“Estetik & Eco-Friendly!” – Florist Di Indonesia Guna Daun Jadi Wrapper Lepas Harga Plastik Naik Raih Pujian [Video]
Konflik di Asia Barat yang menyebabkan gangguan ke atas rantaian bekalan minyak mentah turut meningkatkan harga plastik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Konflik yang berlaku di rantau Asia Barat sememangnya memberi kesan kepada ekonomi global terutamanya apabila rantaian bekalan minyak mentah terganggu.
Situasi ini bukan sahaja menyebabkan peningkatan dalam harga petroleum, tetapi juga barangan lain yang dihasilkan menggunakan produk minyak mentah.
Dalam pada itu, sesetengah para peniaga tampil dengan inisiatif yang kreatif dan inovatif dalam berdepan kenaikan harga barangan ini.
Baca Artikel Berkaitan: Kurangkan Kuota BUDI95, Inisiatif BDR Antara Langkah Kerajaan Dalam Berdepan Krisis Tenaga
Baca Artikel Berkaitan: Perang Asia Barat: RON95 Bersubsidi Kekal RM1.99 Seliter Walau Berdepan Krisis Global
Syarikat Di Indonesia Guna Daun Sebagai Pengganti Wrapper Gubahan Bunga
Memandangkan plastik diperbuat daripada produk bahan api fosil, ia turut terkesan dengan gangguan bekalan minyak mentah yang sekali gus meningkatkan harganya.
Dalam satu hantaran di Instagram, syarikat gubahan bunga di Indonesia, Daily Lily, tampil dengan inisiatif lain ketika harga plastik yang digunakan sebagai pembalut telah meningkat.
Menerusi video yang dikongsikan, dilihat gubahan bunga dibuat menggunakan daun bersaiz besar bagi menggantikan pembalut plastik.
Antara daun yang digunakan termasuklah daun sukun, daun kunyit dan daun pisang, serta gabungan pelbagai jenis daun.
Memang lain dari yang lain sungguh idea ni! Tapi tetap nampak cantik dan kemas tau gubahan bunganya.
Ramai Puji Gubahan Bunga Lebih Cantik, Estetik & Eco-Friendly
Ruangan komen dibanjiri komen daripada orang ramai yang merasakan gubahan bunga itu kelihatan lebih cantik berbanding menggunakan pembalut plastik.
Ada juga yang berpendapat gubahan bunga yang dibuat menggunakan daun kelihatan lebih estetik dan turut memberi cadangan tambahan.
“Nampak makin cantik. Cuba gantikan riben dengan tali guni atau tali yang diperbuat daripada bambu,” kata seorang individu.
Malah mereka juga memuji tindakan itu kerana bersifat mesra alam dan tidak menghasilkan sebarang sisa yang tidak mudah terurai seperti plastik.
“Boleh kurangkan pembaziran bahan bukan organik kalau (plastik) digantikan dengan daun,” ujar seorang lagi.
Seorang individu berpendapat daun pisang yang dijadikan sebagai pembalut itu juga boleh digunakan semula.






Baca Artikel Berkaitan: “Dah Cecah Tinggi Lori!” – Gubahan Bunga Gergasi Bernilai RM250,000 Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isteri Hadiahkan Wang Tunai RM31,000 Dalam Bentuk Gubahan Bunga Buat Suami Sempena 31 Tahun
Harga Plastik Meningkat Di Malaysia & Indonesia Disebabkan Konflik Asia Barat
Secara umumnya, harga plastik menunjukkan peningkatan disebabkan oleh gangguan ke atas rantaian bekalan bahan petrokimia disebabkan oleh konflik Asia Barat.
Di Malaysia, harga plastik PET, yang banyak digunakan bagi botol dan pembungkusan makanan, dilihat meningkat antara 15% ke 40%.
Pengerusi Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (Johor), Mike Tan, memberi amaran bahawa kekangan bekalan boleh menjadi lebih teruk jika ketegangan geopolitik terus berlaku.
Antara syarikat tempatan yang terkesan dengan kenaikan harga ini ialah pengeluar produk tenusu, Farm Fresh.
Kenaikan harga plastik ini bukan hanya dialami oleh syarikat di Malaysia, tetapi turut memberi kesan kepada para peniaga di Indonesia seperti dalam kes di atas.
Menurut Menteri Perdagangannya, Budi Santoso, harga plastik meningkat di Indonesia memandangkan bahan utama dalam penghasilan resin plastik kebanyakannya didapatkan dari rantau Timur Tengah.
Namun harga plastik di Indonesia dijangkakan akan menurun seawal bulan ini selepas bahan mentah diimport dari India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Afrika.



