Now Reading
Tular Kisah Bantu Baiki Motosikal Tanpa Kenakan Bayaran: Menteri Agama Sifatkan Ia Dakwah Dengan Akhlak

Tular Kisah Bantu Baiki Motosikal Tanpa Kenakan Bayaran: Menteri Agama Sifatkan Ia Dakwah Dengan Akhlak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan turut menyifatkan perbuatan lelaki berbangsa Cina, Dicky yang bersalam mencium tangan mekanik itu bukan hanya sekadar adab malah mencerminkan akhlak seseorang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada Jumaat (17 April) lalu, tular di media sosial video mekanik terkenal, Abang Minyak Hitam Jalanan membantu lelaki berbangsa Cina, Dicky Yau yang mengalami kerosakan motosikal ketika pulang dari kerja.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial Minyak Hitam Jalanan, mekanik berkenaan pada mulanya mendapat panggilan daripada Dicky kira-kira jam 12.30 tengah malam untuk meminta bantuannya membaiki motosikal.

Setelah kerja membaik pulih kenderaan tersebut selesai, mekanik itu memaklumkan kepada Dicky kos keseluruhan yang perlu dibayar berjumlah RM145 namun dia mendapati Dicky hanya mempunyai wang yang cukup untuk dirinya sendiri.

Memahami situasi yang dialami oleh lelaki itu, mekanik tersebut secara spontan menjelaskan Dicky tidak perlu membuat bayaran dan menggunakan wang infak bagi menampung kos pembaikian motosikal berkenaan sekaligus membuatkan Dicky terharu dan seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Video yang mendapat jutaan tontonan itu nyata meraih perhatian hingga ramai yang tersentuh dengan sikap baik mekanik tersebut serta respon Dicky yang memeluk malah mencium tangan mekanik berkenaan.

@minyakhitamjalanan_ Cerita malam tadi, hari ini aku balik wal sebab hujan lebat sgt² & aku tak dapat nak berniaga di taman kota Damansara, dalam pukol 12.30malam dapat call dari abg cina ni.. Abg cina: hai bos, saya dapat nombor abg dari tiktok, tadi saya ade call nombor pomen lain dia tak layan saya, sampai dia block nombor saya, ni saya call abg, nak mintak tolong rantai motor saya putus & spoket depan hilang, abg blh tolong ke saya.. 🧑🏻‍🔧: hai bos, saya sudah balik bos, cube bos bagi location & gambar, kalau dekat insyaallah saya blh tolong.. Abg cina: baik² kajap saya hantar dekat abg.. ” Dia hantar location & gambar, aku tgok takde la jauh sgt la, tapi dah nak pukol 1pagi ni, aku cube bukak harga” 🧑🏻‍🔧: bos saya blh datang tapi mahal sikit la, spoket depan 25 rantai 80 upah 40 blh ke? Abg cina: kalau 80 tak dapat ke abg? Saya ade 80 je.. 🧑🏻‍🔧: tak dapat bos, sebab dah malam sgt ni bos.. itu la gji saya.. Abg cina: okkk boleh la abg, saya tunggu sini.. saya dah tak tahu nak buat ape lagi ni abg.. ” Aku pun sampai je dekat dia, borak² la dgn dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kjer, dia nak byr aku tgok dlm hp dia ade duit cukup² untuk dia je” ” Dalam hati aku, mungkin dia btl² memerlukan, aku pakai la duit infaq untuk dia 😊, Mase dia peluk aku korg jgn Tye la 🥹 aku mmg tak blh tahan dah 😭, setiap manusia pasti ade dugaan & cerita sendiri, semoga abg cina ni kuat & semangat amin” #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah ♬ original sound – romiez

Menteri Agama Sifatkan Bantuan Mekanik Kepada Pemuda Cina Sebagai 1 Bentuk Dakwah

Bukan hanya orang awam malah video tular itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan.

Jelas beliau dalam satu hantaran di Facebook, tindakan Abang Minyak Hitam Jalanan membantu Dicky yang pada ketika itu mengalami kesusahan bukan sekadar mencerminkan nilai kemanusiaan malah disifatkan sebagai bentuk dakwah yang paling dekat dengan hati masyarakat.

Terangnya lagi, pertolongan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama oleh mekanik itu telah menunjukkan keindahan Islam yang diterjemahkan melalui akhlak, ihsan serta kasih sayang sesama manusia.

Berbuat Baik Kepada Manusia Juga Satu Bentuk Dakwah

Malah, Zulkifli turut menjelaskan kisah di antara mekanik serta pemuda terbabit telah membuktikan bahawa dakwah bukan hanya sekadar menerusi ceramah atau kata-kata.

Sebaliknya ia dapat dilihat menerusi perbuatan baik yang meninggalkan kesan mendalam kepada kehidupan orang lain.

“Apa yang Abang Minyak Hitam Jalanan buat itu bukan sekadar tolong baiki motosikal, tetapi itulah dakwah. Dakwah dengan akhlak dan ihsan.

“Islam itu bukan hanya kata-kata, tetapi cara kita menyantuni manusia. Inilah Malaysia yang kita mahu, masyarakat bertamadun yang saling bantu-membantu tanpa mengira siapa.

“Semoga kebaikan kecil ini jadi asbab rahmat yang lebih besar. Budi yang baik, insya-Allah tidak pernah hilang nilainya,” katanya.

Salam Sambil Cium Tangan Bukan Sekadar Adab Malah Akhlak – Menteri Agama

Malah, Zulkifli turut menyifatkan perbuatan Dicky yang bersalam mencium tangan itu bukan hanya sekadar adab malah mencerminkan akhlak seseorang.

“Momen beliau bersalam sambil mencium tangan, itu bukan sekadar adab, itu akhlak. Tinggi nilainya.

“Hakikatnya, susah tidak mengenal bangsa. Ramai yang memerlukan bantuan, cuma kita tidak nampak.

“Tetapi apabila ada yang menghulurkan pertolongan tanpa berkira, di situlah indahnya kemanusiaan,” jelas menteri itu lagi.

Kisah yang ringkas, tapi membekas sampai ke lubuk hati yang paling dalam.🤍 Ini Dicky – pemuda Cina yang dibantu abang…

Posted by YB Senator Dr. Zulkifli Hasan on Saturday 18 April 2026

Dicky Juga Mahu Kongsi Rezeki

Setelah video Dicky bersama mekanik itu tular, lelaki yang berasal dari Tawau Sabah dan merupakan bapa tunggal itu kembali mencari Abang Minyak Hitam Jalanan.

Bukan hanya sekadar untuk membalas jasa, Dicky menjelaskan dia berniat mahu orang lain merasai bantuan sama dengan berkongsi rezeki yang diperolehi hasil daripada live di TikTok miliknya.

Malah, menerusi satu hantaran di TikTok, Dicky menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mahu menghulurkan bantuan atau sumbangan namun beliau yang tersentuh hati enggan menerimanya.

Bantuan ikhlas dari Abang Minyak Hitam Jalanan dan usaha Dicky untuk kembali mencarinya serta membalas jasa tersebut dengan membantu orang lain nyata menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Ada Orang Infak”- Rider Sebak Lepas Tahu Ada Individu Bayarkan Kos Baiki Motor [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bagi Wanita Tak Dikenali Bawa Kereta Kerana Nak Bantu Motosikal Tiada Minyak Raih Pujian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.