Haji

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Ainun, kelihatan dia melabel setiap beg lengkap dengan nota serta arahan untuk memudahkan ibunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima dan ia merupakan ibadah yang dituntut bagi mereka yang berkemampuan.

Jika di Malaysia, kos untuk menunaikan haji bukanlah murah maka ramai yang membuat simpanan sejak di usia awal di Tabung Haji bagi memudahkan urusan tersebut.

Tidak kiralah cepat atau lambat rezeki untuk menunaikannya, tetapi sesiapa sahaja yang menerima panggilan pasti berasa teruja kerana akan melaksanakan ibadah berkenaan.

Wanita kongsi sediakan persiapan ibu untuk pergi haji

Baru-baru ini, seorang wanita yang juga seorang anak turut berkongsi persiapan buat ibunya menunaikan haji pada tahun ini.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Ainunaniyah di Threads, kelihatan dia menunjukkan segala kelengakapan yang diperlukan oleh ibunya yang telah disediakan.

Menurut Ainun ibunya sudah pun berangkat untuk menunaikan haji pada 19 April yang lalu dan kini alhamdulillah kini berada dalam keadaan baik di Madinah.

Kata Ainun ia merupakan pengalaman pertama ibunya berjauhan dengan anak-anak untuk tempoh yang lama.

Risau keadaan ibu yang pertama kali berjauhan untuk tempoh lama, siap tulis nota pada beg

Jelasnya perkara itu turut membuatkan perasaan Ainun bercampur baur. Yelah gembira ibu dipanggil untuk menunaikan ibadah haji namun dalam masa sama bimbang akan insan tersayang itu.

“Segala benda nak dinotakan, nampak kecilkan tulis-tulis nota ni tapi setiap kali nak tulis tu menahan sebak je, terbayang macam mana lah keadaan mak nanti dekat sana tanpa anak-anak.

“Tak minta banyak, tapi semoga Allah SWT mudahkan segala-galanya untuk mak. Semoga Allah temukan mak dengan orang yang baik-baik dekat sana. Amin,” kata Ainun dalam hantaran tersebut.

Siap maklumkan bila perlu pakai pakaian dalam beg

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan, kelihatan Ainun telah melabel setiap beg kecil dalam bagasi ibunya.

Bahkan setiap beg kecil berisi pakaian itu turut dimaklumkan bila untuk dipakai bagi memudahkan ibu.

Sebagai contoh pakaian untuk dipakai ketika berada di Arafah telah disediakan dalam satu beg, bukan hanya itu Ainun turut memaklumkan keperluan barangan ihram juga turut disediakan dalam beg berkenaan.

Terdapat juga tisu yang tertera nota padanya tidak digunakan ketika berada dalam ihram.

Turut sediakan ubat-ubatan

Bahkan Ainun turut menyediakan keperluan yang lengkap termasuklah ubat-ubatan buat maknya.

Selain itu Ainun juga menyediakan satu beg khas untuk digunakan oleh ibunya apabila tiba waktu untuk berangkat ke Mekah termasuklah buku.

Ramai puji dan sebak baca nota ditulis oleh anak

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji label yang diletakkan oleh Ainun pada setiap beg milik ibunya.

Bahkan ada juga yang cuba menenangkannya untuk tidak bimbang dengan keadaan ibu di Tanah Suci kerana pasti akan berjumpa dengan orang yang baik.

Tak kurang ada yang berasa sebak sebaik membaca setiap nota-nota yang ditinggalkan untuk ibunya.

Selain itu ada yang turut berkongsi apakah barangan lain yang boleh dibawa dan akan memudahkan si ibu apabila berada di sana kelak.

View on Threads

“Comelnya nota-nota tu. Semoga dipermudahkan urusan mak, diberi kesihatan yang baik, dikurniakan haji yang mabrur”

“Sebaknya saya baca nota-nota yang awak tulis-tulis untuk mak tu. Mesti dia rasa dekat dengan anak-anak bila dekat sana sewaktu baca semua nota tu.”

“MasyAllah the effort! Semoga urusan mak awak dipermudahkan di sana. Selamat pergi dan balik, dapat haji yang mabrur dengan izinNya.”

“Ya Allah comelnya, semoga akak bertemu mak adik dekat sana (Tanah Suci) nanti”

“MasyaAllah, baiknya kamu anak. Buat persediaan yang lengkap buat mak. Acik doakan semoga Allah permudahkan segala urusan mak sepanjnag bermusafir di Tanah Haram. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dikelilingi dengan insan-insan yang baik.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.