“Tolong Fikir Nasib Pengguna” – Ramai Penumpang Tak Setuju Susunan Jadual Baru KTMB
Menurut KTMB, Projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) di antara Stesen Salak Selatan hingga Stesen Seremban adalah faktor mengapa penstrukturan jadual ini dilakukan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang menetap di kawasan Selatan dan bekerja di Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk bergerak ke tempat kerja.
Alternatif pengangkutan itu adalah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya terutamanya waktu puncak (peak hours).
Bagaimanapun, penstrukturan baharu jadual perkhidmatan tren KTMB yang diumumkan baru-baru ini telah membuatkan ramai penumpang berasa bimbang.
KTMB Umum Jadual Baharu Susulan Kerja Naik Taraf KVDT2
KTMB dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa terdapat perubahan jadual bagi laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang bermula 18 April 2026.
Langkah itu diambil susulan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur Projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) di antara Stesen Salak Selatan hingga Stesen Seremban.
Ia juga bertujuan bagi mempercepatkan garis masa penyiapan projek yang melibatkan landasan sepanjang 67 kilometer itu.
“Tempoh projek yang dijadualkan siap pada 2029 berpotensi dipendekkan lebih awal, sekiranya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan lebih lancar melalui pelarasan operasi ini,” kata KTMB dalam hantaran di laman Facebook.
Stesen Tren KTMB Mana Yang Akan Terjejas?
Sepanjang tempoh pelaksanaan projek yang dijangka sehingga akhir Disember 2026, operasi perkhidmatan tren ketika waktu puncak akan disusun semula seperti berikut:
Laluan Pulau Sebang-Batu Caves (waktu pagi):
- 5.25AM ➡️ 8.11AM
- 5.40AM ➡️ 8.26AM
- 5.55AM ➡️ 8.41AM
- 6.25AM ➡️ 9.16AM
- 6.40AM ➡️ 9.41AM
Laluan Batu Caves-Pulau Sebang (waktu petang):
- 3.40PM ➡️ 6.11PM
- 5.15PM ➡️ 8.33PM
- 5.50PM ➡️ 8.58PM
- 6.20PM ➡️ 9.23PM
- 6.40PM ➡️ 9.53PM
Secara kesimpulannya, terdapat hanya lima perkhidmatan tren pada waktu pagi dan lima pada waktu petang (hari bekerja) bagi kedua-dua laluan tersebut.
Menerusi semakan kami, tren terakhir yang akan berlepas dari stesen popular pilihan penumpang, KL Sentral-Pulau Sebang adalah jam 7.11PM.
Meskipun masih ada tren beroperasi jam 10.16PM, namun perkhidmatan itu akan berhenti hingga Stesen Midvalley sahaja dan bukannya sehingga Pulau Sebang.

Ramai Penumpang Tiada Pilihan Pengangkutan Selain Tren KTMB
Perubahan jadual ini nyata mendapat perhatian ramai khususnya bagi penumpang yang tinggal di kawasan Bangi, Batang Benar, Nilai, Labu, Tiroi, Seremban, Senawang dan lain-lain.
Jadual baharu ini dipercayai akan menjejaskan penumpang yang berkerja syif pagi, petang dan malam melainkan mereka mempunyai alternatif perjalanan lain.
Namun menerusi semakan kami, masih ramai yang buntu untuk mencari jalan pergi dan pulang ke tempat kerja.
“Lepas tu tak ada inisiatif nak adakan shuttle bus, terutamanya sektor Kajang-Serdang-Bandar Tasik Selatan dan Kajang-Seremban. Di samping itu, harga minyak dunia masih mahal, trafik Seremban-Kajang-KL asyik jammed (sesak) je. Allahuakhbar, apa sudah jadi dengan pengangkutan awam dekat Malaysia ni?” keluh seorang pengguna Threads.
View on Threads
Ini antara komen-komen penumpang KTMB menerusi laman Facebook:







Tren Akan Bertambah Sesak Daripada Sedia Ada
Jelas seorang pengguna KTMB dikenali sebagai Atiqah, operasi tren yang dikurangkan kepada lima perkhidmatan sahaja juga akan menyebabkan kesesakan melampau di dalam tren.
Walaupun perubahan terbabit masih belum dilaksanakan setakat hari ini (16 April), namun isu itu sudah pun berlaku.
Malah ada yang merasakan penjadualan baharu KTMB ini tidak selari dengan saranan kerajaan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam memandangkan konflik Asia Barat dilihat semakin memuncak.
View on Threads
KTMB Mohon Maaf, Tiada Perkhidmatan Bas Shuttle Disediakan Buat Masa Ini
KTMB menerusi beberapa balasan di laman Facebook bagaimanapun memohon maaf kepada penumpang yang terjejas, selain berkata pihak mereka akan menilai setiap maklum balas diterima dari penumpang.
“KTMB mengambil maklum kebimbangan penumpang terutamanya pekerja sektor kesihatan dan yang bekerja syif pagi, petang dan malam. Jadual sementara ini dilaksanakan bagi menyokong kerja naik taraf KVDT2 untuk memastikan perjalanan selamat, konsisten, dan terkawal di landasan tunggal.”

Dalam pada itu, ada juga yang bertanya tentang alternatif perjalanan yang disediakan pihak KTMB bagi para penumpang. Menerusi maklum balas di bahagian komen, KTMB memaklumkan bahawa tiada perkhidmatan bas shuttle disediakan sepanjang perubahan jadual terbabit.
“Penumpang dinasihatkan untuk merancang perjalanan menggunakan pengangkutan awam lain yang tersedia untuk tiba ke destinasi.”

Perkhidmatan ETS Bagi Laluan JB Sentral-KL Sentral-JB Sentral
Dalam pada itu, terdapat dua tren ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik) melibatkan pelarasan jadual mulai 18 April:
Laluan JB Sentral-KL Sentral:
- 3PM (masa bertolak) ➡️ 7.20PM (masa tiba)
Laluan KL Sentral-JB Sentral:
- 8PM (masa bertolak) ➡️ 12.20PM (masa tiba)
KTMB juga menawarkan diskaun 30% bagi semua laluan ETS serta Ekspres Rakyat Timuran (ERT) untuk laluan JB Sentral-Tumpat. Promosi ini sah untuk perjalanan Isnin hingga Khamis sahaja, tidak termasuk cuti sekolah dan cuti umum.



